Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Nama aku Rosie. Sebenarnya ini bukan cubaan pertama aku menulis, sudah beberapa kali aku cuba tapi setiap tu jugak aku delete, mungkin kurang berkeyakinan untuk berkongsi cerita tapi kali ni aku cuba ye, hehehe.
Aku seorang perempuan bekerjaya berumur pertengahan 30an. Aku baru di cerai kan secara fasakh pada awal tahun ni. Sedikit tentang aku; berkulit putih, tinggi, kurus, murah senyuman, berkelulusan master, professional bergaji 5 angka tapi semua itu tidak menjamin kebahagian aku.
Jom baca cerita aku…
Aku adalah mangsa pedophile oleh seorang manusia yang sepatutnya mendidik aku. Hancur hati aku kalau aku ingatkan balik apa yang berlaku. Dan rahsia ni tidak pernah aku luahkan kepada sesiapa pun sampai ke hari aku menaip ni.
Bukan sekali bukan dua, berkali-kali aku kena tapi masa tu aku kecik lagi apa la budak 7 tahun boleh buat. Nak bercerita pada mak dengan abah lagi kecut perut aku time tu jadi aku simpankan saja.
Baru-baru ni aku pernah cuba cari manusia tu, bila jumpa aku terbaca di wall fb dia kata dia minta maaf pada semua yang pernah dia buat salah. Apa dia ingat aku dapat maafkan dia macam tu saja ke. Maaf!
Bila umur aku menginjak ke belasan tahun aku mula pandai beronani. Tapi tidak sampai ketagih cuma aku mudah teransang. Masa tu aku pelik kenapa aku jadi macam tu padahal aku tak terdedah pada video-video atau bahan bacaan orang dewasa, yelah time tu mana ada lagi telefon, internet bagai. Ya Allah, ampuni aku.
Di zaman university aku berkenalan dengan mamat poyo yang aku ingat cinta sejati aku tapi rupanya aku salah. Dia cuma mempergunakan aku untuk ringan-ringan. Aku pulak bodoh betul time tu ikut je. Aku bukan nya takde didikan agama, aku solat mengaji. Abah aku cukup tegas dalam soal ni.
Tapi bila berjauhan dengan mak abah aku jadi lalai di tambah pulak dengan perasaan aku yang mudah teransang tu (tapi time ni aktiviti onani aku dah tak buat dah). Mamat poyo tu minta clash betul-betul masa aku final semester. Sesak nafas aku nak habis kan pengajian, susah nak fokus nasib baik aku dapat lulus dengan cemerlang. Alhamdulillah.
Lepas tu aku jumpa dengan ex-suami aku. Kami bercinta 6 bulan lepas tu terus kawin. Mula-mula memang bahagia. Setahun kemudian kami dapat anak. Belanja pun makin besar, time tu pangkat aku rendah lagi, gaji masih 4 angka.
Semua belanja rumah aku yang kena settle. Ex aku jarang bagi belanja sebab gaji dia tak menentu. Tapi aku fikir suami isteri memang perlu saling bantu membantu jadi aku tak berkira sangat.
Lama kelamaan hutang makin bertambah, 2 kad kredit aku dah sampai had limit. Kereta nak kena tarik, sewa rumah banyak bulan tertunggak. Kami pun asyik bergaduh, tertekan dengan situasi hutang keliling pinggang. Tapi macam mana teruk pun dugaan kami time tu, solat kami tetap jaga sebaik yang kami mampu.
Rezeki Allah bagi aku naik pangkat, gaji aku pun naik kepada 5 angka. Okey sikit hidup kami, hutang pun dah kurang. Aku pun dah dapat beli rumah. Tapi aku dapat rasa sesuatu yang tak kena. Rumahtangga kami panas. Mudah sangat salah faham dan aku mula dia dera secara mental.
Aku bertahan juga sampai lah bila aku dapat tahu yang selama ni dia ambik dadah dan mula berjudi online tahun lepas. Patut la duit selalu saja tak cukup tapi aku tak pernah syak apa-apa sebab secara fizikalnya dia nampak normal macam orang lain, solat, mengaji, tak pernah dia high atau buat yang bukan-bukan di depan aku. Gugur jantung aku, sedih, kecewa, marah semua ada.
Kami cuba berbincang dari hati ke hati, ibu bapa kedua-dua belah pihak pun pernah cuba untuk membantu, malah kami pernah pergi sesi kaunseling di mahkamah shariah. Tapi semuanya tidak berjaya. Aku minta cerai tapi sidia tak mahu lepaskan aku. Jadi pilihan yang aku ada cuma dengan meminta fasakh.
Aku fail kan tuntutan dan selepas berkali-kali turun naik mahkamah akhirnya aku berstatus janda. Aku bahagia dengan hidup aku sekarang, aku nak besar kan anak aku dengan sebaik mungkin. Cuma kadang-kadang aku sunyi.
Sebelum aku kawin aku ada masalah period pain yang serius tapi lepas kawin masalah tu terus hilang. Sekarang bila aku dah single masalah tu datang balik di tambah pulak dengan demam dan sakit kepala yang teruk setiap kali datang bulan. Mungkin di sebabkan hormon yang tak stabil.
Aku tak kata aku serik untuk berkawin cuma sekarang aku tak tahu nak cari pasangan macam mana.
Doakan aku ye kawan-kawan moga aku tabah dan sentiasa sihat. Doakan juga moga kisah silam hitam tu dapat aku lupakan. Banyak sebenarnya yang terjadi tapi aku tak pandai nak luahkan atas kertas. Sampai sini dulu. Terima kasih sebab sudi baca cerita aku.
Yang benar,
– Rosie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit