Cerita Aku “Crush”

Assalamualaikum, perkenalkan nama aku Tulip, berusia middle 30an & belum berumah tangga.

Coretan ini hanyalah sekadar ingin berkongsi cerita, bukan meratapi atau mengeluh tapi cuma mengemis sedikit semangat serta seguni tips daripada pembaca sekalian.

Tajuk cerita ini ialah CRUSH. Yes, aku suka seorang officemate aku, nama dia Ahmad & aku juga dah confess perasaan aku pada dia.

1st confession ialah setelah hampir 6 bulan kami bekerjasama & jawapan yang aku terima cukup simple & general, iaitu “terima kasih” dengan jawapan ini sedarlah aku bahawa aku telah direject.

TETAPI confession aku pun simple juga, seperti tidak mengharapkan apa-apa balasan. Aku ulang ayat “SEPERTI TIDAK MENGHARAPKAN APA-APA BALASAN”

Mesej confession aku ialah “Saya suka Ahmad”

Tapi aku sebenarnya berharap sama ada dia reply mesej aku seperti “Saya suka awak hanya sebagai officemate” atau “maaf saya tak suka awak”. Jadi dengan balasan seperti ini, aku tau sama ada dia suka aku atau tidak.

Lepas confess apa jadi kat aku? Serius malu gila nak jumpa dia kat office.

Aku confess time quarantine, dekat setahun WFH. Oleh sebab malu punya pasal, aku always delay & bagi reason untuk terus WFH. Sampailah aku terima reminder email management.

Alhamdulillah Ahmad seorang yang baik & professional. Aku kerap elakkan diri dari Ahmad, sehinggalah Ahmad datang ke tempat aku & beritahu aku agar buat seperti biasa saja. Tidak ada apa yang berubah katanya.

See guys, aku tak salah pilih orang kan?

Setahun berlalu, Ahmad tetap layan aku dengan baik. Sentiasa bantu aku, support and beri tunjuk ajar. Waktu ini aku baru tahu bahawa aku bukan suka Ahmad, tapi aku dah jatuh cinta dengan dia.

Malam tahun baru 2022, aku confess sekali lagi. Kali ni ayat aku ialah “Tolong bagitahu kalau Ahmad nak saya terus tunggu Ahamad atau saya harus beralih ke hati yang lain?”

Kali ni no response. Aku tulis mesej tu dengan tangan yang terketar-ketar. Bunyi bunga api sambutan tahun baru terasa macam ledakan hati aku. Aku bagi masa sehari, sekiranya masih tiada jawapan aku akan move on.

Then, betul aku kena move on time tu.

Thn 2022 aku rapat dengan seorang staff baru, Zaid namanya & kami sangat saling melengkapi.

Maaf guys, cerita Zaid aku kena skip sebab confession ini tentang Ahmad.

Setelah setahun berlalu, oleh kerana tekanan kerja & masalah hati yang tak pernah selesai tentang Ahmad juga Zaid, aku decide untuk resign & kembali ke negeri asalku.

Ketika hari terakhir ku di office, Ahmad masih lagi memujuk ku untuk withdraw resigned letter aku. Waktu ni, aku nak teriak je, “aku buat ni semua sebab aku nak bebaskan hati aku dari kau & sekarang dari Zaid”

Masa berganti masa, hari berganti hari. Selepas 2 bulan aku resign, Zaid juga resign. Aku tak tau kenapa, tapi agak sulit untuk aku berjumpa dengan Zaid. Walaupun jarak kami hanya sekitar sejam perjalanan.

Dalam waktu 9 bulan left the Company, aku dan Ahmad ada juga berbalas mesej namun hanya untuk occasion seperti ucapan hari raya.

NAMUN, suatu hari tiba-tiba Ahmad mesej bertanya tentang opportunity untuk position dia dalam company yang aku bekerja sekarang.

Sebagai seorang kawan yang baik, aku juga acknowledge hasil kerja Ahmad yang sangat baik & details. Jadi aku suarakan soalan beliau ke boss aku. Alhamdulillah Ahmad diterima & sekarang dalam process pengambilan.

Alasan Ahmad untuk berpindah ialah kerana stress kerja di company lama. Aku faham & aku akui apa yang Ahmad lalui. Aku yakin staff sebaik Ahmad patut dihargai oleh company yang lebih baik. Sebab itu aku tolong Ahmad, bukan sebab aku nak curi hati dia.

Sepanjang, process hantar CV, interview & sekarang finalise offer letter. Kami kerap berhubung melalui whatapps.

Aku sentiasa ingatkan diri aku bahawa, “KO BUKAN PILIHAN DIA” Jadi aku keep hati aku daripada teringat atau terimbas kembali perasaan aku pada dia.

Sepanjang sebulan setengah aku berjaya kekalkan position hati aku. Kami bermesej, kadangkala berborak seperti kami kawan rapat, hati aku tenang tanpa mengharapkan apa-apa perasaan.

TAPI hari ni, sepanjang hari aku tengok phone. Berharap Ahmad mesej aku, aku sibukkan diri dengan memasak & buat kerja-kerja rumah tapi hati ini tetap juga teringat.

Berdarah jari aku kena pisau masa potong bawang, tapi gigih juga jari yang luka ni dok type confession ni panjang2.

Para pembaca sekalian, aku dah usaha sedaya upaya aku untuk berhenti berharap. Aku larikan diri dari dia setelah aku gagal tahan rasa hati ini saat dia ada depan mataku.

Hidup ku tenang tanpa perasaan juga tanpa harapan tapi ianya tidak bertahan walau untuk setahun. Aku takut bila kami kembali menjadi officemate, perasaan aku akan kembali seperti dulu.

Sedih aku, bila fikir yang aku belum fully move on. Dari tahun 2020 sampai sekarang, kenapa hati aku masih terparkir dihati dia?

Berapa banyak saman harus aku bayar & berapa banyak towing perlu aku panggil untuk remove hati aku dari hati dia secara paksa?

Aku dah redha, jika aku mmg tidak berjodoh di dunia maka aku berdoa agar aku dapat ke syurga untuk bertemu dengan jodoh aku. Aku cuma mahu ketenangan hati.

Para pembaca boleh share doa-doa atau tips untuk hati aku kembali tenang tanpa mengharapkan kasih dari Ahmad?

Disclaimer: Sepanjang tempoh 4 tahun, aku ada berkawan dengan 2 orang lelaki.

Lelaki pertama: “aku ditinggalkan” dengan alasan kami tidak sekufu dari segi keluarga, kerjaya & agama.

Lelaki kedua: Aku yang tinggalkan dia, hubungan kami dimulakan dengan penipuan, depan family aku pun masih menipu. Tapi dia dengan yakin berkata “saya tidak menipu, cuma saya tak ceritakan hal sebenar sebab belum tiba masanya” serius ayat cam drama.

Jadi minta jangan bagi tips dating apps or terima lelaki lain..

yang benar,

– Tulip (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Ahmad tak suka.

    Ahmad tak suka.

    Orang yang kau suka pon tak semestinya kau mahu.

    Kalau Ahmad suka Dan mahu. ITU jodoh.

    Tak malukah kau?

    Ahmad tak suka. Sebab dalam HATI ada trauma ditinggalkan orang yang Ahmad suka.

    Ahmad selalu kena tinggal.

    Biar sakit dan menderita kerana melepaskan perempuan yang Ahmad suka dan mahu. Ahmad masih paksa diri hidup demi tanggujawab kepada keluarga. Ibu suri rumah dan adik beradik yang belum bekerja ITU semua Ahmad perlu jaga.

    Ahmad pergi healing jauh ke utara dan selatan tapi masih sakit. Ahmad ke Borneo tetap juga terluka.

    Ahmad pergi ke semua tempat yang Ahmad tahu perempuan yang Ahmad suka pergi dan suka makan. Tapi tak pernah sekali terserempak.

    Ahmad pergi gym untuk buat badan supaya Ahmad yakin dan sekufu untuk perempuan yang Ahmad suka.
    Ahmad buat segalanya untuk tutup dan sorok broken Ahmad.

    Maaf perempuan, Ahmad mencintai si dia yang setiap malam sebelum tidur Ahmad fikirkan. Si dia yang setiap pagi bangun Ahmad rindukan. Si dia yang selalu Ahmad doakan moga jadi isteri Ahmad bila Ahmad dah ready untuk bertemunya.

    Tolong lupakan perasaan ITU. Cinta Ahmad hanya untuk seorang perempuan istimewa yang tak mudah orang temukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *