Assalamualaikum W.B.T….
Terima kasih kepada admin sekiranya confession ini disiarkan. Aku sangat suka dengan nama Maryam, jadi panggil saja aku Maryam. Aku suka membaca iium confessions ni, ada tauladan, ada pengajaran, ada jenakanya. Paling suka komen2 dari ruang komen. FUHH hebat dengan komen2 yang boleh buat aku ketawa. Oklah kenapa aku letak tajuk cerita, sebab aku nak bercerita mengenai diri aku. Sekadar bercerita.
Aku anak ke 7 dari 8 adik beradik. Ibu aku, ibu tunggal, ada seorang abang yang OKU yang sgt aku syg. Ayah aku telah meninggal dunia hampir 9tahun lamanya. Aku seorang ceria, suka bergurau dan seorang yang boleh berdikari. Namun aku seorang adik yang terbuang. Terbuang dengan kasih sayang abang2 dan kakak2. Sejak aku berumur 14tahun aku telah mendapat penyakit yang aku sendiri tidak faham. Habis merata tempat arwah ayah dan ibu bawak aku pergi berubat. Beribu duit habis, namun arwah ayah dan ibu tidak berputus asa. Hampir sahaja sakit itu meragut nyawa. Hasad dengki manusia tidak pernah hilang. Dari umur 14 tahun sehingga 18 tahun aku sakit, aku semakin tabah dan cekal dalam menghadapi dugaan itu. Umurku 18tahun arwah ayah aku ‘pergi’. Hati aku semakin galau. Hilang sudah pemberi semangatku, hilang sudah kekuatanku. Aku hilang arah. Hanya arwah ayah dan ibu sahaja yang membelaku, yang menyayangi seikhlasnya. Adikku masih kecil. Aku perlu tabah dan cekal lagi. ya aku kena tabah untuk ibu dan adikku.
Aku bersyukur walaupun abang dan kakak ku tidak percaya aku boleh masuk universiti, Allah bagi peluang itu. walaupun sering dilabel seorang adik yang bodoh dan sering di bandingkan dengan adik ipar mereka. Aku telah buktikan. Sepanjang 3 tahun aku belajar, bukan belajar namanya kalau tidak ada dugaan. Tapi aku ok. mental aku tak koyak. Setakat fitnah sesama kawan tu, masalah assigment,masalah duit, bagi aku semua tu hal kecil jea. Allah kirimkan ramai sahabat dunia dan akhirat untuk aku. Masuk tahun ke 2. Allah duga aku lagi. Kanser paru2 stage pertama. ibu aku laa insan yang paling risau. Keluar masuk wad, makan ubat macam makan gula2. oklaa dari tak makan apa2 kan. ok aku kena tabah dan cekal untuk ibu dan adik aku lagi. Aku lawan. Hasil perjuangan aku, hmm aku dapat menulis cerita ni. kakak and abang2 aku still macam tu. nye buat aku ni macam xwujud jea…lantaklaa macam laa aku guna duit korang. i tak kisah ok. Rasa diorang ada penyakit mental kot..aku rasalaa.
Habis degree, aku kerja macam2, jual insurans, kerja kilang, pengasuh,tukang cuci. haha tukang cuci tu yang aku ingat sampai sekarang. lawak habis. tapi semua kerja aku buat tu sekejab je. cari pengalaman. Aku juga putus tunang. tak sedih pun. Then aku dapat sambung master. Bodoh2 aku dapat juga sambung. oklaa dari membesarkan tubuh saja. Time master ni best. Aku kenal ramai orang. Belajar untuk lebih tabah dan cekal dengan kehidupan ni. Aku habis belajar dengan jayanya, Bangga ibu,adik dan abang aku yang OKU tu. hahha.pakai baju konvo warna oren.
Aku ingat hidup aku lebih OK, tapi Allah S.W.T lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Aku jatuh sakit lagi. macam aku kata hasad dengki manusia tak pernah habis. Suka sangat berkawan dengan setan. Aku kena tahan untuk ibu aku. berubat lagi. tak kerja2. Oleh sebab aku masih tak kerja walaupun lama habis belajar, kakak2 aku mempersoalkan kenapa aku tak kerja lagi. Memilih, malas dan menyusahkan ibu saja. wehhh manusia, aku sakit nak mati, tak pernah korang tanya. tahu2 datang dan tunjuk muka masa susah. kadang2 aku terfikir, aku ni adik kandung ke adik tiri. hmmmm tak guna juga nak fikir lebih2. cuma kali ni aku betul2 tawar hati dengan manusia bernama kakak. hati aku kosong. Abang aku, alhamdullilah kembali ke pangkal jalan. Menyayangi aku seperti mana abang menyayangi seorang adik. Sabar itu indah.
cuma kali ini aku tidak mampu untuk tabah dan cekal untuk ibuku dalam menangani dugaan ini. Aku menangis. Bersujud moga kekuatan dan ketabahan yang hilang itu, kembali. Semalam aku telah tabah dan cekal, hari ini aku cuba untuk tabah namun esok aku tidak tahu. Namun aku percaya setiap yang terjadi ada hikmahnya. Allah sayang padaku. Sesulit mana dugaan yang kita hadapi, ingatlah ada lagi yang diuji lebih sulit dari kita. Panjang cerita ni. sepanjang rasa hati aku selama 27 tahun. thank you admin dan readers. Semoga semuanya diberikan ketabahan yang jitu oleh Allah S.W.T.
maryam..
– maryam
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit