Assalammualaikum. Aku Wawa, pertengahan 20-an. Actually, aku terpanggil nak tulis lepas baca confession bertajuk Luahan Hati Anak Sulung, (https://iiumc.com/luahan-
Aku pun anak sulung. 4 beradik tapi adik aku yang bongsu telah menghadap Ilahi. Cerita aku hampir sama dengan confesser ni tapi adalah lainnya. For me, aku pun kena buat kerja rumah, jaga adik dari aku umur 8/9 tahun sebab mak ayah aku kerja. Hujung minggu pun parent aku tiada di rumah sebab mak aku sambung belajar. Kena marah kalau tak buat task apa yang mak aku suruh tu dah biasa la.
Tapi untungnya aku adik aku 2 orang je dan jarak aku dengan adik aku 4 tahun. Aku duduk dalam persekitaran selamatlah katakan sebab kuarters kerajaan. Tapi selamat pon aku pernah dapat call daripada orang yang tak dikenali yang cakap aku nak datang rumah kau nak rogol kau. Memang takut masa tu sebab mak ayah aku tak de kat rumah. Nasib baik ada jiran merangkap baby sitter adik aku.
Bagi aku, aku bukanlah kurang kasih sayang ke apa. Tapi parent aku ni jenis over protective. Senang cerita aku rasa dipenjara. Semuanya bermula bila aku pindah ke tempat baru. As a teenager at that time mesti akan ada keinginan nak hang out dengan kawan or setidaknya melawat kawan ke kat rumah diorang.
Tapi parent aku tak pernah beri keizinan nak pergi rumah kawan ke nak keluar pergi kedai ke memang tak de. Alasannya kat rumah kawan kau tu ada lelaki. Memang la ada lelaki. Nampak sangat yang diorang tak percayakan aku. Sampaikan kenduri kendara pun aku tak dapat pergi. Kalau orang lain time sekolah dah buat part timelah, meniagalah, aku? Terperuk kat rumah dengan kerja-kerja rumah aku.
Mengikut kata penulis confession tersebut, katanya dia tak tahu banyak benda. Aku pun rasa macam tu. Bila kau dihalang dalam semua perkara sejak dari kecil, aku tak rasa bila kau dah dewasa kau akan berkeyakinan. Macam burung yang dikurung dalam sangkar seumur hidup dari menetas. Burung tu takkan tahu cara terbang. Baru belajar nak terbang dah di halang. Macam tu lah yang aku rasakan. Lama kelamaan aku sendiri develop fence around myself.
That why communications skill aku hancur. Aku very uncomfortable dengan orang aku baru kenali. For example masa study dulu, ada class English communication dan aku terpaksa masuk kelas yang seorang pun aku tak kenal dan berbeza course dengan aku. Masa group discussion aku banyaknya diam. Aku sangat takut mencuba tapi cuba juga even class tu aku dapat C. Kalau kat rumah memang sepatah pun tak de cakap bahasa orang putih ni. Rumah aku sekarang pun kat kampung je. Bukan macam orang bandar yang speaking sepanjang hari. Tu la kekurangan anak sulung. Semua kena cari sendiri.
Bab skill lain macam pandu kereta, sekarang baru aku belajar sikit-sikit. Paling jauh aku boleh pandu 45km. Dekat je kan? Tapi tu pun dah menggigil kepala lutut. Motor aku memang tak pandai bawak sebab ayah aku memang dah warning tak bagi aku naik motor. Aku ni jenis ikut je kata mak ayah tak reti membantah ke apa sebab aku tau kalau aku buat juga pastu jadi apa2 memang lagi teruk aku kena bantai. Macam confession Luahan Hati Anak Sulung tu, aku pun jealous juga dengan kawan- kawan aku. Ada yang dah bekerjaya, ada yang dah beranak pinak, ada yang dah mampu travel keluar negara. Aku masih terperuk kat rumah hadap muka ketat ayah aku. Jarang lah ada gurau tawa dalam rumah aku.
Bab masak memasak boleh la sikit-sikit. Sebabnya biasanya kalau lauk susah macam rendang ke, asam pedas ke memang mak aku masak sebelum pergi kerja. Akulah yang masak nasi, masak sayur. Kadang kalau mak aku terlewat bangun dia suruhlah aku bakar ikan ke, masak sambal telur pecah ke whatsoever. Tak pernahlah dengar complain tapi tak de lah expert.
FYI, aku sekarang ni jobless… aku ada degree tapi dah banyak kali interview belum ada rezeki. Mungkin juga kifarah dosa aku yang telah lalu. Apa yang aku buat sekarang ialah first aku tolong mana yang aku mampu kat rumah ni. Macam aku cakap tadi, masak, kemas, jemur baju dan sebagainya. Kadang aku jaga anak sepupu aku. Selain tu aku tengah mahirkan belajar memandu dan aku dalam usaha nak kuruskan badan.
Dari kecik sampai besar terperap kat rumah, berat aku pernah cecah 107kg. Tak ada yang penduli aku nak makan apa, banyak ke sikit, bila masa nak makan, sebab tu jadi macam tu. Sekarang berat aku 8*kg. Aku nak dapatkan berat ideal dan tambah confident aku. Lastly, aku dalam usaha nak baiki hubungan aku dengan Allah. Aku yakin, Allah uji aku kerana Allah sayang.
Memang lah ada yang akan kata usahalah, keluarlah dari kepompong. Kalau asyik mengenang nasib macam mana nak maju. Orang yang tak lalui apa yang aku lalui takkan tahu. Nasihat aku terutama buat ibu bapa, tak salah kalau ibu bapa tu nak lindungi anak, tapi lindungilah pada tempat yang betul. Bagi anak-anak peluang.
Aku tak kata ini 100% salah ibu bapa, tapi aku rasa andai aku diberi peluang dari awal, taklah aku terkapai-kapai bila tiba waktunya. Contohnya macam kerja, kalaulah dulu ayah aku benarkan aku kerja lepas SPM maybe aku boleh ada pengalaman kerja. Takdalah bahagian pengalaman dalam resume tu sikit sangat. Tapi aku bersyukur even macam ni aku dah settlekan PTPTN aku guna duit ASB.
Aku doakan kepada yang senasib dengan aku mendapat pekerjaan yang halal dan bermanfaat. Semoga dengannya kita dapat membelanjakannya ke arah kebaikan dan dapat berbakti kepada kedua ibu bapa kita. Amiin Ya Rabbal Alamin.
– Wawa
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit