Catatan Duka Seorang Wanita

Nama aku Nelisa. Ini nama sebenar. Catatan aku kali ini hanya ingin berkongsi kehidupan aku sebagai seorang wanita. Kalau sesiapa triggered, aku mohon maaf dahulu kepada kalian.

Aku dilahirkan di Kedah, dibesarkan di Kuala Lumpur. Sejak dahulu memang aku tidak rapat dengan keluarga aku. Aku pelajari kesilapan dari pengalaman aku sendiri. Tiada siapa mengendah apatahlagi menasihati.

Sifat aku yang polos dan lurus menyebabkan ramai yang mengambil kesempatan. Setelah aku peroleh Ijazah, aku terus ditawarkan pekerjaan di salah sebuah Bank terkemuka di Kuala Lumpur. Menjadi seorang eksekutif muda, aku banyak pelajari sendiri kehidupan.

Aku pindah keluar dari rumah keluarga kerana sudah tidak tahan lagi dengan talam dua muka keluarga sendiri. Sehingga aku bertemu dengan seorang lelaki, dari perwatakan memang cukup solat dan baik. Aku yang memang tiada rasa kasih sayang dari keluarga, terus menerimanya dengan hati yang terbuka.

Tapi malangnya selepas berkahwin, selepas sahaja akad nikah, perangai tembelangnya pecah. Rupanya sikapnya selama ini adalah penipuan semata-mata, dia marah kepada aku kerana tidak menyediakan hantaran telefon bimbit seperti yang dia mahukan.

Dia juga membandingkan aku dengan kakak iparnya, waktu abangnya berkahwin, kakak iparku menyediakan hantaran yang mewah.

Aku mengatakan, aku memang bukan seorang yang kaya. Dan dia juga bukan dari keluarga yang senang, sebab itulah aku tidak meletakkan sebarang hantaran kerana ingin memulakan hidup bersamanya.

Tapi aku tidak menyangka kerana tiada hantaran mewah, aku diperli dimarah oleh keluarga mertua aku. Aku hairan dengan manusia ni. Mereka pun hidup di PPRT sahaja. Tetapi demand melebihi orang kaya.

Setelah kecewa dengan tingkahlakunya, aku tidak menuruti dia pulang ke rumahnya. Ya! hari pertama perkahwinan dan masih tidak sempat disentuh olehnya, aku melarikan diri ke rumah kawanku.

Keluarga aku hanya bertepuk tangan dan menghalau aku keluar kerana memalukan keluarga. Tapi bagi aku tidak mengapa. Dari aku hidup dengan lelaki sebegitu. Aku terus failkan perceraian. Sehingga staff disitu hairan apabila melihat tarikh perkahwinan tidak sampai seminggu.

Suami tidak mahu datang ke mahkamah walaupun sudah dihantar surat saman sebanyak tiga kali. Dia tuduh aku nusyuz. Tapi aku ingat perkataan hinaan dia kepada aku, aku kuatkan semangat.

Aku offerkan RM5000 sebagai ganjaran untuknya untuk melepaskan aku. Dah nama gold digger, pasti akan menerima walaupun hanya RM5000.

Tertalaklah satu sebagai janda berhias. Aku terus meminta ditukarkan ke cawangan Negeri Sembilan untuk memulakan hidup baru. Rupanya, masih tidak cukup dugaan aku alami.

Kerana berstatus Janda, aku kerap diganggu. Boss aku sendiri kerap menghantar mesej lucah, dan aku adukan kepada HR, tetapi tiada tindakan. Isterinya datang ke cawangan dan memarahi aku.

Subhanallah, patutlah ramai wanita sanggup jadi punching bag dari jadi Janda, sebab dugaan sebagai golongan J ini amatlah besar. Aku terus berhenti kerja dan membawa diri ke negeri lain.

Sehingga sekarang aku menyendiri. Trauma dengan lelaki cukup tinggi. sehingga sekiranya kawan aku ingin berkahwin, aku akan jadi sinis. Aku terlalu berasa negatif kearah perkahwinan dan selalu menasihatkan wanita lain supaya tidak berkahwin.

Aku selalu mengikut confession di IIUMC. Rupanya ramai yang senasib dengan aku. Dan ada yang begitu kuat untuk tidak berkahwin kerana takut dengan lelaki zaman sekarang. Ya, Aku faham perasaan mereka.

Hidup aku sekarang, masih tiada hala tuju. Umur sudah masuk 30 an, ibarat yatim piatu tiada keluarga.

Aku nasihatkan yang mana ingin berkahwin, kenallah dulu pasangan dan keluarganya sebaik mungkin. Jangan percaya kononnya cinta lepas kawin baru nak kenal.

Tak! zaman sekarang kita kena lebih berhati-hati. Aku taktahu apa jadi dengan masa depan aku, tetapi aku berharap para pembaca dapat doakan aku semoga aku menjadi terus kuat tanpa menoleh kebelakang lagi.

Sekian coretan dari aku…

– Nelisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *