Cerai Bukan Penyelesaian?

Assalamualaikum semua. Saya ingin minta pendapat tuan/ puan yang sudah berkahwin ataupun yang turut melalui perkara yang sama seperti saya.

Apa yang perlu saya buat sekiranya saya mengetahui kecurangan ibu saya?

Untuk makluman, bekas kekasihnya datang kembali dan meluahkan segala perasaan yang terpendam dahulu dan ibu saya mula terpaut hatinya kembali.

Saya dapat menghidu perkara ini sejak dari bulan 7 lepas dan ia berterusan sehingga sekarang.

Saya pernah menasihatinya dan sebaliknya beliau seolah olah menyuruh saya untuk tidak masuk campur kerana alasan beliau tahu apa yang beliau lakukan.

Ini bukanlah ibu saya yang biasa. Ibu saya yang sekarang saya sudah tak kenal lagi perwatakannya.

Ya memang sedih. Saya cuba fahami beliau. Mungkin beliau kurang mendapat layanan yang baik daripada bapa saya (bapa saya seorang yang agak garang dan tidak sweet).

Tapi bagi saya ini bukanlah menjadi tiket untuk ibu saya melakukan perkara seperti ini.

Mungkin saya tidak faham perasaanya. Tetapi sedikit sebanyak ini menganggu emosi saya sebagai anak yang terpaksa berpura pura seperti tidak berlaku apa apa.

Saya juga pernah menyaksikan kecurangan bapa saya dahulu ketika kecil, ya saya sering bernasib malang kerana terpaksa menelan perbuatan bodoh mereka.

Adik beradik saya tidak tahu kerana mereka tidak berada di rumah dan saya tidak mahu memberitahu mereka kerana sudah tentu pandangan serong akan diberikan.

Kini ibu saya pula curang, sanggup bangun awal pagi hanya untuk bercumbuan dalam maya.

Semakin kerap dengan telefon bermesra dengan bekas kekasihnya.

Adakah anak tidak mempunyai hak langsung untuk mencari kebahagiaan dalam keluarga.

Adakah anak terpaksa memahami dan menelan segala buruk ibu bapa walhal mereka tidak mahu memahami keadaan emosi saya.

Saya pernah bertanya mengapa tidak mahu cerai sahaja. Jawapan yang diberikan kerana mereka sayangkan anak.

Adakah curang itu lebih baik daripada cerai?

Adakah dengan menyelamatkan status perkahwinan itu lebih penting daripada menyelesaikan masalah dalaman antara pasangan sendiri?

Mungkin ramai beranggapan saya sebagai anak tidak perlu masuk campur masalah antara kedua ibu bapa saya.

Tetapi sekiranya mereka menarik saya kedalam masalah ini dengan memperlihatkan kecurangan mereka, apa perlu saya buat?

Saya sudah mengalami depresi dan trauma yang berlanjutan sedari kecil kerana mereka.

Ubat yang dimakan bukanlah sedikit demi mengawal masalah mental saya namun begitu hal ini sedikit sebanyak menjatuhkan saya untuk terus hidup.

Dan kini, saya perlu menghadap masalah sama seperti saya kecil. Salahkan saya menjadi anak yang penyibuk.

Saya tidak membenci mereka. Saya cuma buntu bagaimana untuk menyedarkan ibu saya daripada terus terjerumus kepada lembah maksiat.

Beliau bukanlah muda lagi. Saya juga takut sekiranya beliau telah diguna gunakan oleh lelaki tersebut. Saya tidak mahu memfitnah, tapi berdasarkan conversation mereka, saya mengesyaki sesuatu.

Kepada ibu bapa, fahamilah apabila kamu curang, anak juga akan didera mentalnya.

– Anak hopeless (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *