Cemburu Dengan Wanita Pandai Memandu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada admin dan pembaca semua.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan confession saya. Berdasarkan tajuk di atas, ye memang saya cemburu dengan wanita-wanita yang memandu kereta lebih-lebih lagi yang mempunyai kerjaya. Tanpa kereta, anda takkan mampu kemana-mana dan hanya mengharapkan bantuan orang lain.

Rata-rata sekarang perempuan pandai memandu tak kira anak dara, wanita yang berkahwin ataupon orang tua. Ada orang cakap para wanita yang pandai memandu kereta dikatakan seorang yang pandai berdikari dan pandai menguruskan apa jua keadaan ketika berlaku kecemasan atau sebagainya. Lelaki pula tak perlu risau jika tinggalkan isteri di rumah kerana sudah boleh menguruskan diri tanpa mengharapkan bantuan suami atau orang lain. Syabas dan tahniah saya ucapkan.

Tetapi sebaliknya yang terjadi kepada saya. Saya seorang anak dara yang masih bekerja, mempunyai lesen dan mempunyai kereta cuma tidak pandai memandu kereta untuk pergi ke tempat kerja atau kemana-mana sekalipun . Nasib baik ibu saya pandai memandu kereta dan dia jugalah yang bawa saya dan adik saya berjalan-jalan.

Kadang terbit rasa cemburu melihat rakan-rakan sebaya yang pandai memandu kereta untuk pergi ke tempat kerja dan bergaya seperti wanita bekerjaya. Bukan nak kata orang yang tak pandai memandu dan sekadar bawa motor tak boleh nak bergaya, cuma orang akan nampak wanita yang memandu ini ada keyakinan yang tinggi dalam diri.

Mungkin perasaan takut yang membelenggu diri membuatkan rasa keyakinan untuk memandu itu di tahap yang rendah. Mungkin juga isu-isu tentang kemalangan yang sering berlaku didada akhbar atau di media sosial membuatkan hati terus berdegup kencang.

Sebenarnya ramai yang beri kata-kata semangat untuk saya cuba memandu. Ada kata “Saya pon dulu takut, tapi lama-lama dah pandai kawal stereng okaylah”. Ada juga yang berkata”Sebabkan emergency kena jugaklah memandu, susah nanti kalau harapkan orang lain”. Tapi terasa pedih jugak di hati haha.

Walaubagaimanapun, saya bersyukur kepada Allah sebab masih berikan saya orang yang boleh menumpangkan saya ke mana saja saya ingin pergi walaupun di sudut hati sangat-sangat menyusahkan mereka semua. Saya berharap suatu hari nanti, saya dapat membalas jasa-jasa baik orang yang pernah tumpangkan saya. Mungkin hari ini hari mereka untuk tolong saya , mana tau esok, hari saya untuk menolong mereka pula kan ?

*Maaf jika penulisan kurang memberangsangkan

– Cik Kuat Semangat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

  1. Saya Dulu pun takut, dpt lesen Baru je bln 4. Bln 6 Sy dh terus Bawak sbb tknk susahkn ibu yg hntr pergi balik. And alhamdulilah dh berani Bawak. Dlu nk pegang stereng pon tkut. Tkut pusing stereng, skrg Ni jln merata dah yg penting kne berani mencuba dan yakin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *