Assalamualaikum semua. Saya dah berkahwin dan mempunyai anak2. Alhamdulillah kami bahagia saja. Cerita saya sedikit panjang, harap korang tabah membacanya, hehe.
Saya nak cerita macam mana saya boleh berjodoh dengan suami saya. Betullah orang cakap, kadang jodoh kita itu betul2 pernah ada depan mata kita.
Masa sekolah rendah, setiap 2 tahun saya bertukar sekolah sebab ikut kerjaya ayah sebagai pegawai kerajaan. Jadi masa darjah 5-6, saya bersekolah di negeri selatan. Negeri selatan ada sekolah agama atau sogame (ringkasan nama).
Jadi sesi petang saya akan pergi sogame & waktu itu, sogame akan bercampur dengan senior, pelajar sekolah menengah.
Sebab dorang ni ada yang masuk darjah Khas (final year) atau masih belajar darjah biasa (bila gagal dalam exam sogame tak boleh naik darjah seterusnya sampailah kena lulus exam).
Seingat saya, momen ni berlaku masa saya darjah 6. Masa tu saya terjumpa seorang budak lelaki pakai baju Melayu putih dgn sampin merah (uniform pengawas sogame).
Saya tak kenal budak lelaki tu tapi saya betul2 terkesima tengok dia. Seolah-olah masa berhenti bila kami bertentang mata. Budak lelaki tu kulitnya cerah, hidung mancung, memang ada rupa. Tapi yelah momen tu hanya beberapa saat je jadi masing2 pun berlalu pergi saje.
10 tahun kemudian, ketika saya berumur 22 tahun. Saya tengah intern di suatu syarikat minyak & gas di KL. Saya dapat tahu melalui staff syarikat, ada senior universiti sama dengan saya pernah intern di syarikat yang sama.
Entah macam mana, saya terjumpa CV seorang senior lelaki ni jadi saya bukalah sebab alang2 nak ambil no.telefon dia & boleh minta report internship dia untuk buat rujukan.
Bila saya buka je CV tu & tengok gambar ukuran passport dia, hati saya terus berdebar. Fikiran saya macam terbayang-bayang pernah nampak lelaki ni tapi tak tahu kat mana. Saya tengok alamat rumah dia, nama kampung dia macam saya pernah dengar.
Ahh saya abaikan perasaan tu sebab saya niat nak SMS & email saje dia minta report internship untuk buat rujukan. Zaman tu smartphone belum wujud ye.
Keadaan berjalan mcm biasa. Saya dah dapat report dari senior, ucap terima kasih pastu saya senyap jelah haha. Sampailah senior lelaki tu tiba2 je SMS saya masa saya start final year (saya dah habis intern & dah masuk uni semula).
Text dari senior yang sekadar tanya saya apa khabar, jaga kesihatan baik2 akhirnya bertukar jadi kisah cinta kami hehe. FYI, masa ni suami saya tak pernah tengok muka saya. Saya je yang pernah tengok muka dia melalui gambar CV dia.
Kami jumpa buat pertama kali masa dia dtg convo lepas dinner convo. Malam tu, saya ajak dia datang bawah blok asrama saya. Suami saya cerita, dia memang berdebar-debar nak jumpa saya malam tu haha. Saya pula overexcited nak tengok dia depan2!!
Bila kitaorang saling bertentang mata tu kan, terus perasaan tu berbunga-bunga ye sebiji dalam movie romcom haha.
First impression suami terhadap saya, dia kata saya cute sangat & loveable. Saya pula bila nampak je dia, dalam fikiran & hati saya terus terdetik “I’m so gonna marry this guy!” Serius wehhh. Perasaan yang takkan saya lupa sampai bila2.
Hubungan kami berjalan sangat lancar & akhirnya disatukan secara sah lepas berkawan selama 2 tahun.
Selama proses berkawan ni lah baru kami sedar, rupanya saya & suami betul2 ditakdirkan untuk bersama akhirnya. Kenapa akhirnya? Sebab awalnya kami langsung tidak dipertemukan, hehe.
Babak kehidupan saya & suami pada zaman remaja sampailah ke alam universiti ala-ala filem Turn Left Turn Right. Siapa tahu movie romcom ni? Popular tau cerita ni dulu sebab hero dia Takeshi Kaneshiro.
Ok balik pada cerita saya, plot kisah saya & suami lebih kurang storyline movie tu. Bila ingat balik rasa kelakar sgt momen tidak dipertemukan ni.
Masa saya form 1 sampai form 5, saya masuk SBP di Zon Selatan. Suami saya pula masuk MRSM di Zon Utara. Masing2 berada di negeri paling Selatan & paling Utara, menjalani kehidupan alam remaja yang menyeronokkan. Parents suami memang duduk di negeri Selatan.
