Assalamualaikum semua. Taktaulah nak mula cerita aku ni macam mana. Hope kisah aku ni disiarkan sebab aku nak minta pandangan atau cadangan dari para pembaca sebab aku buntu and tak nak mengadu kat orang yang kenal aku. Haha.

Nama aku Jelly, dah kahwin 5 tahun dengan lelaki pilihan aku, yang aku sendiri pergi mengorat. Aku mengorat suami aku ni dalam 16 tahun jugaklah start dari sekolah rendah (ye aku miang huhu) sampai masuk sekolah menengah sampai ke universiti dan kerja.

Tapi bukanlah straight 16 tahun mengorat, adalah lost contact etc tapi begitu begini, 16 tahunlah aku minat and try dia sampailah akhirnya dia setuju nak kahwin dengan aku. Haha. Bukan aku paksa ea, ni dia rela.

Aku tak pernah minat lelaki lain kecuali dia. Kira dia 1st love aku. Tapi aku bukan 1st love dia lah, adalah dia 2-3 awek sebelum dia pilih aku. Kira aku ni last choice dia lah setelah tak dapat awek-awek lain. Hahaha.

Okay konflik aku sekarang adalah, dulu masa aku try dia, aku ni chubby. Suami aku ni segak lah jugak, so fahamlah kan betapa susahnya aku nak yakinkan dia untuk sayang wanita chubby ni.

Pastu aku ni jenis kaki cemburu. Yelah dia segak kan, so aku insecure la sikit. Dalam masa aku try dia sampai aku dapat dia, memang aku jelah di pihak yang cemburu tuh.

Sampai sakit dada tahan cemburu, tapi suami aku rileks je. Paling-paling pun dia akan cakap, kalau dia tak sayang aku, buat apa dia nak kahwin dengan aku.

Dia cakap ni bila aku mengamuk kalau aku cemburu staff dia gedik ke apa. Or kawan-kawan perempuan dia ada komen kat FB ke apa ke.

Suami aku cool je bila aku cemburu, sampai ada aku baling dia dengan teddy bear.

Aku pernah cakap dengan dia “Semoga one day, abang rase apa yang saya rasa”. Rasa cemburu tulah maksud aku. Sebab aku geram, dia tak dapat rasa keperitan aku ni sebab mungkin dia secure je dengan aku. Sebab aku chubby, and aku yang mengorat dia. Huk.

Doa aku makbul.

Masa covid melanda, aku WFH. Masa tu aku selalu tengok video Chloe Ting, yang awek cina suka bersenam tu.

Disebabkan masa tu aku terpisah jap dengan suami, suami aku masa tu kat Singapore tak boleh rentas negara kan, so aku pun buatlah workout bagai, saja-saja. Anak-anak pun ikot sama bila aku workout. Haha.

Start dari situ, aku jaga makan sebab masa buat workout tu, aku timbang berat aku turun 5 kg. Aku happylah. So aku startlah jaga makan, bersenam and buat aktiviti sihat. Tak set goal pon, semua ni sebab saja-saja nak isi masa time covid.

Bila suami dah boleh balik Malaysia, aku dah turun dalam 20 kg. Aku selalu video call dia, so aku ingat dia taulah yang aku ni dah kurus. Sebab takkanlah tak nampak kan? 20 kg kot.

Dia tak pernah cakap apa-apa masa video call. Aku pun tak kisah sebab bagi aku benda ni di angin lalu je. Bukan aku set goal nak diet ke apa.

Suami aku balik je rumah, dia tengok aku semacam je. Dia panggil aku masuk bilik, dia marah aku tiba-tiba. Dia cakap, kenapa kurus macam ni? Aku masa tu terpinga kejap. Lah, abang suka saya chubby ke? Dia diam.

Sejak tu, sampailah sekarang ni, dah nak 4 tahun ni, suami aku punya cemburu dah tahap Merdeka 118 tu.

Aku pergi mana-mana, dia akan video call setiap 10 minit. Kadang-kadang dengan anak-anak pun dia tak percaya aku. Video call kejap-kejap, nak tengok baju apa aku pakai, muka macam mana, tudung labuh tutup dada ke tak.

Aku dah jadi lemas sebab, kita ni nak urus anak lagi, nak urus bapak die yang cemburu kejap-kejap kol. Kalau aku tak angkat ke apa, dia merajuk berhari-hari. Serius macam budak-budak. Aku kena pujuk dia pulak dah.

Ada sekali tu sampai dia menangis ye sebab sakit hati dengan aku. Punca sebab aku balik rumah mak aku, okey sorry lupa nak mention, suami aku ni kerja Singapore. So kami jumpa 2 minggu sekali on weekends.

Okay sambung, aku balik rumah mak aku. Tetibe phone aku rosak. So aku tak dapat call dia. Malam sikit baru aku call gune phone mak aku, rupanya member dah berasak cari aku mesej call bagai tak dapat. Dia menangis.

Aku minta maaflah aku cakap aku salah sebab tak terus call dia. Aku busy dengan mak aku and anak-anak. Dia boleh cakap, awak memang tak sayang abang lah apelah. 2 jam aku pujuk dia. Ya Allah. Aku teringat zaman masa dia tak berperangai begini. Haih.

Awal tahun ni, dia cakap dah taknak kerja Singapore lagi. Dia nak kerja sini, sebab nak dekat dengan aku and anak-anak. Aku okey jelah. Aku lagi suka dia everyday ada kat rumah. Rupanyaaaaa, lagi teruk dia punya cemburu bila dah dekat ni.

Cemburu satu hal, pastu dia macam manja terlebih dengan aku. Aku tengah sibuk memasak, dia sibuk datang pegang tangan aku. Pegang je pastu kalau aku lepas ke apa sebab nak kacau kuah, dia akan cakap, tak sayang abang ke.

Weh menyirap pulak makcik ni.

Aku dah heart to heart talk dengan dia, tanya kenapa dia jadi camni, sebab aku kurus ke? Aku boleh je nak chubby balik if itu yang menenangkan dia, dia cakap tanak. Dia suka je aku kurus and cantik just hati dia rasa cemburu and fikir aku akan cari laki lain ke apa.

Dia cakap, dulu aku mengorat dia, sejak aku dah cantik ni, aku dah takde dah gedik-gedik dengan dia.

Aku takleh brain, sebab aku rasa aku tak berubah pape pun. Panjang pulak aku cot cet kat sini, aku just nak minta pendapat, apa yang aku kena buat. Huhu. Aku dah jadi lemas.

Bukan aku tak bersyukur, tapi now aku macam dah tak boleh bernafas. Rasa nak lari dari suami aku sebab aku dah jadi anxiety tengok dia.

– Jelly (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. ok la tu anon,, awk nk dia rasa sakit bila cemburu,.. skrg dia nk awk lak rasa bila org kena cemburu tu mcm mna..mcm mana dia rasa dulu mcm tu la awk rasa skrg,,..give and take gitu..

    • Maybe both discuss balik boundaries and apa love language yang each of you nak. Moga perkahwinan you berpanjangan ke syurga. Aameen

  2. dia syg u tu kak, xpe layan kan je.. sy ada abg n kakak.. abg sy jeles kt kak ipar sy, mmg kaw2 dia tenung, jaga n layan.. while abg ipar sy mmg buat xtau je ngn kakak sy.. skrg kakak sy xtau la, mintak doakan baik2 je, sbb dia rasa ‘sunyi’ dlm perkahwinan.. semua buat sorg2, wlpn ada anak.. tp suami dia baik je, cuma tu lah, xde spark dah.. jujur sbg adik sy risau..

  3. Dah ko doa dia cemburu mcm tu, ko doalah balik bagi hilangkan rasa cemburu yang berlebihan ni…deerrrrrr

    Kalau aku pon rimas kot laki cmni.Mengalahkan anak mengempeng pulak.

  4. saya faham rasa rimas tu… tapi, COMEL !!!! hahahahahah
    rasa insecure la tu sebab sis dah kurus. dia makin sayang itu la makin takut hilang sis.
    sis hari hari kena bagi word of affirmation ke apa benda nama dia tu, biar hati dia tenang.
    “good morning, abang. harini sayang saya dekat abang makin bertambah dari semalam”hari hari ke. hahahaha sy belum kahwin, tapi cerita sis ni rimas tapi comel.

  5. ***off topic jap***
    Kepada admin iium, kenapa banyak sangat komen dari jepun dan russian ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *