Salam semua. Aku dah bertunang. Kami dah bercinta lebih tiga tahun, dan bertunang lebih setahun. InsyaAllah, bulan 11 ni kami akan disatukan.
Kami dah lama kenal, dan sepanjang perkenalan kami, aku rasa kami sangat bahagia. Masa bercinta pun, dia selalu sabar dengan aku, dengan segala perangai aku. Dia selalu tunjukkan yang dia sayang aku.
Aku bukan perempuan sempurna. Tapi aku setia. Aku jaga hubungan ni sebaik mungkin. Aku letak sepenuh kepercayaan dekat dia.
Tapi aku juga manusia biasa. Aku ada hati. Aku ada perasaan. Dan ya, aku cemburu. Aku cemburu sebab aku sayang.
Dari awal lagi, aku tak pernah sembunyikan perangai aku. Aku cemburu, dan aku tahu aku kuat cemburu.
Aku pernah minta dia unfriend semua kawan perempuan dalam media sosial.
Aku tak suka bila ada perempuan yang like gambar dia, komen emoji senyum, love, atau panggil dia “abang”, walaupun sepupu dia sendiri. Aku tak selesa. Aku rasa macam cinta aku terancam.
Aku suruh dia block, dia block. Aku minta dia buang gambar, dia buang. Aku marah pasal komen, dia minta maaf. Semua yang aku minta, dia ikut.
Bila aku marah, dia tenangkan aku. Bila aku merajuk, dia pujuk.
Paling aku tak boleh lupa, masa dia nak beli kereta—aku baca WhatsApp dia dengan seorang salesman perempuan. Salesman tu panggil dia “abang”, aku terus mengamuk. Aku suruh dia batalkan terus urusan tu. Dan dia ikut cakap aku tanpa soal.
Aku tahu aku cemburu, tapi itu semua sebab aku sayang dia. Bukan sebab aku nak kawal hidup dia atau buat dia rasa tertekan. Aku cemburu sebab aku takut kehilangan dia.
Tapi bila dah makin dekat tarikh kahwin ni, dia makin berubah.
Sekarang, bila aku marah dan suruh dia block, dia melawan. Dia cakap, “Kalau saya nak curang, dah lama saya buat.”
Dia tuduh aku cemburu buta. Kalau aku tegur dia tak suka orang panggil dia “abang”, dia kata orang tu panggil “abang” sebab hormat. Dia cakap, “Kenapa awak jeles sangat? Takkan benda macam ni pun awak tak faham?”
Macam aku ni tak tahu apa yang aku rasa. Padahal aku bukan cemburu buta—aku cemburu sebab aku sayang. Takkan benda macam ni pun dia tak faham? Kenapa dia buat macam aku ni tak penting, macam aku ni yang terlalu mengada?
Sekarang, aku rasa semua yang aku buat, semua yang aku jaga selama ni, macam tak dihargai.
Kalau dia benar2 sayangkan aku, kenapa dia buat aku rasa macam ni? Kenapa dia buat aku rasa macam aku ni tak ada tempat dalam hidup dia?
Memang lelaki susah nak faham perempuan, dia tak tahu ke apa yang aku buat ni sebab sayang?
– Elisa elis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
saya pun sama kes dengan si penulis tapi setiap kali saya cemburu my partner tegur and buat saya sedar, itu bukan tanda sayang yg sebetulnya. itu membawa maksud yg kita tak percaya dengan pasangan kita. kalau nmpk benda2 yg kita tak suka mesti kita pikir perkara2 yg buruk yg bakal terjadi walhal ituu hanyalah fikiran negatif. sebab itu lah dalam Islam pun kita kalau boleh elakkan utk berfikir yg bukan2. sebab itu akan menjadikan hubungan itu toksik, dan pasangan akan berfikir yg kita tak percayakan dia. lama2 akan jadi makan hati dan lama kelamaan hati akan mati. Oleh itu cubalah control overthinking itu ya sis, utk kebaikan pasangan jugak sebab kita takkan mampu nk kawal semua orang sekeliling dia melainkan kita simpan pasangan kita dalam almari dan kunci pintu bilik
memang cemburu buta cam tu, takkan la sepupu sendiri pun tk leh nk panggil abg, apa la ko ni, cembutu ni nanti akan makan ko balik, malah boleh sbb kan tunang ko tu cabut lari, sbb cemburu buta ni amat la merimaskan samada perempuan atau lelaki
Mengadanya kau ni nyahhhh. Dah terang2 cemburu buta pon taknak mengaku. Tolong ubah diri tu jangan toxic sangat. Aku yang perempuan ni pon menyirap dengan kau apatah lagi tunang kau yg dah bertahun hadap. Jangan disebabkan perangai kau ni jadi asbab dia berubah. Kalau kau sayang dia kau takkan kongkong dia sampai mcm tu. Dia dh ikut semua ckp kau pon kau tak puas hati. Betul la dia cakap panggilan abang tu tanda hormat. Kau tak pernah panggil org lain abang ke? Suka nau fikir yg bukan2 lepas tu tunang kau yg jadi mangsa. Selfish do kau fikir perasaan sendiri je
saya pun cemburu mcm sis ni jugak sbb sayang tp klu sampai org panggil dia “abang” pun tk boleh rasanya tu cemburu buta 😅 sbb saya rasa klu org tu panggil dia guna nama lgi saya cemburu. betulla tu tunang sis cakap org tu panggil abang sbb hormat, kadang kita kene tengok diri sendiri jugak jangan terus bagi kesimpulan..
Kalau tunang tiba2 mintak putus paham2 la ek
ntah pepe ko ni. salesman tu pggl laki ko abg sbb dia nk jual kete xkn nk pggl laki ko pakcik pulak!!??? rimas doh kalau ada pasangan jenis cmni. awal2 sweet la bila da lama2 rasa nk penampor je
ajerr gilerrr kalau dapat partner macam ni.
Istighfar banyak2 dik..Memang awak ni cemburu buta. terima hakikat tu dulu. Cuba letak diri awak kt tempat laki tu. Boleh ke tahan hidup bertahun2 kena control mcm tu. Awak seolah2 sikit pun takde rasa percaya pada tunang tu. Hubungan perkahwinan ni dibina bukan atas dasar sayang je tapi kepercayaan & tanggungjawab. Kalau awak xde rasa kepercayaan kpd laki tu mcm mana awak nk menempuh alam perkahwinan dgn dia nnt.
cari tahu cemburu yang dibenarkan dan cemburu yg tak di benarkan, barulah cemburu awak in control. Cemburu tu boleh, tapi jgn berlebihan.
Kau ni bukan cemburu buta tapi cemburu bodoh sebab ramai perempuan macam kau ni memang bodoh, bagi sini contact laki kau biar aku beritahu aal kat dia supaya jauh dari kau. Perempuan bengap menyusahkan dan merimaskan lelaki macam kau ni patut single je selamanya baru takde masalah hidup kan
kronik sangat cemburu ko ni. takkan dengan sepupi tunang sendiri pun nak cemburu. kau kene ingat, kau dah nak masuk keluarga dia, buat mengata orang je kalau dengan sepupu sendiri pun nak dibuat musuh.
Tolonglah matang.Lainlah tunang KO bergesel dengan wanita lain….
Kawal la cemburu tu sikit jgn ikut perasaan.Tunang KO tu bukan robot ya..jgn layan org mcm patung…jgn rosakkan mental orang la..awk ni mental tak sihat ni.kena jumpa pakar perubatan
Lama kelamaan bosan dia terus angkat kaki tak toleh dah ….
Base makhluk mental. Tunggu masa nak kena tinggal dah ni.
Sebenarnya tak logik cara sayang ko tu dik. Tips hakak utk ko,the more you ignore,the more he come to you.tu jela nasihat dari wife of 10yo marriage
Cemburu sebab sayang? Buta nampak salah orang lain je, salah sendiri buta. Dan dan nak tuduh partner berubah dah nak dekat kahwin, dan dan nak claim jaga baik punya. Otak letak kat mana? Boleh beza tak cemburu bertempat dengan cemburu buta?
Maaf, dari cara penulisan nampak macam awk belum matang. Nak kawen ni bukan sekejap dik.. and life awk nnt tak sama dgn time single/bertunang so tlg la ready dari segi mental & fizikal. Hidup berumahtangga bukan berdasarkan sifat sayang semata, bukan berapa lama kenal tp yg utama adalah tanggungjawab tapi sebelum tu carilah redha Allah dulu..sayang seseorang kerana Allah, niat berumahtangga juga kerana Dia. Persiapkan diri dgn ilmu berumahtangga, bertolak ansur, jujur dan saling percaya antara satu sama lain..jadikan solat istikarah dan tahajjud sebagai amalan dan kebergantungan pada yg mencipta setiap makhluk..harap awk boleh perbaiki diri sebelum terlambat
Nasihat aku kepada tunang perempuan ni, lari jauh2 sementara belum berkahwin ni. Ada banyak masa lagi untuk putuskan tunang ni. Masa bercinta ni semua pon boleh diturutkan sebab tengah mabuk dan belum duduk sekali. Kalau dah dudk sekali nanti, kau akan kenal neraka dunia. Ya boleh cerai nanti, tapi aku takut akau tak kuat untuk lafaz benda ni sebab laki macam kita jeis pikir panjang. Sebab tu talak kat kita. Inilah kalau tuan puan nak kenal, perempuan red flag yang selalu di gembar-gemburkan tu. Dan segala tindakan salah dia akan di sembunyikan disebalik alasan2 tak masuk akal atas dasar sayang. Tapi apa yang laki dia tak boleh buat, dia boleh buat dan dia akan selalu betul.