Cerita Adab dan Kebersihan Guna Tandas

Hai aku N. Baca kisah akak cleaner tentang adab pengguna tandas tu, (https://iiumc.com/tandas-kita-cermin-adab-kita/), aku nak kongsi jugak berkaitan sikap pengguna tandas especially lelaki.

Aku bertugas di sebuah pejabat cawangan 2 tingkat yang mana tingkat atas ada enforcement dept, aku kat bawah kaunter hasil. 1 je kaunter, bertugas pun sorang-sorang. Tandas ada 1 atas 1 kat bawah. Kat ruang lobi ada guard lelaki.

Satu masa dulu dalam kaunter ada jugak 1 jabatan lain yang tumpang buka kaunter di situ, dan kadang-kadang yang datang bertugas tu lelaki.

Pada waktu aku mula-mula kerja situ, staf lelaki tersebut dan security guard pun guna tandas kat kaunter aku. Aku ok je, benda dah amal dari dulu kala.

Cuma kat situ aku alami masalah bila kena hadap sikap salah sorang guard ganti yang jenis kencing berdiri hala ke mangkuk tapi bekas-bekas air kencing menitik atas bibir mangkuk tandas tak dibersihkan balik.

Bila time aku nak guna, which is aku kena duduk, terpaksa la aku bersihkan dulu air kencing dia yang dah kering macam jelly tu termasuk kena gosok dengan tapak slipper. Yela, takkan aku nak gosok dengan tangan pulak.

Serius rasa menyebai gila, tu kencing orang kottt!! Tapi bab macam ni bukan mudah kita as perempuan nak cakap dgn lelaki. Tapi lama-lama aku tak tahan aku sound dalam group wasap, siap attach gambar.

Tu belum kira lagi staf-staf lelaki dari HQ kalau ada datang area situ, tandas aku jugak la depa nak guna. Dan lebih kerap la berulang situasi air kuning melekit sebab yang datang tu ramai biasanya.

Akhirnya aku dah tak tahan, aku sendiri set rules untuk working station aku. Time ni jabatan yang tumpang tu dah takda so aku memang bertugas sorang-sorang.

Aku start jadikan tandas aku tu as tandas staf perempuan sahaja, untuk lelaki perlu guna tandas tingkat atas. Sapa saja yang datang ketuk pintu (pintu berkunci) aku reject aku suruh naik atas.

Tak mudah ye mula-mula tu, sebab semua orang dah biasa main redah je masuk. Jadi permulaan tu ramai jugak yang meroyan dan temper. Siap ada yang report kat boss aku kata aku buat pala buat rules sendiri tak bagi staf guna tandas.

Boss aku pun tanya la aku, aku reply panjang lebar betapa jijiknya situasi aku kena hadap, bau hancing dan jelly kencing orang yang aku kena bersihkan setiap kali selepas ada orang guna.

Aku mentioned sekali yang aku kena duduk atas mangkuk tu untuk kencing dan berak, takkan asyik kena duduk bekas kencing orang? Nasib baik aku tak tempek sekali gambar-gambar air kencing tu je, kalau tak mau pengsan belaka tengok gambar-gambar tu.

Ni kalau ada colleagues aku baca ni saheh depa boleh tau confession mai dari sapa, kahkahkah..

Serius, zaman tu antara waktu-waktu yang buat aku rasa macam nak gila jugak marah. Tapi nasib baik sekarang aku betul-betul bertegas, gaduh pun gaduh la asalkan keperluan asas aku sebagai perempuan untuk guna tandas dengan rasa selesa dan selamat terjamin.

Aku peduli hapa depa kata sakit lutut ke dah tak tahan sangat ke, pandai-pandai la cari jalan sendiri asalkan bukan dekat tandas aku.

Aku perempuan, memang patut ada tandas ikut jantina aku sendiri tanpa berkongsi dengan jantina lain, melainkan memang 1 tu je tandas kat situ mungkin boleh consider. Tapi benda memang ada 2, dok buat payah apa?

Dari sekolah rendah lagi dah ajar tandas lelaki perempuan asing-asing, mai dewasa ni takkan tak reti pulak kan? Hampa pulak rasa macam mana?

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *