Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Aku Cik Sepi. Apalah sedih sangat nama aku ni? Hahaha. Biarlahkan… jangan korang ikut sepi sekali pula dah, sunyi takpa sepi jangan. Okey, Intro, Jom!
Kebelakangan ni banyak cerita – cerita yang tidak sedap didengar terutamanya berkaitan hak asasi manusia yang ditindas.
Aku dulu rajinlah komen dekat page ni tapi takdalah sampai dapat top fans. HAHAHA! Tapi sekarang dalam fasa kesihatan terganggu kuranglah sikit melainkan perlu.
Aku takda nak komen atau balas confession sesiapapun hanya nak berkongsi sekurang-kurangnya adalah sikit amalan nak bawa bila mati, kalau hati korang terjentik dengan penulisan aku yang tak seberapa ni.
Baru – baru ni aku ada kemas barang – barang lama aku. Dan, aku terjumpa sehelai kertas dengan catitannya “Goal Sebelum Mati”.
Aku tatap lamalah juga kertas tu dan baca balik goal aku, satupun tak capai, tapi sekarang ni rasa macam nak mati dah. Takut juga. Aku tak ingat bila aku tulis dan kenapa aku tulis. Mungkin juga peringatan daripada DIA.
Sebab sejak akhir – akhir ni aku dah mula rasa putus asa kembali. Putus asa nak hidup sebab aku rasa banyak masalah sangat. Aku rasa sendirian. Dengan penyakit yang aku ada lagilah menambah rasa sepi.
Keluarga? Aku berjauhan daripada mereka sekarang sebab itulah yang terbaik buat masa ni.
Frankly speaking I don’t have anyone by my side now except Allah. Dan, itu aku cuba paksa untuk yakin dan percaya. Wuish panjang juga intro, tak masuk point lagi ni. Macam luahan perasaan pula Hehe…
Dipendekkan cerita aku mula mencari semula apa yang hilang. Aku rasa aku kurang kefahaman dan penghayatan agama, aku dulu sekolah agama tapi entahlah perangai kelaut.
Harini dapatlah sedikit ubat hati aku yang sedih ni bila tiba – tiba Ustaz pesan seperti ini “bila hati kita resah dan sedih, baca zikir ini, besar manfaatnya”.
Zikir yang dimaksudkan adalah,
لَا حَوْلَ وَ لَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ.
Maksudnya, Tiada penjagaan daripada maksiat melainkan dengan pemeliharaan Allah, dan tiada kekuatan untuk taat kepada Allah melainkan dengan pertologan Allah.
Ustaz kata selain baca ketka resah dan sedih, zikir ni juga kalau faham maknanya dapat menyedarkan kita dan mengelakkan daripada sifat ujub, riya dan sebagainya.
Penerangan yang Ustaz bagi adalah kita takkan mampu membuat ketaatan melainkan kurniaan taufik daripada Allah. Kita duduk dalam majlis ilmu bukan sebab kita ada masa lapang atau internet laju tetapi sebab kurnian taufik.
Tersentap jugalah, sebab aku mula rasa nak belajar agama sebab aku rasa masa aku dah terlalu banyak aku buat maksiat. Malu kalau korang kenal siapa aku, kawan – kawan aku tahu siapa aku dan aib aku. Allah.
Jadi, asbab catitan aku yang entah bila aku tulis tu, aku pujuk hati yang keras dan hitam ni nak belajar balik. Mungkin taufik daripada Allah kot, macam Ustaz kata.
Pesanan ustaz harini macam Ustaz tau apa aku alami. Terubatlah juga hati yang luka ni. Eh, luah perasaan lagi. Abaikan. HAHAHA!
Ustaz kata muhasabah adalah kunci untuk jadi orang yang bertaqwa. Macam mana nak muhasabah? Tahu halal haram. Macam mana nak tahu halal haram?
Belajar ilmu yang wajib ke atasnya iaitu ilmu agama, lebih spesifik ilmu fardhu ‘ain. Ustaz juga kata dalam bermuhasabah hendaklah kita ikut jalan yang menunjukkan jalan ke syurga.
Orang yang bertaqwa dalah orang yang selamat di akhirat dan alam kubur. Orang yang bertaqwa adalah orang yang takut kepada Allah, meninggalkan perkara haram dan melakukan perkara halal, wajib bagi dirinya.
Ustaz ada juga sentuh pasal syukur. Syukur ada jenis dia, tapi sebab aku main henfon (tak insaf lagi ye) aku tak dapat satu lagi.
Syukur wajib je aku dapat. Syukur wajib adalah menggunakan nikmat Allah pada sesuatu yang mendapat keredhaan Allah, mengikut syariat. Haih, part nilah paling susah aku nak buat.
Jangankan nak bersyukur dengan nikmat yang Allah beri, dahlah aku banyak mempersoal mengenai kehidupan aku, kesengsaraan aku, aku gunkan pula nikmat – nimat yang Allah bagi pada jalan tak sepatutnya.
Tak taulah korang, aku ni sekejap sedih sebab tak jadi baik, sekejap aku rasa lantaklah, aku dah malas nak kisah jadi baik ke tak.
Ada waktu aku rasa emburu dengan muslimah yang solehah, baik – baik. Malu dengan lelaki yang soleh. Entahlah, fikiran aku, perasaan aku bahkan hidup aku membuatkan aku penat. Kejap! Ini luahan bukan perkongsian. Hahaha. Maaf – maaf. Baca jelah eh.
Dan, ini part akhir Ustaz pesan. Part ni, lagi macam buat aku rasa, Ustaz tau ke apa aku rasa? Ustaz kata,
“Bagi sesiapa yang nak berubah hendaklah dia menuntut ilmu agama/ilmu fardhu ‘ain.” Sebab apa ilmu itu penting? Ilmu menyuluh jalan dan menyelamatka kita dari kesesatan.
Ustaz kata nak berubah, nak jadi orang bertaqwa senang je. (Hmmm…senanglah sangat.) Ustaz kata setakat dengar dan faham pengajian ilmu fardhu ‘ain, DENGAR DAN FAHAM, YE!
Ustaz kata lagi, dengan mempelajari ilmu akidah, syarat amal kita diterima,memastikan keyakinan dan kpercayaan kita benar.
Dengan mempelajari ilmu feqh, kita dapat beribadah dengan baik dan benar. Dan, dengar mempelajari ilmu tasawuf dapat mengenali dan meninggalkan perkara haram.
Hmmm… itu jelah perkongsian aku harini. Kalau agak – agak korang terima aku, aku kongsilah lagi, tapi kalau ramai suruh aku lenyap takpalah, sobs, sobs.
Bye, doakan aku mati dalam kebaikkan tau korang. Peluk sikit (nampak sangat kesepiannya disitu. Kah!). Bye!
– Cik Sepi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit