Cerai atau Terus Bersama

Assalamualaikum semua. Maaf sebab aku memilih untuk mengadu di sini. Aku ada kawan kawan tapi mereka semua jauh jauh dan tidak pernah tahu keadaan aku yang sebenar benarnya. Aku ada keluarga tapi aku taknak menyusahkan mereka. Aku mohon maaf kerana aku bukanlah seorang penulis mahupun pencerita yang baik. Sesungguhnya aku menulis dengan keadaan yang sedih, resah, marah dan hanya Allah yang tahu. Bukan niatku untuk mengaibkan suamiku tapi aku sudah tidak menemui jalan lain untuk mengadu.

Aku berumur pertengahan 20an. Aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang puteri yang berusia 2 tahun. Aku adalah surirumah. Dari awal percintaan sehinggalah ke hari ini, suami aku tidak pernah suka dengan keluarga ku. Mak ayah, adik beradik, sepupu , makcik pakcik saudara semua dia tak suka dan tak mahu bercampur gaul. Aku tidak pernah menjangkakan perkara ini akan berlanjutan sehingga kini kerana kalau diikutkan layanannya terhadap keluarga di saat perkenalan kami tidaklah sehambar sekarang.

Hati aku sakit dan rasa berdosa sebab hari demi hari semakin dia selalu hina keluarga aku. Di satu ketika Keluarga aku dikatakan kejam kerana di saat aku menjadi isterinya, suami ku ada berjumpa dengan ibu ku untuk memaklumkan bahawa aku tidak akan d bawa oleh suami ku untuk bercampur dengan ahli keluarga saudara mara yang lain untuk meraikan apa apa seperti raya, puasa , kenduri dan sbgainya, semua nya hendaklah di utamakan belah suamiku. Suami ku juga bahkan tidak mengizin kan untuk aku pergi bersendirian membawa anak tanpanya.

Dia juga beranggapan bahawa keluarga aku penyibuk kerana pernah di suatu ketika dia tidak bekerja kerana syarikat yang dia berkhidmat telah jatuh muflis keluarga ku menyoalkan tentang perancangan nya untuk yang akan datang , baginya itu adalah perkara busy body walaupun abang kpd suamiku ada menasihatinya bahawa keluargaku bertanya kerana ingin membantu . isu keluarga aku berprotokol pula kerana suamiku adalah seorang perokok, ayah ku meminta untuk suami merokok di bahagian beranda (maaf kalau salah ejaan) rumah.

Suamiku merasa tidak senang dengan ‘cara’ di rumah keluarga ku. Mahupun hal sekecil kecil zarah, mengenai remote astro apabila adik bongsu ku menukar siaran ke rancangan yang di sukainya, suami ku terus membahan keluarga ku di sepanjang waktu perjalanan pulang bahawa drama tah apa apa lah, tak respect tetamu lah nak tengok tv. Dalam hati aku masa tu boleh sahaja perkara ini selesai kalau dia bagitahu adik aku yang dia nak tengok siaran tadi.

Senang cerita laki aku memang kaki condem kalau pasal keluarga aku. Kalau nak aku cerita satu persatu terlalu banyak dan sungguh bagi aku semua tu mungkin adalah perkara yang tak ada lah besar sangat. Bak kata orang benda boleh bawa bincang .. Aku dah pernah slowtalk dengan laki aku pasal hal family ni tapi dia malah mengugut aku bahawa suatu hari nanti isu keluarga inilah yang akan menjadi punca penceraian kami.

Dia juga selalu mengatakan bahawasanya dia adalah syurga aku, cara keluargaku terlalu sosial bercampur dengan kawan kawan dan sanak saudara dan baginya itu menghabiskan duit . kebiasaanya isu ini berlaku ketika raya sebab sudah lumrah keluargaku adalah keluarga yang bermuafakat saling ziarah menziarahi ke rmh jiran tetangga dan sanak saudara tidak kira jauh mahupun dekat.

“Sesungguhnya isteri yang taat adalah tidak pernah meninggalkan suaminya. Tengok arwah ibu, abah tak bagi izin kan untuk ibu balik masa arwah mak kandung ibu sendiri meninggal”. Begitulah yang selalu suamiku katakan padaku. Aku tidak mampu untuk melawan. Setiap kali aku ingin berkata kata kepadanya air mataku akan mengalir dengan derasnya. Aku tidak pandai bermain kata, tidak pandai aku berperang mulut , sebaliknya suamiku sangat pandai pusing cerita sangat pandai berbicara.

Demi Allah setiap hari aku merasa semakin sakit hati semakim terseksa apabila aku wasap dengan keluarga ku juga akan di perli dan dimarahi. Siap dia kata keluargaku adalah parasit. Sehinggakam aku terpaksa menanyakan kabar mereka senyap senyap. Salahkah aku berhubung dan bertanya khabar berita mengenai keluargaku? Aku merasa berdosa kerana suami ku memperlakukan keluargaku sebegini.

Ibu dan ayah ku semakin hari juga nampak perangai sebenar suamiku yang tidak suka dengan keluargaku. Dan aku sedar kekecewaan pada riak wajah mereka. Aku sudah cuba berbincang, aku juga sudah berusaha untuk membuatkan dia berasa selesa dengan keluargaku tapi tetap juga tiada perubahan pada sikapnya. Setiap hari dan setiap kali aku sakit hati CERAI lah yang terlintas di fikiranku. Tapi aku juga tahu bahawa isteri yang meminta cerai itu tidak akan mencium syurga. Aku harap belenggu yang aku lalui dapat di selesaikan dengan baik. Doakanlah saya.

– NurAish

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *