Salam semua,
Nama saya Amin. Sekarang musim haji buat saya terasa nak berkongsi bagaimana saya dan isteri diperjodohkan oleh Ilahi beberapa tahun lepas. Ceritanya ada lah sedikit sebanyak berkait dengan haji.
Ceritanya begini, masa mula perkenalan dahulu saya dan isteri cuma kawan-kawan biasa. Jumpa pun jarang. Di kelas universiti pun jarang bertegur. Tapi kami berjumpa dan berkenalan atas dasar minat yang sama. Suka berkongsi tips dan cerita-cerita traveling. Jadi saya dan isteri berkenalan di negara orang sebab kami ada traveller’s group sendiri. Dalam tengah mengembara di negara orang (of course travelling in group laa come on) tersangkut pulak hati pada si isteri. Tapi kaki si isteri lebih panjang dari saya. beliau dah mengembara ke eropah tapi saya sama sekitar asia sahaja. saya berasa bangga dan supportive supaya dia menjelajah lebih lagi. cuma tiba musim haji 3 tahun lepas saya merasa sayu. Sayu kerana dia diberi peluang mengerjakan haji dan saya masih di sini. sepatutnya saya bangga dan bersyukur. Tapi hati saya sayu entah kenapa. ada lah juga niat di hati nak meluahkan perasaan kepada si isteri sebelum beliau berangkat ke tanah suci ketika itu kerana sudah lama memendam perasaan terhadap beliau. cuma saya takut menganggu konsentrasi beliau di sana kelak. atau mungkin dia langsung tak peduli. itu lagi sedih. jadi saya mengambil jalan supaya simpan dahulu perasaan ini dan minta beliau berdoa yang terbaik untuk dirinya, untuk keluarganya, untuk kehidupan beliau di dunia dan di akhirat. Dan saya juga berdoa jika ini benar jodoh saya, permudahkan lah Ya Allah.
Sepanjang beliau di sana. Doa saya lebih panjang dari biasa. Saya berdoa ini bukanlah perasaan daripada syaiton dan perasaan ini atas dasar keikhlasan. Saya berdoa jika ini jodoh saya, Engkau tujukkan lah ya Allah. Tapi rindu tu sungguh rasa tak tertanggung. Sebab si isteri betul2 tak update apa2.
Sekembalinya beliau dari tanah suci, saya berjumpa dengan dia dan bertanyakan hati dan perasaan beliau. Alhamdulillah, beliau sentiasa ingat saya dalam doa ketika di sana. Allah betul permudahkan semuanya. kami berkahwin setelah 6 bulan si isteri kembali dari tanah suci, mekah.
Bila tiba musim haji, saya sentiasa terkenangkan si isteri. Bagaimana beliau ceritakan bait bait doa dia di tanah suci untuk saya. Nasib la pak arab kat sana tak bawak lari, menangis saya di sini.
Saya rindukan isteri saya… sebab minggu depan saya bakal berangkat mengerjakan haji tanpa beliau. Sayang, Abang rindukan sayang. Al-fatihah.
– aBC (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit