Assalamualaikum semua.. Mak Raksasa sini. Aku dah pernah confess sini pasal pengalaman bersalin normal dan czer. Macam hanat pengalaman aku kan. Haha.
Kali ni aku nak tulis pasal menjaga anak-anak raksasa aku ni pulak. Yelah dah beranak takkan lempor ke lombong pulak kan. Kena lah jaga.
Masalah nya anak-anak aku ni buasnya ya ampun. Diorang bukan autism atau hyperaktif. Tapi degil diorang tu aku rasa nak cekik-cekik!
Sebelum para ibu-ibu mengecam aku sebab tulisan yang kasar, aku nak remind yang aku memang kasar sikit kat mulut tapi niat aku cuma nak bergurau. Tak lebih dari tu ok? Sapa tak sayang anak oih!
Aku dan suami dua-dua bekerja.. Jadi bila kami balik kerja mestilah penat kan. Masing-masing tenaga dah hampir kong.
Tapi anak-anak ni walaupun seharian main dekat tadika dan rumah pengasuh, kenapa bateri diorang tak pernah habis ek? Geram lak aku. Haha
Baju yang aku dah lipat masukkan dalam laci bertingkat. Si adik tu akan tarik dan keluarkan biar berterabur atas lantai.
Bilik tu kiranya memang sentiasa ada timbunan baju atas lantai. Kadang aku rasa nak cucuh je api biar jadi unggun api. Semak mata tau tak.
Baju yang dalam bakul (yang belum dilipat) pun sama. Akan terburai atas lantai. Jangan kata aku tak kemaskan. Aku dah kemas. Tapi ibarat menolak ombak di pantai. Sia-sia !
Kabinet yang aku letakkan Tupperware-tupperware aku tu rendah. Jadinya si kenit ni apa lagi. Dia buat macam lego. Yang si abang main baling tudung Tupperware tu buat macam main boomerang. Ya robbi…. Kuatkan ku ya Allah..
Kalau nak guna, aku kena cari tudung Tupperware tu kat belakang sofa. Tak pun bawah katil. Kadang dalam kolah bilik air.
Aku dah beli child lock utk kabinet dalam shopee. Tapi sekejap je bertahan. Budak-budak tu boleh cabut jugak! Arghhhh
Tunggulah nanti aku ada duit sikit aku nak buat kabinet baru dan almari baru. Biar diorang dah tak boleh bukak.
Sebut pasal child lock, aku letak jugak kat peti ais. Sebab si kecik tu suka buka dan main celup-celup dalam cili blend aku.
Pastu habis dia keluarkan ubat-ubat dalam peti ais tu, dia susun kat luar.
Aku penat tau. Kalau korang duduk kat kosyen tiba-tiba ada cabai melaka ke, limau kasturi ke kat tepi paha jangan tanya kenapa. Tu semua keja si kenit tu!
Dulu masa belum ada anak, kami ni tiap-tiap malam berdoa mintak zuriat. Sekarang ni, tiap-tiap hari berdoa mintak Allah bagi kesabaran.
Haha! Rasain loe..
Suami tak tolong jaga anak ke? Hey mestilah tolong. Lagipun kami tiada istilah tolong menolong. Kami menggunakan sistem BERAT SAMA DIPIKUL, TAHI SAMA-SAMA DIBASUH.
Dan natijahnya, kami dua-dua stress. Stress melayan kebuasan anak-anak. Pernah je kami dine-in kat restoran. Tapi melihatkan anak kami yang terloncat-loncat macam doremon kena cucuk punggung. Terus tak jadi. Bungkus je lah.
Kalau kami nampak parent yang bawak anak 3-4 orang kan, kami mesti sama-sama tergelak kecil sambil cakap “Hebat…. hebat…”
Tanda kami sangat mengagumi ketabahan mak bapak tersebut. Kami yang dua anak ni je pun serabut!
Orang lain siap boleh bawak anak-anak kecil pergi bercuti kat pulau. Kami ni main cabut rumput depan rumah pun dah terjerit-jerit. Sebab diorang ni degil. Kena jerkah atau tempik baru nak dengar cakap.
Aku dah guna western style untuk didik. Ada yang jadi, ada yang tak. Last-last kena guna asian style jugak iaitu ‘hanger baju’.
Tapi yelah.. si abang baru 5 tahun. Si adik 2 tahun. Takkan nak pukul teruk-teruk. Sekadar gertak sajalah.
Untuk pengetahuan korang, rumah aku tiada mainan. Bukan kami tak beli.. tapi budak-budak ni tak reti menghargai. Sekejap je mainan tu pecah dan hilang. Lepas tu aku jugak lah kena kutip sisa-sisa mainan tu. Kalau tak nanti si adik masukkan dalam mulut.
Pernah sekali tu, aku cari remote tv. Cari punya cari, remote ada dalam sinki. Tak tahulah sapa yang buat. Tapi suspeknya macam si kecik tu lah.
Aku ni hairan betul tengok anak jiran elok je susun mainan dia atas meja.. mainan yang masih sempurna kejadiannya.
Masa makan, aku tengok anak dia duduk elok kat meja makan nasi. Anak aku? Bertinggung atas meja! Ni anak aku ke anak cimpanzi weh.. hahaha.
Sekarang ni si adik dah pandai bukak pampers sendiri. Nak jadi cerita hari tu aku tengah baring dan berehat lepas baru balik kerja. Mandi pun tak sempat lagi. Nak rehatkan kaki kejap lepas harung jem dua jam kan..
Si adik tu bagi hadiah kat aku. Dia berak atas lantai tepi katil. Amik kau ‘jongkong emas’ selonggok.
Ya Tuhan……
Tak pasal-pasal aku dengan suami kena osom sapa kalah angkat taik. Dan ni bukan kali pertama ye. Banyak dah ‘hadiah’ kami dapat. Kami dah ajar potty training tapi entah kenapa tak menjadi.
Namun dalam kebuasan diorang ni.. aku masih bersyukur. Anak-anak aku sihat walafiat. Si abang pun dah lancar membaca buku dan iqra.
Syukur alhamdulilah. Si adik dah boleh bercakap dah sikit-sikit.
Aku menulis ni bukan sebab nak merungut ke apa. Aku cuma nak meluah saja. Mesti ada mak ayah kat luar sana yang senasib dengan kami.
Jom lah kita berhuhuhu sama-sama! Hahaha..
Apa-apa pun, aku tetap sayangkan anak-anak aku ni. Diorang ni kan amanah Allah. Kalau tak sayang, aku tak habiskan hampir RM800 untuk diorang saja sebulan. (Koyak poket weh. Huhuhu)
Aku memang amat mengagumi para ibu bapa yang ada anak ramai. Sumpah kagum. Tugas jaga anak ni bukan mudah. Aku sendiri pun naik sewel jugak sekali sekala.
Lalu aku beli tealive dan minum sorang-sorang dalam kereta. Sebab nak lari kejap dari ‘huru-hara’ kat rumah.
Pada yang mengambil keputusan untuk taknak anak, aku menghormati pilihan kalian. Sebab tugas ni amat besar. Amat besar.. Jika takut dilambung ombak, janganlah korang membeli rumah di tepi pantai. Tibe
Kesimpulannya, cepat lah besar wahai anak-anak umi! Umi dah tak larat nak jadi raksasa hari-hari. Hahaha
– Mak Raksasa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit