Cemburu Ke Tak Dapat Lelaki Pandai Masak?

Assalamualaikum wbt kepada semua readers dan juga admin. Terima kasih in advance jika confession ini dipost.

Sebelum ini aku dah banyak kali kot buat confession tapi pakai nama yang lain everytime. Pada entry kali ini aku nak cerita perihal mak aku. Kenapa dengan mak aku?

Tak cerita dia macam ni. Okay dalam keluarga kami hanya mak aku yang bekerja dan ayah aku pula merupakan seorang pesara dan sekarang duduk di rumah.

Manakala pula mak aku ini bekerja dan selalu pulang lewat sebab banyaklah kerja kan. Sorry panjang pula intro tapi ada kena mengena.

Dari dulu lagi sejak dorang kahwin yang banyak masak itu memang ayah aku. Memang dari kecil lagi kami sekeluarga membesar makan makanan di masak oleh ayah kami.

Mak aku tu bukannnya tk masak tetapi twice a week kalau tak busy dia akan masak misalnya untuk breakfast atau tea time lagi2 waktu weekend memang adala akan buat.

Mak aku ni lebih kepada baking dan ayah aku pula masak2 ni. Cooking dan baking berlainan bukan?

Jadi sampailah sekarang memang ayah aku la tukang masak di rumah aku dengan adik beradik lain tukang tolong je.

Dari aku kecil lagi aku perasan ramai orang jealous dengan mak aku. Kenapa? Sebab ada suami pandai masak.

Aku ingat lagi masa tu aku kecil lagi ada seorang makcik ni kutuk depan2 pasal mak aku (time tu mak aku takda kat tempat kejadian).

Cerita dia masa tu aku kat rumah cikgu tuition aku dia bercerita la dengan sorang ‘makcik’ ni tentang perihal keluarga aku yang ayah aku ni pandai masak sedap dan selalu memang dia yang masak.

Pastu ‘makcik’ tu comment apa kau tahu? “oh duduk mengangkang jela dekat rumah?” Aku tahu masa tu aku kecil lagi umur 10 tahun tapi aku faham dan aku marah.

Suka hati dia je cakap macamtu. Macamlah duduk serumah tahu apa mak aku buat.

Walaupun ada bibik dulu mak aku pun banyak buat kerja2 rumah dan banyak baking walaupun kerja. Bukannya seperti tuduhan dilontarkan oleh ‘makcik’ tu.

Sampailah sekarang ramai masih jealous sebab mak aku ada suami yang pandai masak dan apa2 sahaja nak makan mesti ayah aku masakkan tak seperti sesetengah ibu2 yang kalau teringin harus masak sendiri.

Mak aku ada juga selalu upload gambar masakan di fb beliau dan boleh dikatakan kebanyakan itu ayah aku yang masak.

Kan memang certain ibu2 suka upload menu of the day dekat fb and aku rasa itu normal sebab kawan2 mak aku pun macamtu.

Kadang2 mak aku post macamtu tanda macam nak menghargai air tangan ayah aku dan mungkin disalah erti oleh some of her fb friends yang anggap mak aku nak show off.

Ya memanglah boleh cakap terima kasih ya bang tolong masakkan itu memang2lah. Ini kau faham tak dia macam nak tunjuk tanda kita hargai dan sayang la tapi bukan ke arah riak.

Tak tahu nak describe tapi macamtulah. Mereka tak suka sebab mak aku upload gambar masakan yang bukan dia masak.

Mereka anggap as if mak aku nak ambil nama ayah akulah kononnya and macam nak kata mak aku ni tak reti nak masaklah.

Jadi any gambar masakan yang mak aku upload mesti mereka tidak like. Okay korang maybe akan kecam aku pasal like kan, hehe.

Tak like itu kan tanda support ala lagipun kawan2 kan buat apa nak befriend if tak like. Macam dulu mereka ini selalu like post mak aku tapi lately tak seperti nak boikotlah.

Btw ‘mereka’ ni adalah sekelompok kawan2 yang kenal each other aku taknak mentionla kawan kerja ke sekolah ke.

Selain itu juga mereka ni ada juga buat postingan berbaur sindiran yang takyahla nak post kalau bukan kau masak. Gituwww. Ini adalah beberapa orang.

Ada yang mention kita kena masak sendiri bukan laki masak macam awak yang jarang masak.

Eh satu lagi sebab ayah aku pandai mengemas haha tak macam suami dorang yang makan harus dihidang kalau pinggan pun tak diangkat ke dapur.

Ayah aku ni dulu walaupun kerja dia memang pandai hal2 rumah ni.

Btw lepastu ku macam like…. dah tua2 pun ada juga eh yang dengki. Aku ingat orang muda je.

So aku fikir agak kelakar di situ ya. Orang benci mak aku sebab ayah aku selalu masak dan masakan dia tu selalu wow gituww canggih dari menu2 yang ibu2 selalu masak (bukan nak puji ayah sendiri tapi kenyataan).

To conclude this whole story adalah mak aku bukan tak masak tetapi dia busy dan penat. Dia akan masak or bake bila cuti or weekend tapi takdalah nak selalu show off kt fb ke.

Post pasal ayah aku masak tu pula sebulan 3/4 kali je. Parents aku saling melengkapi takda siapa yang menggunakan each other.

Entahlah if ada kecam ke apa but apa yang aku boleh cerita setakat beberapa percent je dan aku pun bukannya pandai nak mengarang dan mungkin ada yang menimbulkan salah faham tu sorrylah ya.

Sorry juga kalau panjang sangat tu scroll and scan laju je, hahaha.

– Kyl (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *