Cerai Taklik Mampu Merubah Sikap?

Namaku Sya (bukan nama sebenar). Aku telah berkahwin hamper 7 tahun dengan pilihan sendiri dan atas dasar suke sama suke. Dan kami telah dikurniakan 2 org anak hasil perkahwinan. Dari menyewa flat kos rendah, merempit motor kapcai, dengan rezeki yang melimpah, akhirnya kami dapat membeli rumah sendiri. Masa tu seronok sangat. Dapat anak, dapat beli rumah, dapat pakai kereta besar sedikit.

Tapi badai datang menerpa. Suamiku berperangai lain macam. Selalu keluar malam, pagi baru balik. Katanya pergi minum kedai mamak. Sebelum ini ada juga tapi hati aku tidaklah keruan. Hati ini semacam pelik. Berkata juga die ada pempuan lain ke? Atau ada aktiviti selain minum malam?

Sampai la satu pagi kantoi ada pempuan whatsapp. Tapi die menidakkan. Betul betul die menidakkan.

Tapi hati ni berkata something wrong with my husband but I don’t know what.

Kali kedua kantoi bila kami pergi bercuti bersama keluarga. Perempuan lain. Kantoi dari bill telefon bergayut mengalahkan orang bercinta. Selalunya akan bergayut waktu pejabat atau dia outstation. Bila aku tanya, die tergamam. Macam tak boleh nk jawab but you cant deny facts from the phone bills. Aku balik je Malaysia, aku analyse satu persatu waktu dan masa di bil telefon. Ada yang ketika anak sakit, ada waktu aku outstation dan sebagainya. Hati aku luluh. Luluh seluluhnya. Balik ja Malaysia, dia minta maaf sampai cium kaki dan menangis. Berjanji tak buat. Dan katanya hubungan setakat pergi minum sahaja. Ok apologize accepted.

But u cannot deny wife’s sixth sense. Kantoi kali ketiga dia bermain wechat dengan pempuan tu. Suamiku rupanya dah terjebak dengan apps murahan. Tinder, wechat, tango, beetalk. Im crying inside. WHAT IS HAPPENING TO MY HUSBAND?

Itu permulaan. Dan aku decided untuk start solat istikarah, solat hajat, solat dhuda, solat taubat. U name it! Memang betul, jika kau betul betul perlukan pertolongan dari Allah, Allah SWT akan tolong. Satu persatu Allah tunjuk padaku. Allah boleh tunjuk padaku tempat-tempat yang suami pernah pergi. Sekali lagi hati aku hancur. Suami dah pandai ke kelab malam. Ya Allah. Dugaan apa ini ya Tuhanku…..

Tapi aku simpan lagi bukti tempat tempat itu. Aku tunggu waktu yang sesuai untuk aku meletop.

Aku dan mil decided pasang spy. Aku carik spy.

Suami cakap nak pergi outstation. Aku mintak spy ikut. Ternyata dia masih berhubungan dengan pempuan itu lagi. Siap check in kan hotel untuk pempuan tu so that boleh spend time bersama! Once spy aku inform, kami terus ke sana. Aku nampak suami ku minum bersama pempuan tu. Aku geram terus aku ganyang! Malam itu aku terus memberi kata dua pada suami ku.

AKU atau DIA.

Suami pilih aku dan family.

Aku cakap, if u pilih I, ikut cakap i. I nak kita buat HIV test, buat cerai taklik and the list goes on. He agreed.

Keadaan aku sekarang? – – kami menunggu giliran untuk kaunseling.

Ada kawan aku yang nasihatkan untuk quit dari marriage ini. And hes willing to take care of me and my kids. Tapi aku memang tak boleh fikir lagi. Never in my mind to get re-married. Tapi jodoh ketentuan Allah kan…

Impak dari malam itu aku memang tak dapat tidur lena. Aku terngiang ngiang suara mil dan fil memanggil anaknya. Aku teringat kejadian malam itu. Aku memang tak kuat untuk semua ini. Tapi suami berjanji untuk berubah. Sanggup pergi berubat.

I was betrayed over and over again. Why should I give him another chance when hes not appreciate the chances given?

Aku memang dalam proses untuk berfikir. Mil dan fil merayu untuk beri peluang terakhir pada anak mereka. Tapi bagaimana perasaan aku? Betul suami boleh berubah even lepas ni we sign up for cerai taklik?

Aku dilemma..

– Sya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *