Assalamualaikum dan hai, saya umur 20-an, kerja part time dan sedang menunggu untuk konvo which I don’t know when sebab musim covid kan. So saya harap pembaca boleh baca sampai ke akhir.
Saya harap pembaca jangan memaki atau mengutuk keluarga saya. Tolong sangat ya, walaupun saya stress, tapi saya tetap sayangkan mereka. Cumanya, saya perlukan kata-kata motivasi untuk masalah yang saya hadapi.
Jujurnya, Saya agak tertekan kerana keluarga macam tak pentingkan solat dan tak tutup aurat. Macam-macam alasan yang diberi sampai saya mula rasa kecewa dan rasa macam saya pula anak derhaka.
Saya jujur cakap, keluarga kami dah lama tak solat. Saya dulu masuk asrama, alhamdulilah, masa tu solat saya terjaga. Tapi tu la duduk asrama banyak masalah dan hal yang buat saya stress juga.
Tapi bagi saya, Ramadan pada tahun lepas paling seronok kerana pertama kali dalam hidup rasa sangat dekat dengan agama. Saya konsisten solat full tiap hari, solat sunat setiap tengah malam. Saya rasa ada connection with God.
Malah, start dari asrama la saya start tutup aurat dengan sempurna. Alhamdulilah, bukan kerana sesiapa, tapi entahlah, perasaan tu muncul sendiri.
But, well yea, now I don’t feel like it anymore. Rasa macam kenapa.. kenapa keluarga saya amik remeh pasal benda ni.
Saya cemburu dengan orang lain yang ada keluarga sempurna, yang boleh Jemaah solat. Saya banyak kali nangis sensorang pasal hal ni. Dan saya paling triggered bila ada orang cakap “try la ajak keluarga solat or ajak keluarga tutup aurat sempurna”. Susah nak explain tapi benda ni susah..
Kedua, jujur cakap, ibu saya memang sampai sekarang memang tak tutup aurat sempurna. Saya tak faham. Katanya tak salah pun jika tak pakai tudung. Saya sampai sejak kecil dididik bahawa aurat tak penting. Asalkan pakai pakaian yang sopan.
Sehinggalah masuk Darjah 5, semua orang bagitau tutup aurat termasuklah menutup kepala. Ibu saya memang triggered bila ada orang nasihatkan pakai tudung, or I mean, tutup kepala. Saya sendiri rasa confused, betul ke tutup kepala ni termasuk dalam menutup aurat?
Adakah ibu betul? Adakah orang lain betul? Saya banyak berfikir pasal ni. Sampai ibu saya pertikai dan cakap, dalam rukun Islam takde pun suruh pakai tudung or tutup lengan. haih
Sehinggala saya sedar sesuatu. Kalau begitu, kenapa bila kita menunaikan solat, kita mesti tutup kepala dan rambut (untuk perempuan), betul? Kalau betul la kepala tak penting untuk ditutup, mengapa dalam solat kita kena tutup? Kenapa dalam solat, kita pakai telekung?
Dan saya dapat jawapan bahawa, benarla. Kita memang kena tutup sempurna. Semua tu terbukti melalui perbuatan solat kita. Yang hairannya, kalau solat, ibu pun kata kita kena tutup sempurna. Benda ni buat saya keliru.
Dulu masa dengan arwah ayah, ibu memang solat dan baca Al-Quran perfect. Sebab arwah ayah merupakan orang yang mengajar orang mengaji sebelum mereka berkahwin.
Tapi, selepas beberapa tahun arwah ayah meninggal, ibu saya dah tak selalu solat macam dulu. Dan kami pun dah jarang ditekankan pasal solat.
Sejak sekolah hinggalah uni, saya memang tak bagi ibu or family datang apa-apa event. Why? Sebab saya nak jaga aib mereka.
Semua kawan-kawan saya tak tau yang ibu saya tak tutup aurat. Saya rasa malu. Saya tau mereka akan mengutuk dan mengata pasal ibu saya jika mereka dapat tau pasal hal ni. Sehinggala sekarang, alhamdulilah, aib dia terjaga.
Saya memang selalu score nombor satu dalam exam. Tapi tiap kali anugerah, saya tak pernah ada family datang tengok. Saya tak kisah pun. Cuma orang lain pelik. Kenapa keluarga tak datang? Bagi saya, itu lebih baik untuk elak orang buka aib pasal keluarga saya.
Dulu masa saya sekolah menengah, saya kalau nak keluar pergi kedai pun saya kena senyap-senyap pakai tudung. Sebab dulu naik basikal, jadi bila saya keluar rumah, contohnya dah sampai di hujung jalan, baru saya cepat-cepat pakai tudung sarung dari beg yang saya pakai.
Betapa seksanya masa tu sebab kena sembunyi-sembunyi. Kalau ibu dapat tau, memang habis saya. Kadang-kadang pernah kantoi dengan rakan sekolah. Dan masa tu hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya saya jika rakan sekolah buka mulut pasal saya tak pakai tudung.
Tapi alhamdulilah, bila umur saya dah masuk umur 15 tahun, ibu benarkan saya pakai tudung. Itupun kadang-kadang ibu pertikai, takkan tempat yang dekat pun nak pakai tudung.
Di mata orang lain, dan di maat rakan-rakan, saya jenis memang macam jaga agama. Tudung labuh, pakaian tak ketat , and so on. Masa di uni pun, saya selalu solat perfect. But, honestly, bila di rumah, I am ashamed with myself. :’)
Saya sangat takut nak belajar baca Al-Quran dengan sesiapa sebab saya dah serik dihina. Kadang-kadang masa di sekolah asrama dulu ustazah ada buka kelas mengaji. Tapi saya tak berani. Saya boleh rasa anxiety kalau belajar baca depan ahli kumpulan.
Saya masih ingat lagi muka rakan-rakan yang sinis bila tengok saya macam tak reti baca Al-Quran. Ya pandangan hina. Sejak tu saya serik.
Saya teringin nak ada personal teacher yang boleh ajar saya mengaji dengan tenang. Tak judgemental, dan boleh bersabar dengan kelembapan saya. But, saya tak cukup duit untuk upah sesiapa. Oleh itu, saya hanya cari alternatif belajar melalui youtube dan dengan cara orang baca sahaja.
Sebab tu, kepada mereka yang ada rumah sempurna, keluarga sempurna, kalian beruntung dan amalkan lah ibadah dengan sempurna. Sebab kalian tiada halangan dalam melaksanakan semuanya.
Saya memang cemburu dengan orang yang ada keluarga yang ibadahnya perfect, solat, aurat, bacaan Al-Quran, solat Jemaah dan so on. Entahlah, saya selalu rasa, kenapa saya diuji macamni? :’) mata saya berair masa menaip ni. Saya tak tau nak buat camne dah.
Saya sayangkan ibu saya. Ibu banyak berkorban dan berjasa untuk saya. Sejak arwah ayah meninggal hinggalah sekarang. Tapi, itulah, saya mahu masuk syurga sama-sama dengan ibu. :’)
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit