cepat sentap

Assalam,
Harap admin approved.
Saya ni jenis cepat sentap. Seriously. Bole terima teguran tu, tapi akan rasa down. Pernahla post dekat iium confesion sblom ni, sblom post tu dah bukak dah minda untuk terima kutukan apa semua, tapi bila baca komen still rasa down. Dari kecik jarang kena marah dengan mak ayah. Mungkin sbb tu kot.

Kalau buat apa2 secara berkumpulan ke, kerja society ke, dalam hati dan pikiran dah set dah awal2 ok xpe kalau aku buat silap dan orang tegur aku. Tapi bile kne tegur still rasa down. Kat dunia luar nnti, macam2 agi aku kne hadapi, tapi setakat teguran kecil bole buat aku rasa down mcm mana nak survive kan. Aku nak jadi seorang yg kuat, dianamik, proaktif, optimistic. Aku suka tgk wanita2 yg nmpk kuat pegangan dia, kental jiwa dia, tegas pendirian dia. Tapi aku tau, sblom dia jdi mcm tu mesti byk ujian dia. Life aku ni hambar je, xde cabaran.

Jadi harap dapat berikan kata semngat, bukan kutukan, cercaan, dan makian. Macam mana nak get over sesuatu teguran.

Kalau rasa tak ada apa2 perkara baik untuk dikata, lebih baik simpan ok. Thank you.

– budak sentap

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *