Cerita di sebalik niqab…

Salaam semua. Semoga semua yang membaca sentiasa dilindungi Allah SWT, InsyaAllah.

Apa yang aku ingin sampaikan adalah 100% benar. Walaupun tiada siapa yang mengenaliku, tapi hanya Allah tahu bahawa cerita aku ni bukanlah diada-adakan. Maaf kalau post ni panjang sangat. Sebelum aku mulakan, aku cuma nak beritahu bahawa aku pelajar UIA, sudah memakai niqab selama beberapa tahun dan sudah berumah tangga.

Dahulu, aku bukannya perempuan yang baik2. Sebelum pakai tudung dan selepas pakai tudung, macam2 lelaki aku da couple. Walau bagaimanapun, aku tetap menjaga maruah aku sebagai seorang Muslim. Sedaya upaya aku cuba untuk tidak benarkan lelaki untuk menyentuh ku. Tetapi, Allah da kataā€¦ Jangan mendekati zina. Walaupun aku tidak mahu disentuh, tetapi ada sesetengah lelaki nafsu sangat buas dan cuba mengambil kesempatan.

Aku pernah bercouple dengan seseorang lelaki yang sex addict. Pada mulanya aku tak tahu dia sex addict. Aku dirogol beberapa kali. Aku takut nak buat laporan polis sebab dia mengugut untuk beritahu semua kawan2 aku yang aku tak suci lagi. Lelaki tu pun tak benarkan aku keluar dengan kawan-kawanku lagi. Memang aku bodoh dulu sebab memang patut dia lingkup dalam penjara. Tapi setiap malam aku hanya mampu menangis. Aku nangis dalam solat, aku minta Allah untuk ampunkan dosa2 aku. Selama 4 bulan aku hanya mendiamkan diri. Cuma Allah tempat aku mengadu. Hingga kini, tiada seorang keluargaku kecuali suamiku tahu tentang perkara ni.

Sebulan sebelum aku betul2 akhiri perhubunganku dengan si sex addict, aku ambil keputusan untuk potong rambut seperti lelaki. Aku memakai pakaian lelaki. Tapi aku rasa lebih berdosa kerana kini perempuan yang tertarik denganku. Lalu aku bertaubat dengan cara pakaianku dan memakai tudung.

Walau bagaimanapun, selepas aku memakai tudung tetapi masih berpakaian ketat, aku tetap ada boyfriend. Aku ditipu oleh syaitan. Aku fikirkan aku dalam hubungan islamik kerana lelaki2 yang aku couple lepas pakai tudung, semuanya alim2 belaka. Oh ya, walaupun aku bertudung, ada seorang lesbian yang juga menyukaiku. Demi Tuhan aku tak sangka dia menyukaiku sebab aku hormat dia sebagai seorang kakak. Lesbian tu confess kat aku selepas dia tahu aku couple dengan seseorang.

Untuk dipendekkan cerita, begitulah hidupku. Sentiasa dalam perhubungan tapi hubungan aku dengan Allah tak pernah aku sempurnakan. Tentang Rasulullah saw? Satu pengorbanan yang baginda lakukan untuk umatnya pun aku tak tahu dahulu. Aku hanyalah munafik high-class.

Alhamdulillah Allah berikan aku hidayah dan kesempatan untuk taubat dan taubat lagi. Aku hentikan hubungan “islamik” ku serta merta. Aku masuk UIA dan aku mulakan penghijrahan ku yang sebenar. Pada hari pertama aku masuk UIA, ada seorang faci lelaki mendapatkan nombor telefonku. Aku fikir niatnya baik, sekadar untuk orientasi. Tapi selama orientasi tu, dia mesej aku lebih dari yang sepatut. Ternyata elaki seperti ini semuanya sama.

Aku terfikir, kenapa walaupun aku da berjubah dan bertudung labuh, tetap ada lelaki yang cuba untuk mengambil kesempatan? Rupanya, masalahnya adalah diriku. Aku sangat senang untuk berbual dengan lelaki. Lalu aku pun memakai niqab untuk menjaga tingkah laku ku.

Iman ku di tahap tertinggi pada waktu itu. Aku qiyamullail setiap hari. Aku membaca tafsiran Quran. Aku cuba untuk mengenali Rasulullah saw dengan membaca tentang sirahnya. Hidupku hanya diriku, Allah dan Rasul. Di masa yang sama, aku cuba untuk memperbaiki hubungan ku dengan keluargaku.

Tidak lama kemudian, Allah temukanku dengan seorang lelaki di dalam satu kelas agama yang aku hadiri. Dia bukan berada di tempat duduk, tapi dia berdiri di depan mengajar kami. Selepas istikharah untuk diberi petunjuk, Alhamdulillah aku kini mempunyai seorang Ustaz sebagai suami.

Suamiku sedia menerimaku walaupun diriku tidak sempurna. Selama beberapa tahun kami bernikah, dia tidak pernah sekali mengungkit kisah silam ku. Aku sangat bersyukur kerana aku rasa aku tidak layak untuk mendapat segala nikmat yang aku perolehi sekarang. Tetapi, Allah sudah janjikan, kalau kite berjalan ke arahNya, Dia akan berlari ke arah kami.

Alhamdulillah hidupku tenang dan bahagia. Aku harap ceritaku ini dapat beri semangat kepada semua yang merasakan dosa mereka sangat besar untuk diampunkan. Tiada dosa yang tidak boleh diampunkan melainkan syirik. Sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT. Perbaiki hubungan dengan Allah SWT dan jangan sekali tinggalkan solat walau sebesar mana pun dosa yang telah kita lakukan.

Terakhir sekali saya harap, janganlah kita memandang serong terhadap niqabi. Niqabi adalah manusia juga dan kami tidak terlepas dari membuat salah dan dosa. Benci pada perbuatan yang salah itu dan bukan pada orangnya ataupun niqab nya.. Walaupun buruk sorang niqabi itu, pemakaian niqab ini adalah Sunnah yang sangat digalakkan. Kalau kau nak kawin tapi tak melihat muka dan tak membuat istikharah, itu bukan salah niqab. Itu salah kau. Sekali kau salahkan pemakai niqab, kau da menjatuhkan sebuah Sunnah.

Aku harap aku dapat memperjuangkan nama baik niqabis yang memakai niqab hanya kerana mahu mendapat keredhaan Allah, inshaAllah. Wassalam.

– Niqabi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit