Cerita Jodoh

Boleh baca, https://iiumc.com/jodoh-8/

Artikel yang ditulis sebelum ni mendapat kecaman teruk. Dek kerana kesilapan saya menulis umur lebih suku abad.

Hakikatnya, umur memang lebih dari suku abad, 30 menghampiri 40. Malah punya rasa rendah diri yang tebal akibat penyakit depresi dan anxiety.

Sepatutnya saya menulis umur hampir separuh abad. Lupa diri semakin dimamah usia.

Saya sendiri sedar ini ruang untuk menerima pendapat. Walaupun makna confession itu sendiri adalah pengakuan.

Semasa saya menulis, saya berada di dalam emosi yang tidak stabil, terganggu berhari-hari oleh mimpi-mimpi yang mengecewakan.

Selain dari umur sudah menghampiri 40, saya sudah miliki rumah walaupun masih membayar. Punya gaji selesa.

Hari cuti memang dipenuhi dengan menghabiskan masa dengan keluarga apabila ada peluang.

Usaha mengumpul wang, telah dimulai sejak kecil lagi.

Pada usia saya, rakan rakan kebanyakan sudah berkeluarga.

Hendak bergaul dengan yang lebih muda, agak sukar. Pemikiran tidak sama.

Rata-rata, kawan-kawan sekerja, semua sudah berumahtangga.

Saya pernah berhenti mencari. Bukan tidak pernah. Pernah berdoa agar naluri hendak berpasangan ini Allah padam terus.

Namun, lebih kuat saya menafikan, lebih kuat naluri itu datang.

Berdosa sangatkah untuk seorang wanita bujang berkeinginan menamatkan zaman bujangnya?

Berdosa sangatkan sekiranya, saya sudah puas hidup sendiri?

Malangnya, lelaki yang muncul sementara dalam hidup semua pandang pada status kewangan saya sahaja.

Awal perkenalan bermulut manis, semakin lama, semakin nampak cuba meminta-minta. Malah ada yang jujur mengaku, mahu saya jadi pembeli rumah bersama nanti.

Tanpa ada apa-apa perbincangan, terus mengaku mahukan saya sebagai pembeli rumah.

Malah, rakan-rakan selalu berkata, untung sesiapa yang mendapat saya sebagai isteri, tinggal cuci kaki.

Mungkin sebagai lelaki, lebih mudah menafikan.

Sebagai wanita, pandangan orang yang selama ini tidak diendah lama-lama tetap mampu memberi kesan pada diri.

Mungkin dengan kata-kata yang ditulis diruang komen mampu buka mata saya. Tidak perlu sibukkan diri dengan jodoh. Teruskan dengan kehidupan sendiri.

Mahu apa-apa pun mampu. Tidak ada sesiapa yang menghalang.

Biar saya terus membahagiakan orang-orang yang sentiasa ada untuk saya.

Semoga mimpi-mimpi yang menggugat berhenti.

Teruskan kecaman jika mahu. Mungkin itu cara yang Allah sampaikan supaya saya berhenti berfikir soal jodoh.

Bukan suku abad. Tetapi, lebih dari suku abad.

– Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Z, Angah ni. Angah faham sgt apa yg Z rasa. Ingin untuk mempunyai pasangan hidup adalah normal bg sesiapa pun. Klau Z masih di bwh 40 thn, masih cantik, masihb brpeluang untuk dptkn calon suami yg sesuai. Minta pd Allah pd waktu yg tepat. Bgn tgh mlm brtahajjud & mohon doa. Klau puasa, masa sahur & tunggu waktu utk brbuka puasa tu, waktu yg Allah kaulkn doa. Abaikn org yg mngata & mngutuk Z. Z yg kena usaha lebih. Cari yg sesuai & jgn mmilih sgt. Moga brjumpa & brbahagia nt.

  2. Suku Abad ka nenek ka.

    Ramai ja JANDA 60 an nikah baru.

    Umur bukan ukuran.

    Doa dan usaha cari jodoh di tempat yang berkah, rajin pergi masjid, buat kerja amal.

    Cari jodoh di tempat yang berkualiti. Hobi manusia berkualiti.

    Nenek aku umur 70 pon kahwin baru.

    Tiada istilah tak laku jika anda manusia yang beriman dan menjaga diri.

    Lambat cepat bukan penenti bahagia, bukan penenti syurga neraka.

    Trust the process the journey.

    Usaha tangga kejayaan. Orang mahal Allah sayang.

    Jodoh pasti bertemu. Cek Ta pon beza puluhan tahun dengan suami muda.

    Kamu boleh waniter!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *