Assalamualaikum. Jadi aku menulis bahagian kedua untuk cerita aku sebab mungkin bahagian pertama menimbulkan sedikit kekeliruan.Pertama sekali,
aku tak mengharap pun comment positif dari semua orang. Yang baik aku ambil sebagai semangat untuk aku teruskan hidup. Aku tulis supaya orang dapat jadikan cerita aku sebagai pengajran. Pertama sekali, Al-Fatihah untuk arwah Abah. Semoga Abah tenang kat sana.
Percayalah, takde satu hari pun dalam hidup aku, aku bangun tidur dengan rasa gembira lepas aku tahu apa jadi kat abah. Percayalah, takde satu pun masa berlalu tanpa aku rasa menyesal dan berdoa moga moga abah ampunkan aku. Kali ni, biarlah aku bercerita tentang Pak Uda memandangkan ramai orang terlihatnya seperti aku hanya menyalahkan Pak Uda..
Dendam?
Kalau kau tanya aku tentang dendam 5 bulan lepas, ya. Memang aku berdendam dengan Pak Uda. Pak Uda ini antara anak paling bahagia dalam keluarga besar Abah. Kaya? Sangat kaya. Pak Uda ni sejenis orang yang komited. Dia perfectionist. Dia passionate. Dia seorang yang sangat suka bekerja kuat dan bermewah mewah dengan harta dia (well aku tak pernah salahkan
dia sebab itu semua usaha dia).Sejak aku kecil, setiap kali hari raya, semua cucu cucu nenek kena berkumpul dengan dia. Sorang sorang kena beritahu keputusan periksa depan dia.Kalau anak dia yang paling tinggi ( tapi selalunya anak dia paling tinggi) senyum puas lah dia. Pernah aku dan sepupu sepupu tak mahu balik kampung sebab kami ada gagal dalam bahasa Inggeris.Aku ingat satu ayat wajib dia :
“Tulah belajar main main. Lain kalai belajar rajin-rajin. Jadi pandai macam Abu (bukan nama sebenar) anak Pak Uda”
Tapi macam tu lah Pak Uda. Semangat untuk jadi keluarga yang terbaik dalam keluarga besar nenek memang tinggi (kau jangan tanya kenapa. Sampai sekarang aku tak faham). Seingat aku cuma dalam filem je kalau kau tak jadi keluarga Yang terbaik kau mati. Keluarga Don Carleone
Lepas habis PMR, keputusan aku lebih baik dari anak dia. Cita-cita dia nak masukkan anak dia pergi asrama penuh tak tercapai. Bangga? Eh mestilah. Darah muda. Rasa kepuasan yang lain macam bila dapat tutup mulut orang yang selalu persoalkan kebolehan kau. Paling seronok juga bila semua sepupu sepupu aku pun dapat keputusan sama dengan aku..Tapi kami takdelah datang jumpa Pak Uda lepastu campak keputusan periksa depan dia.. Kami cuma bercerita sesama kami tentang bagaimana puasnya hati kami.Mungkin sebab perasaan riak aku masa tu, Allah bayar cash.. Darah muda.. sigh
“Calm Before The Storm”
Lepas aku pindah duduk asrama penuh, Pak uda selalu datang jumpa abah. Konon nak melawat tapi setiap kali berbual, dia akan cerita cara mana bagaimana anak dia selalu dapat Top 1 dalam sekolah. Dia akan tanya cara mana keputusan pelajaran aku.
Bagaimana dia atur tuisyen anak dia setiap hari. Bila aku balik cuti sekolah, sampai sampai je Pak Uda yang tercongong kat stesen bas nak ambil aku. Sebab abah takde kereta. Ada pun motor EX-5 lama buat pergi kebun. Memang Pak Uda selalu tolong ambil aku.
Tapi aku rasa bila dia dapat tugas ambil aku, dia macam “bunuh 2 burung pakai satu batu”. Macam macam soalan dia tanya sampai aku pun naik semak. Kadang kadang terpaksa lah aku tipu sikit semata mata nak biar dia berhenti tanya.
Dan untuk korang yang yang nak tahu kenapa aku nekad tinggalkan rumah lepas SPM, jawapan dia aku dah betul betul patah semangat. Hati aku hancur.
Kau tak tahu macamana sakitnya bila mana kau sampai kat meja makan, abah kau terus habiskan makanan dia dan pergi.
Kau tak tahu macamana sakinya hati kau bila mana abah ajak anak-anak yang lain pergi mancing tapi kau dipandang sepi.
Kau tak tahu macamana sakitnya bila kau nak datang kebun sebab nak tolong abah tapi kena halau balik sebab dikatanya menyibuk.
Kau tak tahu betapa “fragile” hati budak belasan tahun macam aku bila diperlaku sebegitu..
Masa tu aku cakap, cukup lah 6 bulan aku macam ni. Aku nak lari dan balik semula kat Abah bila aku dah berjaya. Rancangan aku masa mula mula memang nak balik lepas dapat scroll.. Tapi tulah.. Hati aku tak puas. Hati aku takkan pernah puas selagi mana aku tak dapat hidup senang dan buat abah gembira. Masa tu memang aku jahil. Pada aku cuma wang, harta dan pangkat yang mampu bahagiakan Abah. Tapi aku lupa benda yang paling senang, tapi paling efektif.. Mak Abah kita ni kadang diorang bukan nak pun semua tu. Cukup lah kita datang melawat mereka. Cukuplah muka kita terbonjol kat muka pintu rumah mereka
masa pagi raya. Cukup semua tu untuk mereka. Aku pasti semua mak ayah macam tu..
Untuk korang yang hentam aku teruk, takpe, aku faham. Memang salah aku tak mampu jadi anak sempurna. Memang salah aku tak balik kat abah pergi minta maaf. Walaupun setiap hari mak cakap kat aku yang Abah masih sayangkan aku. Abah dah lama maafkan aku. Tapi hati aku tetap tak puas.. Aku masih tak dapat maafkan diri aku bila aku dengar sebenarnya Abah dengan mak nak datang konvo aku, tapi masa tu abah sakit kuat. Kalau sahaja kamu semua tahu betapa sepinya hati bila nampak orang lain bergambar dengan keluarga masa konvo tapi kau cuma ada jubah konvo dan scroll sebagai peneman.
Tapi takpelah. Kita manusia. Dugaan kita lain-lain.
Trust me, lepas arwah Abah meninggal, tak pernah pun sekali dalam hidup aku, air mata aku tak mengalir bila baca “Rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani shaghiran”
Maafkan aku kerana tulisan aku yang sebelum ni nampak macam aku menunding jari 100 peratus kat Pak Uda. Aku menulis ni pun sebab 2 hari lepas, Pak Uda dapat cucu baru, ayat pertama yang terpacul dari mulut dia bila kami datang melawat adalah ” nanti besar jadi doktor macam ayah dia”. Sigh.. Dah macam cerita 3 idiot lah pulak. Apa salah bayi tu woi. Apa salah dia sampai mula mula buka mata kat dunia pun orang lain dah cuba nak tentukan masa depan dia. Kalau korang nak tahu, anak Pak Uda tu pun bukan semua dia tatang bagai minyak yang penuh. Yang berjaya di layan cara lain. Yang tak berapa nak cemerlang dia layan cara lain.
Maaf kalau aku ada lukakakan hati siapa siapa bila bercerita kisah hidup aku. Aku bukan sempurna. Aku yang dulu memang manusia paling tak berguna. Besar sangat dosa aku kat abah. Mungkin cuma neraka tempat aku.
Tapi sekarang aku dah sedar.Kesilapan aku paling besar bukan lah sebab ada B dalam slip keputusan aku. Kesilapan aku paling besar bukan lah sebab aku tak belajar rajin-rajin dan dapat result yang cemerlang. Kesilapan aku paling besar adalah terlalu mendegar cakap cakap orang lain. Aku hidup untuk Allah. Aku hidup untuk bahagiakan keluarga aku. Kenapa aku perlu bahagiakan hati orang lain kalau aku ada keluarga sendiri untuk dibahagiakan?
Untuk yang bagi kata kata semangat, terima kasih. Sekarang aku dah berhenti kerja dan tinggal dengan Mak. Buat masa ni aku cuba kerjakan balik kebun kebun arwah abah. Mungkin itu boleh buat aku gembira, Terima kasih. Some of you are very nice. Some even pray for my late father’s happiness for the hereafter. Terima kasih terima kasih. Barakallah.
Satu je aku nak pesan. Kalau nak cakap sesuatu, kalau nak tunjuk apa yang kita ada, banyak banyak lah fikir tentang orang sekeliling. Jangan sebab kau ‘terlebih’ cakap, kau buat orang lain menderita..
“A slip of the tongue can change someone’s life.. Forever”
– Pendosa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit