Untuk part I, (https://iiumc.com/cepatnya-move-on/).
Assalamualaikum semua. Maaf lah sebab terpaksa buat confession kedua. Confession ni sekadar perkongsian apa yang telah terjadi.
Yer betol, saya masih dalam proses bercerai. Memaafkan itu sangat makan masa.
Dalam pertelingkahan selama sebulan yang terjadi, saya dan suami ada pernah duduk berhadapan menyatakan apa lagi yang tidak cukup dalam perkahwinan ini sampai kita di tahap paling getir.
Dia menyatakan dia tidak mendapat kebebasan dalam hidupnya, saya tanya semula kebebasan yang bagaimana.
Dia katakan dia rasa dirinya terkongkong dengan segala benda di rumah dan saya tidak benarkan dia keluar untuk ‘me time’.
Saya kata semula, awal dulu sewaktu anak pertama lahir, saya dah beritahu kalau nak keluar having your me time itu ada 2 syarat :
1. Balik sebelum pukul 11 malam.
2. Keluar hari biasa dan jangan ganggu weekend.
Itu sahaja syaratnya, awak nak keluar ke langit tujuh ke saya tak kisah janji ikut syarat tersebut. Dan akhirnya setelah 4 tahun dia katakan syarat itu mengongkong keinginan dia.
Saya katakan saya sama usia dengan suami, kami kahwin ketika umur 24 dan galas tanggungjawab sebagai ibubapa pada umur 25 tahun,
Saya juga dikelilingi rakan sepejabat yang muda dan single, saya juga hilang masa muda saya. Tapi saya tidak rasa itu sebagai satu kongkongan.
Jadi saya kata,okay boleh, saya boleh ikut kemahuan syarat awak untuk tidak dikongkong tapi saya mahukan kebebasan yang sama. Saya nak adil antara kita kerana keadaan kita sama sahaja.
Lama dia diam dan dia kata dia mahu fikir semula.
Dari situ saya tahu isu ini tak akan kemana, saya bukan jenis berdiam diri.
Saya akan pertahankan hak saya selagi ianya hak saya. Dan dia tahu pendirian saya setegas mana, jadi dia kata bukan ini yang dia mahukan.
Sudah.
Gitu pulak ceritanya.
Saya jadi penat dengan percakapannya yang bolak balik.
Dan ketika inilah, hadirnya seorang perempuan yang saya namakan penyondol.
Satu pejabat dan satu team di office, saya kenal dengan semua officemate suami kerana memang lumrah kami akan memperkenalkan pasangan kami di office.
Nak dipanjangkan cerita, penyodol ini memang ada hati dengan suami saya dan sewaktu rumah tangga yang sedang bergolak ini,
Dia hadir memujuk dan prihatin dengan masalah suami saya. Dan dia pun rasa dihargai dan ada tempat mengadu.
Allah bantu saya ketika ini, kerana secara tiba2 di satu subuh ada satu mesej pop up di handphone suami, dan saya buka adalah msg mereka berdua yang beramah mesra alam melebihi batas leader dan sub-leader.
Dan disinilah bermulanya saya mengambil tindakan bulat untuk berpisah, tiada apa lagi yang harus saya fikirkan. Walaupun hubungan itu hanya bermula selama 4 hari sahaja, tapi cukup bagi saya.
Dikhianati sungguh sakit rasanya, kasihan pada anak-anak saya ayahnya berperangai sebegitu. Malunya saya pada anak-anak saya.
Office adalah tempat mencari nafkah dan menyenangkan kehidupan anak-anak, tapi ayah mereka bersenang-senang di office bermain cinta pula.
Sepanjang sebulan itu, macam2 saya lakukan untuk dapatkan jawapan dengan tindakan saya ini, saya cari ustaz dan minta pendapat mereka. 5 ustaz saya suarakan masalah saya ini.
Dan saya juga pergi kaunseling keluarga. Sejujurnya saya takut kesan pada anak-anak saya dan saya mahukan terbaik.
Sekalipun Allah tak izinkan keinginan saya untuk berpisah, saya hanya memohon supaya redha itu wujud dalam hati saya.
Walaupun ada yang tanya, tak sayang ke perkahwinan baru 4 tahun, anak-anak kecil lagi.
Jawapan saya, saya lebih sayangkan diri saya dan anak-anak. Kalau bersama itu membebankan jadi untuk apa saya bertahan.
Cukuplah 4 tahun itu, takkan dah 14 tahun baru nak menyesal. Bagi saya senang je, kalau Allah izinkan perpisahan ini, maka ianya akan terjadi jugak.
Saya usaha dan doa Allah makbulkan keinginan saya, dan jika ianya terbaik pasti Allah permudahkan.
InsyaAllah.
– Orkid (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit