Cerdik dan Solehah

Salam semua. Thanks sebab approve post saya. Kebelakangan ni banyak pula confession sedih tentang jodoh terutama perempuan. Sebenarnya, tak kira perempuan sudah berkahwin atau belum, anda perlu sentiasa ‘upgrade’ diri anda. Untuk siapa? Tentunya untuk redha Allah! Perlukah anda sentiasa berkeluh kesah terutama dengan manusia hanya kerana jodoh? Disini saya cuma nak berkongsi apa yang boleh anda lakukan. Sebelum buat sesuatu, tolong fikir adakah perkara yang anda buat tu cerdik dan solehah atau tidak ya!

1. Tolong, tolong dan tolong hanya berkeluh kesah dengan Allah sahaja. Dan jika dengan manusia pun, hanya dengan rakan baik anda. Untuk apa share link dan letak status sendu anda single lagi? Amalkan surah Qasas ayat 40 dan mohonlah apa sahaja dengan Allah…

2. Hidup takkan cukup hanya dengan doa. Tolong zahirkan usaha anda untuk cari jodoh. Minta orang yang anda percaya carikan, boleh cuba website cari jodoh (periksa latar belakang dan jangan mudah jatuh hati ya!), dan berwajah manis (bukan gatal). Ini berkawan dengan lelaki pun tidak, minta tolong orang pun tidak, apakah anda menanti jodoh tiba dari langit? Memang ada rezeki orang jodohnya mudah, tapi jika anda dah tunggu tapi tak muncul tiba, silalah ambil tindakan ya…

3. Jangan emosi bila orang tanya bila nak kahwin. Tolong lah, kenapa anda perlu sensitif? Itu namanya bertanya khabar. Cuma kekalkan wajah anda yang manis,dan tersenyum. Juga jangan lupa untuk meminta dia mendoakan anda. Cantik bukan pada luaran, tapi pekerti dan kebijakan anda dalam mengurus suasana. Kan lebih harmoni?

Lagi satu, jangan nak emosi terlebih bila orang tegur tentang berat badan anda. Badan adalah amanah Allah untuk kita, menjadi gemuk adalah satu kezaliman terhadap diri sendiri sebenarnya. Jangan nak salahkan orang lain, kata orang taknak sebab saya gemuk, orang pilih yang kurus sahaja. Ini salah anda, jadi tolong perbetulkan keadaan. Kawal pemakanan, amalkan gaya hidup sihat, dan libatkan diri dengan aktiviti berfaedah. Jangan asyik nak cuba makanan viral dan tidur sahaja! Tau sangat hobi orang bujang ni…

4. Jangan buang masa tunggu jodoh jatuh ke riba dan tak buat apa-apa. Ramai orang memerlukan anda! Berkhidmatlah untuk ibubapa anda secara maksima sebelum anda berkahwin. Anda juga boleh sertai banyak aktiviti yang dianjurkan ngo dan beriadah. Pergi keliling dunia asalkan tak susahkan orang. Selain itu, boleh join boleh komuniti untuk belajar pelbagai kemahiran termasuk ilmu rumahtangga. Jangan lupa untuk komited dalam kerjaya dan sentiasa berusaha untuk perbaiki kualiti seperti sambung belajar dsb. Nah, sekarang apa lagi alasan anda untuk terus runsing tentang benda yang tak pasti? Sila jadi cerdik!

5. Akhir sekali, sila jaga maruah diri dan jangan ikutkan perasaan. Jangan macam orang terdesak berkawan dengan laki orang ataupun terlampau memilih. Hiduplah berpaksikan Allah dan jangan hidup sekadar untuk diri sendiri. Biarlah perkahwinan anda adalah perkahwinan yang bakal memberi impak positif kepada masyarakat, bukan sebaliknya.

Semoga Allah sentiasa merahmati para pembaca post ini. Buat yang bujang mahupun telah berkahwin, semoga sentiasa menjadi wanita yang cerdik dan solehah. Hayatilah lirik lagu isteri cerdik yang solehah tu ya…mendalam maksudnya. Doakan saya juga, insyaAllah dari status gadis kepada bakal isteri yang cerdik dan solehah tak lama lagi. Jangan nak emo cakap lelaki takut perempuan berdikari, ramai lagi lelaki yang nakkan isteri cerdik, tapi mesti solehah juga ya! Jangan garang sangat hehe. Sekian.

Solehah

– Solehah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *