Cerai Yang Menyakitkan

Saya kahwin muda dengan suami selepas spm. Kami kerja bersama. Sampai la kahwin.

Suami saya anak tunggal yang datang dari broken family (bercerai).

Suami saya sangat sayangkan saya dan beri perhatian yang selayaknya seorang isteri dapat.

Lama kelamaan, mak mertua saya cemburu dan tak suka bila tengok anak dia lebihkan saya. Sampai la saya mengandung, bermacam macam yang jadi.

Mak mertua hasut suami supaya tinggalkan saya. Dia tuduh saya bomohkan suami saya sendiri.

Saya dibesarkan cukup didikan agama, kenapa saya nak buat macam tu.

Saya tak tergamak nak buat macam tu dekat suami saya sendiri walaupun saya banyak makan hati. Ada sahaja mak mertua saya fitnah saya.

Sampai dia suruh suami saya ceraikan saya.

Tiba la saat saya melahirkan seorang puteri, suami saya jaga saya, sayangkan anak kami.

Selepas menimang cahaya mata, hubungan saya dan suami menjadi panas.Ada sahaja yang tak kena.

Lama kelamaan mak mertua saya send dokumen perceraian melalui ws pada nombor ummi saya. Saya terdiam.

Memang mak mertua saya benci sangat dengan saya walaupun saya dah puas pujuk hati dia. Ibarat macam semua orang kena dengar cakap dia.

Saya pun diceraikan dengan talak satu atas sebab mak dia.

Suatu hari saya alami sakit yang tak tahu nak dikatakan macam mana. Terlalu sakit bahagian perut saya dan badan saya rasa macam dibakar.

Sampai la saya jumpa ustaz untuk rawat, saya dapat tahu yang saya disihir oleh mak dia.

Saya langsung tak cakap apapun dengan bekas suami saya tentang mak dia. Patutla saya dan bekas suami asyik gaduh. Saya tak sangka bekas mak mertua saya buat macam tu.

Bila saya dah bercerai, dia tetap tak puas hati. Dia tambah lagi sakit pada saya. Saya sampai tak faham apa lagi yang dia nak.

Saya terpaksa besarkan anak saya seorang diri. Sepanjang itu, saya kerap menangis kerana sedih dan malu bila orang tanya mana suami saya. Saya terpaksa kata yang suami saya kerja.

Hanya Tuhan je yang tahu betapa sedih dan lemah nya saya. Kadang2 saya rasa give up, tapi saya ada anak. Saya tak boleh give up.

Tapi saya terlampau sedih. Sampaikan saya tak boleh nak bercakap dan happy2 macam dulu ketika bersama ahli keluarga saya. Saya merasakan kehilangan yang amat menyakitkan.

Lagipula saya bakal melahirkan anak nombor dua. Macam2 yang bermain di fikiran saya saat ini. Siapa yang ada pengalaman macam saya, cuba kongsi.

– aurajoanne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *