Salam semua. Aku bakal berkahwin hujung tahun ni, insya-Allah.
Kami dah kenal hampir 4 tahun. Aku 26 tahun, tunang aku 24.
Aku sayang dia sangat-sangat, tapi aku nak tanya satu perkara yang aku dah lama simpan: normal ke kalau perempuan terlalu cemburu sampai ke tahap macam ni?
Kalau ada mana-mana perempuan komen atau like dekat media sosial aku, dia mesti tanya siapa.
Kalau aku jawab tak kenal atau sekadar kenalan biasa, dia terus suruh aku blok.
Kadang-kadang kawan perempuan tempat kerja atau kawan lama zaman sekolah wish birthday pun dia boleh naik angin.
Dia suruh aku unfriend dan blok semua kawan perempuan, walaupun cuma wish biasa.
Pernah satu hari, masa dia datang rumah aku, kawan-kawan adik aku pun ada. Mereka semua masih sekolah, umur dalam 17 tahun.
Dari dulu dah biasa datang rumah aku, kadang-kadang minta aku ajar subjek macam matematik. Ada yang dah terbiasa panggil aku “abang”.
Tapi bila tunang aku dengar, dia terus mengamuk. Katanya hanya dia seorang saja boleh panggil aku abang.
Aku dah jelaskan yang mereka tu kawan adik aku dari dulu, dah kenal mak ayah aku, memang dah lama panggil aku macam tu. Tapi dia tetap suruh aku tegur mereka.
Yang paling aku segan, dia pernah mesej kawan-kawan perempuan aku dekat Facebook sebab like dan komen kat post aku. Benda-benda biasa pun jadi isu.
Sampai staf perempuan aku call masa cuti nak tanya pasal kerja pun dia merajuk.
Sekarang aku makin rasa tekanan. Aku cuba jaga hati dia, aku cuba faham. Tapi aku pun ada kehidupan sosial, ada tanggungjawab kerja.
Aku sayang dia… tapi cemburu dia makin menjadi-jadi.
Normal ke kalau perempuan cemburu sampai tahap macam ni? Ataupun sebab dia masih muda? Apa patut aku buat?
– Adam mukhriz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Awk pon xpayah la citer or bagitau everything dlm socmed awk kpd dia.., bkn nya trying to ‘curang’ or what, but u need some ‘space’ for urself too.. i just nk bagi an anology.., ‘cinta’ itu ibarat “menggenggam pasir d tangan” – klaw terlalu ‘renggang’ jari2 tu, pasir akn jatuh melalui celah2 jari.., kalau terlalu ‘kuat’ genggaman nya, pasir jg akn kluar dari celah2 genggaman tu.., so just ‘ampu’ pasir di tangan, n jaga betul2 supaya jgn ‘tumpah’ .. moralnya ialah, chill2 je dlm bercinta, jgn terlalu ‘lps tgn’ or terlalu ‘mencengkam’, sbb keduanya akn membawa kpd ‘kehancuran’.. just ‘support’ each other dgn baik n jaga hubungan agar jadi ‘harmoni’ sentiasa.. tell your spouse macam tu, do it like an adult, if nak kekal lama.. so, grow up.. wallahu a’lam
adam Mukhriz, TAK NORMAL DAN DIA TAK RASIONAL MALAH TAK MATANG. dalam fasa bertunang ni pun si dia dah tunjuk belang tingkahlaku sebenarnya. awak sanggup nak hadap semua lakunya itu bila dah kahwin nanti? pilihan di tangan awak. Awak dah mula rasa sekarang. lepas dah kahwin nanti, lebih daripada ni kecemburuannya yang akan lebih merimaskan awak.
BBERTERUS TERANG DENGAN DIA.
Mesti dia punya trauma masa silam yang membentuk dia rasa jeles tu. Kalau ikutkan umur 24 tahun patutnya dah matang. Cuba repair sebelum kahwin. Kalau tak dapat repair, fikir masak2. Berat gak nak hadap kehidupan begitu seumur hidup
itu maksudnya dia overthinking, benda belum jadi atau tak jadi tapi dah fikir bukann2. sngt2 bahaya sebab itu menunjukkan dia tak percaya awak. saya ckp mcm ni sebab saya dgn partner saya pun jenis overthinking kuat tapi lepas dia tegur and explain pasal ni, baru saya sedar yg salah kalau fikir terlalu mendalam and negatif itu akan lead to toxic relationship. So tegurlah dia baik2 and tanya dia apa yg dia fikirkan pasal awak and kenapa tak percayakan awak.
Umuq 24. Muda lagi. Otak tak berkembang. Apapun, disebabkan en nak nikah dgn dia, sikap dia tu akan sgt menjengkelkan dan buat en rimas. Istikharahlah. Sbb perempuan mcm ni akan jadi dua ja. Sama ada dia akan curang atau dia akan obses pada en sbg suami dia.
Sy yang perempuan pun stress klau pasangan cemburu buta macam ni. TAK MATANG lagi. Ni baru tunang, nanti kalau kawen tak tahu la macam mana nak hadap hari hari perangai macam ni.
Hi awak.. situasi kita sama.. bezanya kami usia lebih tua dari korang, saya perempuan dia lelaki dan hubungan kami bertahun..
Percayalah, saya rasa apa awak rasa. Akan ada dalam satu fasa, awak akan rasa ‘penat’ sebab cuba bertahan di sebalik kejujuran yang awak tak curangi dia demi capai expectation dia untuk ‘tidak bergaul dengan jantina lain’.
Yaa saya rasa mereka ada trauma pernah dicurangi atau apa-apa. Kalau awak jadi orang luar yang baca cerita awak sendiri, awak akan dapat berfikir benda ni tak normal dan tak waras. Tapi sebab sayang, kita akan butakan mata.
Apa yang saya boleh kongsikan, selagi boleh dibentuk. Bentuklah. Kahwin untuk tempoh yang lama. Cemburu dia akan buat kita sakit sangat suatu hari nanti. Untungnya dia perempuan. Tegurlah dia baik-baik sebab awak yang akan memimpin.
Saya kehilangan kawan baik, hilang spark untuk bekerja, hilang potential growth untuk cuba hidup dalam ‘bentuk yang dia nak’. The same bentuk yang partner awak buat. Trust me kalau awak bukak tiktok, akan ada ramai orang yang pemikiran sama macam partner mereka dan bagi mereka its okay to be jealous and to control. Mereka macam hidup dalam suatu komuniti yang kuat untuk membenarkan apa yang mereka buat. Tapi kita yang at the other side, it is so painful. Kita bukan menggatal, kita bukan pencurang, kita tahu niat kita, dan family kita pun tahu siapa kita.
Kalau nak bertahan, doalah baik-baik untuk lembutkan hati dia. Kalau kuat, melangkahlah. Tegurlah dia baik-baik.