Untuk part I, (https://iiumc.com/cemburu-kerana-duit/).
Assalamualaikum admin dan para pembaca setia iiumc.. Hadirnya aku sekali lagi untuk merungkai kisah hitam yang pernah aku sekeluarga alami.. Sebelum ini aku cuma meluah rasa tidak puas hati tentang kezaliman orang lain terhadap aku dan keluarga aku.
Kenapa aku malas cerita sebelum ni? Sebab terlalu banyak kisah dan timeline panjang, maklumlah nak dekat 30 tahun lebih berdiam je tak balas apa2 sekarang pun masih bersabar. Kedua aku takut orang tak percaya, tak sanggup rasanya nak baca komen2 kalau ada yang kata aku menipu untuk dapat perhatian. Hanya yang mengalami sahaja yang tahu. Jadi kali ni aku akan ceritakan event2 yang teruk yang pernah makcik2 dan nenek aku buat.
Antaranya, sihir pemisah untuk ibu ayah aku. Apa perasaan korang klu hari2 kena hadap mak bapak korang bertekak untuk benda yang kadang2 remeh, jerit, tengking, sesama sendiri. Aku dan adik beradik lain kena hadap dan dalam masa yang sama kena fokus belajar sebab benda2 ni jadi bila kitaorang ada peperiksaan penting upsr, pmr, spm. Setahun woi kena dengar parents bergaduh.. Fuh panas telinga.. Tapi takpe, berkat sabar, kami adik beradik skor jugak..
Yang lain biasa2 je.. Tapi aku of course la paling dibenci, sebab memanjang pass with flying colours.. Dieorang hairan sebenarnya, dah buat macam2 skor jugak.. Aku takkan campur adukkan study dengan hal2 puaka ni, buatlah apa pun,tak berbaloi aku nak merosot semata mata nak tengok orang lain tepuk tangan atas kesedihan aku. Pernah jugak dieorang cuba porak perandakan keluarga kitearang dengan cara bagi masing2 nampak muka masing2 rupa ‘lain’. Tapi alhamdulillah kami sekeluarga berjaya atasi.
Next, perempuan2 tu suke bagi pakaian. Kalau kau pergi tiga rumah, tiga2 bagi baju.. Hadiah katanya… Hey.. Ingat orang bodoh sangat ke.. Kalau kau nak belanja adik kau baju,bagilah yang baru pastu bagilah 10 helai ke, shopping sama2.. Ni dah la preloved, kusam, sehelai je, warna gelap2.. Kadang2 bagi baju dalam, seluar dalam sehelai, kain batik paling famous. Ayah aku pernah dengar baju2 ni menjerit bila nak ‘dibersihkan’. Dah bersih pun tak kuasa kami nak pakai.
Bila tak menjadi, dah tak main baju2. Buat cara lain pulak, jampi ikut makanan, masak banyak2 pelawa datang rumah, dengan harapan kitaorang akan kesian dan tolong makan. Masa ni perut kau tak payah cakaplah, sakit macam kena belah, muntah, cirit non stop. Tapi kami masih diam dan buat2 tak tahu. Kitaorang tak pernah reveal pun yang keluarga kitaorang sakit.
Sekarang, bila still tak menjadi, menghantar jela keje nye untuk menggangu hidup, kerja seharian. Aku pernah sakit sampai tak boleh solat,badan tak boleh nak bengkok langsung. Kena tindih, lumpuh badan. Tapi bila jerit mintak tolong takde siapa pun dengar. Sakit kepala kuat, macam nak mati je rasa.
Sekarang dah semakin teruk, jadi pemuja pulak. Terbaru aku dapat tau diaorang upah bomoh puja patung2 semua ahli keluarga aku.. Sakitkan melalui patung macam cerita niyang rapik tu. Persoalan nya, mana diiaorangg dapat duit nak bayar bomoh2 lahanat. Lepastu, sikit2 nak bergambar. Kadang2 snap gambar kau senyap2. Tak tahulah nak buat apa dengan gambar2 tu. Beria nak suruh kau posing depan rumah lah, complete satu family.
Baru2 ni dah advance pergi Thailand, tak taula cari apa. Alasan bercuti. Yelah tu. Aku salute dieorang ni tak berputus asa. Tapi kan bagus amalkan sikap tak putus asa tu untuk cari rahmat Allah S.W.T. Ini tidak, untuk hal lain..
Ini je yang boleh aku dedahkan. Korang doakanlah semoga aku dan keluarga aku akan selamat dan sentiasa kuat agar dapat melawan segala dugaan yang datang dari hasad dengki manusia. Kalau ada kesempatan aku akan cuba buat entri lain yang ceritakan lifestyle diaorang. Tapi tula takut kantoi je..
Tahun ni raya aku buat keputusan tak balik kampung. Malas nak hadap, nanti tengok kereta baru, baju baru, bagi duit raya banyak, mulalah. Terima kasih sebab sudi membaca dan bagi nasihat, aku akan amalkan insyaaAllah.
– Yang Merana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit