Cerai Bukan Jalan Terbaik

Hi admin, saya harap admin sudi paparkan confession saya. Niat saya cuma nak berkongsi cerita dan semoga dapat dijadikan pengajaran.

Saya seorang ibu muda yang mempunyai seorang anak lelaki umur setahun dan baru saja bercerai selepas setahun lebih perkahwinan. Masa cerai anak masih bayi, sudah takdir Allah tentukan jodoh dgn bekas suami tak panjang. Siapa yang nak rumahtangga roboh kan,siapa yang nak anak hidup dalam ‘broken family’. Masa aku masih seorang isteri dulu aku diuji, rasanya normal kot bila lelaki curang. Betul kata mak zaman sekarang kes suami curang tu macam dah perkara biasa. Mungkin kes aku ni lain, kes curang yang sampai buat aku jadi pendendam dan suka mengungkit dan sampai akhirnya cerai, rasanya tak perlu kot share kat sini. Kalau nak diikutkan kes aku ni tak lah seteruk mana, ada kes yang lagi teruk lagi tapi rumah tangga masih bertahan. Macam mak aku sendiri pun dulu pernah diuji, walau seteruk mana pun sikap ayah garang, panas baran ,miang n suka menengking tapi mak tetap bersabar sampai lah ke harini. Mungkin dah akhir zaman, memang susah nak cari lelaki yang setia, kes suami curang bukan perkara biasa. Dan zaman sekarang perempuan ramai yang berpendidikan dan pandai berdikari, jadi bila suami buat hal mulalah nak mintak cerai, seolah2 syaitan tu kuat menghasut untuk cerai, time tu memang kita fikir cerai lagi bagus ,baik hidup sendiri dari ada suami yang tak guna.

Tapi pernah tak korang fikir kehidupan lepas cerai tu. Especially yang ada anak.Mungkin sebelum cerai korang rasa itula benda paling bagus sekali. Actually untuk orang yang pernah merasa macam aku ni, cerai tu benda paling buruk pernah aku lalui. Bila dah cerai nak rujuk balik susah, lagi2 bila dua belah family dah tau cerita masing2. Yang si suami cerita buruk bini kat family dia n yang si isteri cerita buruk suami kt family sendiri. Time tu memang susah dah, family kita memang akan halang kita dari balik dengan bekas pasangan. Sebab apa, sebab diorang mestilah tak nak anak diorang kawin dengan pasangan yang teruk seperti yang dah buruk2kan. Sebenarnye, if kita ada masalah rumah tangga kalau boleh jangan share pada family lagi2 mak ayah. Seeloknya pergi ke pejabat agama untuk kaunseling ataupun cari orang tengah yang pandai ilmu agama. Kena dengar cerita dari dua belah pihak, semua orang ade buat silap kan, tapi bila pasangan kita buat silap seolah2 dosanya besar tak boleh diampunkan. Dan akhirnya cerai lah sebagai penyelesaian. Bila dah gaduh memang masing2 ego n merasa diri tu je yang betul, time tu memang dah x boleh berbincang n kene cari orang tengah.

Bila dah cerai, anak akan tinggal samada dengan mak atau ayah. Macam aku ni, anak tinggal dengan aku. Kecik lagi dah jauh dengan ayah sendiri. Kecik lagi dah tak dapat rasa kasih sayang seorang ayah, tak dapat rasa tido peluk ayah dia. Memang mostly kes cerai, sama ada mak atau ayah yang akan berkorban jaga anak. Yang lagi satu akan lepas tangan. Ada yang kes bagi nafkah makan pakai je jenguk anak langsung tak ada. Dan yang paling teruk ada yang xbagi nafkah langsung jenguk pun tak. Aku pun tak faham orang yang hatinya kering tak ada rasa rindu langsung x jenguk anak.

Sekarang aku rasa menyesal, kesian tengok anak. Budak2 lain tidur sebelah ayah dia, main dengan ayah dia. Makan disuap ayah dia. Tapi anak aku tak rasa semua tu. Kalau lah aku bertahan dulu mesti anak tak jadi mangsa. Ramai jugak kawan yang selalu cakap nak cerai bila ada masalah dengan suami. Aku selalu nasihat, cerai tu tak semudah yang kita sebut. Bila kita cerai bermakna kita cerai dengan family dia sekali. Ada kes yang sampai jadi musuh. Aku betul2 halang kalau ada kawan yang cakap pasal cerai, percayalah.. cerai tu bukan jalan terbaik. Hanya orang yang pernah merasa je tau sakitnya macamane. Kesannya bukan pada pasangan tapi jugak pada anak2 dan family. Kesannya bukan sementara tapi selamanya. Bila tengok family lain bahagia keluar dengan anak2 tapi bukan kita, itu lagi sakit. Kadang2 anak sakit kene bawa ke hospital pun kene kita sendiri. Kes aku ni bila dah cerai aku memang susah nak mintak tolong bekas suami, ada saja alasan dia. Pernah jugak aku tanya kenapa tak nak jenguk anak, jawapan dia malu lah dengan mak ayah, kadang2 busy kerja ada hal lah…sampai lah aku malas nak mintak tolong apa2. Sekarang ni memang aku jaga anak sorang. Yang bekas suami lepas tangan. Aku memang dah tak boleh nasihat dia even bekas mak mentua pun tak ambik tau dah, yerla mungkin bekas mak mentua aku tu pun dah bencikan kan aku..kadang2 orang tua ni bila dah benci mak ,anak pun dia tak suka. Sekarang ni aku lalui hidup aku dengan tabah sabar dan redha. Even ex aku sedap tidur lena, cuti ke sana sini hidup senang lenang..aku dah tak boleh buat apa selain berserah. Memang tak adil kan, kita penat kerja penat uruskan anak tapi ex kita relax je life macam orang bujang tak ada komitmen,aku cuma tunggu mahkamah akhirat insyaAllah ada keadilan untuk aku disana.Confession aku ni bukan nak kata cerai tu the worst thing in your life, actually aku cuma nak sampaikan kalau kita diuji sebaiknya kita kembali pada Allah. Bila rumah tangga goyah syaitan bertepuk tangan tengok drama dari kita yang khilaf sombong dan ego ni. Think it a thousand time before you do. Tak salah kan kita buang ego..tak salah kita mintak maaf..darjat kita tak jatuh pun malah mulia di sisi Allah. Dalam kes aku ni aku cerai bukanlah sebab aku mintak..tapi sebab aku langgar taklik..taklik yang tak sepatutnya bekas suami aku ucapkan. Time tu memang aku rasa x ingat diri, yang si suami seolah2 naik darah lupa diri n aku pulak macam dirasuk syaitan. Last2 dekat mahkamah kene ceramah depan hakim sebab kekhilafan kami yang memang susah nak diterima. Apa2 pun nasik dah jadi bubur. Hanya mampu redha dan tabah hadapi semuanya. Pesan aku pada yang dah bercerai tu yang tak ingat dah kat anak, ingat2lah hidup kat dunia ni sementara. Kalau kita abaikan anak esok kita mati tak ada siapa yang nak doakan kita. Anak tu kan saham akhirat kita. Jangan sampai bila kita dah sakit n dah tua baru nak sedar silap kita. Time tu dah terlambat dah, entah2 anak pun tak nak mengaku kita ni parent dia lagi. Yang pada masih bergelar suami or isteri, perbanyakkan bersabar dalam melayan kerenah pasangan korang, memang bila dah kawin ni pasangan kita tu lah yang akan jadi ujian paling besar dalam hidup kta, yang akan uji setinggi2 kesabaran kita. Tak rugi kita berkorabn segala2nya demi kebahagiaan keluarga. Wallahualam…semoga yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan. Sekian.

– Umiey

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit