Celaru

Hi semua. Aku seorang anak gadis yang baru menginjak 21 tahun. Aku ada keluarga yang sempurna, sebilangan teman-teman dan seorang teman lelaki yang sangat memahami aku.

Pendek cerita dari pandangan mata orang, aku mempunyai hidup yang sangat sempurna. Aku selalu dilihat tertawa, tersenyum serta bahagia. Jarang orang dapat lihat aku bermasam muka, sedih dan menangis. Apalagi marah, secara lisan mudah untuk aku katakan aku tidak mengambil hati atau marah.

Little that they know aku banyak memendam rasa. Tidak ku hiraukan apa jika orang berkata “Kau ni soft sangatlah. Semua situasi kau bagi muka poyo dan sempoi”. LITTLE THAT THEY KNOW AKU SENTIASA BERFIKIR UNTUK MENAMATKAN HIDUP AKU?

Little that they know kadang aku menyesal menjadi terlalu baik sehingga orang mengambil kesempatan keatas kebaikan aku? Aku manusia juga. Merasa sakit dan perit. Cuma aku bijak menyembunyikan segalanya sehingga seorang pun tidak ketahui apa yang aku rasa dan harungi selama ini.

Aku perlu untuk menyatakan aku menghidapi kemurungan yang minor serious. Aku rasa buntu tanpa sebab, anxiety disorder. Kadang aku selalu bayangkan aku mati dalam kemalangan. Bila di jalan raya, terasa diri ini mahu membiarkan jiwa yang perit ini mengambil alih fokus serta warasku.

Ya, aku ingin mati. Tak terasa hidup ini beerti. Sakit itu, hanya aku yang rasa. Tidak dapat dilihat, tapi dapat dirasa. Sangat sakit. Kadang aku rasa aku gila. Tapi sebenarnya aku waras. Tahukah seperti apa rasanya itu?

Aku juga banyak berdoa. Aku juga solat. Ya aku juga mendekatkan diri dengan Maha Pencipta. Kadang jika kita meluahkan apa yang kita rasa, simple saja jawapan mereka, “Kau perlu sentiasa berdoa dan dekatkan diri dengan Tuhan.”

Ya itu saja jawapan mudah mereka yang semakin melukakan jiwa aku dengan lebih parah. Aku tidak menyalahkan Maha Pencipta, cuma aku menyalahkan diri.

Aku juga rasa aku adalah beban untuk sesiapa sahaja dalam hidup aku. Aku memafkan sesiapa saja yang pernah melukakan aku, tapi parut dan rasa sakit itu tidak dapat ku buang dengan mudah.

Aku masih mencari punca mengapa aku begini. Adakah aku mempunyai trauma yang mendalam?

Jika ada, aku tak boleh ingat apa sebab aku akan merasakan kepalaku sakit yang teramat. Terasa indahnya kalau aku mati, tidak lagi terasa beban atau sakit yang aku tanggung. Ianya terlalu berat sehingga mampu mematikan fikiran waras. Ibarat virus dan kanser yang mudah merebak.

Kepada sesiapa yang pernah atau tengah merasakan patah sebegini, sentiasalah kuat. Bangun dengan kekuatan yang tersisa untuk meneruskan hidup di hari hari yang akan mendatang.

Sebab aku tahu, aku akan cuba melawan suara suara halus yang menyuruh aku menyerah diri ke lembah neraka; suicide. Walaupun hari hari aku menghadapinya. Aku perlu sentiasa kuat. Untuk keluargaku, teman temanku serta seorang lelaki yang ingin menghalalkan aku dalam hidupnya.

Mari rehat, untuk sentisa bangkit dikala jatuh. Dengan adanya sisa kekuatan yang terkumpul, kita pasti bisa meneruskan hidup di masa akan datang. Dan akan suatu masa, kita akan menoleh balik dan bersyukur untuk tidak pernah putus asa.

Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati kita dengan rezeki-Nya serta keredhaan-Nya, aamiin aamiin ya Rabb ‘alamin.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *