Saya seorang cikgu cabuk yang masih muda dalam perkhidmatan. Baru 17 tahun bergelumang dalam bidang ini. Mengajar budak sekolah menengah yang macam-macam perangai yang bikin panas, lucu, sedih dan manis.
Sejak mula posting sampai dah berpindah ke sekolah yang keempat ini, macam-macam cerita yang aku alami sebagai guru yang paling dibenci di sekolah iaitu guru disiplin.
Jawatan ini dah mula aku sandang seawal posting lagi disebabkan sifat aku garang. Ada macam-macam cerita ingin aku kongsikan tapi cukuplah sekadar 2 cerita dulu.
Cerita pertama berlaku baru tahun lepas. Aku disiasat oleh pihak PPD kerana terdapat aduan ibu bapa terhadap aku. Pengadu memaklumkan aku telah memanggil anaknya dengan gelaran pe*acur. Satu tuduhan yang sungguh lucu.
Semasa disiasat aku memang asyik ketawa jak. Lucu bah bila lain yang kita cakap lain yang diorang faham.
Sebenarnya aku panggil pelajar ini secara personal (memang style aku kalau nak marah pelajar spesifik aku takkan buat di khalayak ramai). Kesnya dia ponteng sekolah dan aku dapat tahu dia ponteng bersama-sama dengan boyfriendnya laa kunuk.
Aku pun dapat tahu dia selalu naik motor sama cowoknya. Jadi, aku bagitau dia begini “pe*acur pun kalau nak dipegang pun dibayar, kamu, bagi free saja.” Aku memang gantung ayatku begitu. Aku harap dia paham la. Rupanya dia tak paham.
Yelah punyalah “rajin”nya dia datang sekolah, ayat mudah aku itu pun begitu sukar dia tafsirkan. Padahal sudah pun tingkatan 5. Lepas dari siasatan tu aku tak pernah lagi tegur apa pun kesalahan dia. Lantaklah sana nak jadi apa.
Bila keputusan SPM keluar, seperti dijangka keputusannya hanyalah sekadar lulus sahaja. Banyak subjek yang dia gagal. Dia pun dah putus dengan bf yang duk usung dia haritu.
Cerita kedua pula baru jadi minggu lepas. Kaunselor ada menegur seorang pelajar tentang sikapnya yang agak biadap bila berhadapan dengan guru-guru.
Tiba-tiba, dia menangis dan mengatakan bahawa cikgu pun biadap dengan dia. Bila aku tanya siapa, dia jawab aku lah cikgu tu.
Aku mula kendur suara, tanya kenapa dia cakap camtu. Dia cakap aku cakap tak serupa bikin. Aku cakap tak baik menghina ciptaan tuhan sedangkan aku pernah cakap dekat dia yang muka dia buruk di hadapan kelas.
Aku cakap dengan dia, aku ni tak pernah nak mengata orang buruk sebab aku pun sedar muka aku pon tak lawa mana pun. Jadi aku tanya dia semula, cerita dari awal sebelum sampai aku mengeluarkan kata-kata hinaan tu.
Dia kata, waktu tu aku tengah check siapa yang tak siap kerja rumah. Lepas tu dia adalah antara orang tak siap. Pelajar kalau tak siap kerja memang merasa laa rotan aku yang sedap tu. Dia pun terus hulurkan tangan rela dirotan.
Lepas tu aku cakap, amboi senang betul ye, tak siap main hulur tangan jela. Pastu dia tersenyum, terus aku cakap, tak payah senyum-senyum. Muka kau buruk. Terus dia sentap.
Adui mak tuan. Dia tak paham konteks aku cakap muka ko buruk. Aku maksudkan bukan muka dia buruk. Tapi aku maksudkan dah buat salah tak payah laaa nak senyum2.
Sepatutnya buat laa muka kesal ke sedih ke. Ini buat muka gumbira plak. Hangin jela aku dengan perangai sorang-sorang.
Sebenarnya ada macam-macam lagi cerita. Pengalaman dikejar samseng kat luar sekolah, dipanggil ke balai untuk soal siasat polis dan macam-macam lagilah. Yelah berbelas tahun jadi pegang portfolio disiplin ni.
Tapi yelah, citer panjang-panjang nanti orang kata macam-macamlaa pulak.
Doakan aku diberikan kekuatan dan kesihatan untuk mendidik anak bangsa sampaila pencen pilihan lagi 15 tahun. Till then, adios!
– Cikgu Singa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
cerita la lagi…
Nak lagi, nak lagiii. Sumpah kitorang promise tak kata macam-macam. Kongsi lagi please, citer tu nk yang panjang-panjang, pendek sangat tak satisfied sangat
as cikgu, sepatutnye jaga kata2, kalau nak tegur, cikgu boleh guna kosa kata yg lebih mudah
utk murid pahami.
yelah, murid zaman sekarang, tacing, sensitive x mcm zaman kite dulu..salah sikit, viral.
kite dulu kebal, kena denda kt sekolah, ngadu kt rumah kena tambah lagi dengan parents.
menyampah la budak sekarang,sikit sikit nak merajuk, viral la apa la. Eii nasib la aku tak jadi cikgu, semoga terus sabar dan tabah cikgu!