Assalamualaikum semua.
Ni mungkin bagi sesetengah orang it seems normal, but not for me. Bertahun2 aku try sampai sekarang.
Aku ni cepat marah. Atau dalam erti kata lain panas baran kot. Family aku tahu macam mana sikap aku especially ibu aku. Dia tahu aku tak boleh dipaksa. Akulah yang paling degil dan paling nakal.
Itu dulu, tapi sekarang dah kurang. Aku bersyukur kepada Allah sebab bagi aku peluang untuk berubah. Tapi perangai aku yang satu tu jela memang paling payah diubah. Marah.. inilah yang paling susah aku nak ubah.
Aku solat. Aku buat solat sunat. Aku solat taubat hari2, aku mula buat masa cfs sampai sekarang, tak pernah tinggal.
Aku solat sunat istikharah. Asalnya aku buat istikharah sebab nak lamar seorang bro ni. Haha. Tapi lama2 bila difikirkan balik aku tukar niat.
Aku mintak Allah bagi aku hidayah tiap2 hari, aku mohon Allah tunjukkan aku jalan. Nak akhir2 doa baru aku mintak jodoh yang baik. Benda ni aku still buat sampai sekarang.
Aku dengar ayat2 Quran. Sebelum tidur aku dengar. Bila tengah buat assignment/projek aku dengar. Hari2 aku perdengarkan kat telinga aku ni.
Tiap kali balik cuti aku kerja. Kerja yang melibatkan melayan perangai2 customer, jual2 barang tu semua la. Memang berangin dibuatnya bila buat kerja ni.
Tapi aku belajar control sikit2 dan Alhamdulillah setakat ni still okay lagi walaupun kadang2 rasa macam nak gila melayan customer yang annoying.
Tapi sayang seribu kali sayang, aku masih lagi susah nak control perasaan marah aku.
Dulu lagi teruk, nauzubillahiminzalik. Segala macam perkataan keluar dari mulut aku. Sekarang paling tak pun kalau aku betul2 marah aku akan keluarkan perkataan bodoh, bangang.. yang lain2 tu memang aku tak cakap dah.
Even keluar perkataan bodoh & bangang tu pun, aku rasa macam useless je sebab still tak mampu nak kawal lagi.
Memang dah kurang sekarang, tapi kadang2 bila meletus kemarahan aku tu, Allah.. aku sendiri pun payah nak control. Susah. Allahuakbar. Bergegar jantung aku. Hati aku sakit.
Bila dah marah tu sedaya upaya aku istighfar dalam hati. Aku suruh hati aku calm down. Aku tarik nafas. Kadang2 aku diam dan terus blah dari situ. Yang itu memang aku dah tahap tak tahanlah tu.
Kadang2 aku akan suruh orang yang aku marah tu diam. Lepas tu aku blah macam tu je.
Kat UIA ni pun memang payah gak aku nak control. Allahuakbar. Tapi aku bersyukur bila ada sorang hamba Allah ni, bila aku kata yang aku sebenarnya panas baran, dia seperti tak percaya.
Bila aku dengar, terubatlah jugak hati aku ni. Maknanya aku dah semakin ok dalam mengawal emosi marah ni.
Aku malu. Aku malu dengan diri aku sendiri. Aku malu dengan Allah. Aku sedih. Sakit hati ni bila kemarahan aku keluar. Aku lukakan hati orang. Aku buat orang nangis dengan apa yang aku cakap.
Once my anger burns out, I am left with empty tanks. Rasa macam useless. It is a paralyzing emotion. I can’t get anything done. I feel so helpless.
It’s absence of control and I need all of my powers, all of the control and anger doesn’t provide any of that. My anger is eating me from inside.
Ok dah, ni je yang aku nk luahkan. Thanks sudi baca.
– Si Baran (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
try amek supplement mcm magnesium, or maybe ada sakit tyroid.. or kurangkan berat badan, bykkan bersenam. TT ni kurang dapomine ni. kena buat benda yg menggumbirakan hati.