Parents saya pula asal negeri Selatan tapi pada waktu saya masuk alam sekolah menengah, dorg telah berpindah ke negeri Pantai Timur.
Keluar result SPM, saya dapat masuk asasi sains di universiti awam di Kuala Lumpur. Pada tahun yang sama, suami rupanya telah menolak tawaran persediaan ke Jepun di universiti awam, tempat saya belajar asasi.
Maksudnya, kalau kata suami ambil tawaran tersebut, mungkin kami akan terjumpa di situ sebab kolej asasi saya hanya bersebelahan saje dgn kolej persediaan ke Jepun.
Dan laluan saya pergi kuliyah asasi memang akan selisih dgn kuliyah pelajar persediaan ke Jepun. Ketika saya belajar asasi ni, suami telah menyambung pelajarannya di universiti swasta di Perak.
Bila saya tamat belajar asasi, saya dapat tawaran sambung degree di universiti yang sama dgn asasi. Pada waktu itu, saya juga dapat tawaran degree di universiti swasta di Perak.
Akhirnya saya pilih meneruskan pengajian di universiti swasta di Perak, tempat yang sama suami saya belajar. Masa ni saya tak tahu pun jodoh saya belajar di universiti tersebut. Saya main pilih je sebab teringin nak masuk universiti budak2 pandai haha.
Selama 4 tahun belajar di universiti, tak pernah sekalipun saya terjumpa suami saya. Dia tak pernah nampak saya & saya pun langsung tak nampak dia.
Yg peliknya, kawan2 suami di universiti, boleh pula saya kenal. At least, saya pernah nampak lah sorg dua kawan dia sebab kami ni sebenarnya belajar course kejuruteraan yang sama.
Suami saya ni cuma senior setahun je. Boleh pula sampai dia dah habis belajar dia tak nampak saya?? Haha. Masalahnya saya pun tak nampak dia juga!!!
Bila suami saya pergi internship, saya masih ada di universiti tahun kedua. Bila suami saya dah balik dari internship (started his final year at university), saya pula yang pergi internship! Boleh pula kan kitaorang pergi intern kat syarikat yang sama? Dia keluar, saya pula masuk.
Bila saya dah masuk universiti semula, dia pula yang keluar sebab dah habis belajar. Haha hadoiiii lah. Memang timeline kami untuk berjumpa tak pernah kena. Sebiji dalam movie kan? Hehe.
Hanya disebabkan saya buka CV dia masa saya intern, baru saya dapat kenal jodoh saya. Dan hanya sebab dia sengaja hantar satu text ringkas pada saya, dia dapat kenal surihati dia.
Akhirnya, kami dipertemukan jua dalam satu waktu yang tepat. Kiranya universiti kami ni jadi final destination untuk kami bertentang mata setelah sekian lama terpisah haha.
FYI, kami pun sebenarnya pergi sekolah rendah kebangsaan yang sama. Saya darjah 5 manakala suami darjah 6. Korg dah boleh agak, kami memang tak pernah jumpa satu sama lain!
Dan bila kami dah kahwin, saya ada tanya suami saya, dia pernah tak pakai sampin merah masa sogame? Dia jawab pernah. Masa tu mungkin dia form 1 sebab dia pun pergi sogame, sekolah yang sama dengan saya.
Jauh di sudut hati saya mengiyakan budak sampin merah itu ialah suami saya. Begitulah cerita kami umpama filem Turn Left Turn Right versi tempatan hehe. Alhamdulillah syukur berjodoh juga kami akhirnya.
Walaupun perwatakan kami berbeza macam langit & bumi, tapi kami boleh rasa perasaan saling mencintai & menyayangi tu sampai bila2.
Doakan kami berdua sentiasa berkasih hingga ke hujung nyawa. Terima kasih kerana membaca. The end.
– Muffincake (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Waaaa..interesting la cerita tt ni. Boleh cerita kepada anak cucu kelak. Semoga berbahagia hingga ke jannah…
Hi, nama aku Ratin.Usia aku 32 tahun.Dah berkahwin Dan aku ada 5 adik beradik.Aku bercerita sambil nak Tanya pendapat korang sambil nak meluah.Sebab aku rasa sakit hati,sedih,geram tapi boleh dilepaskan.
Prose’s membesar kami adik beradik dalam kehidupan family yg sederhana.Sederhana Dari segi duit,Dan emosi.Ayah aku sebelum usia aku 15 tahun pun tanggungjawab kewangan dikongsi bersama mak aku,lepas usia aku 15 tahun, tanggungjawab tu jatuh hampir 90% pada mak aku.
Aku faham mak aku terbeban emosi tapi kami adik beradik ni matang cepat.Banyak nasihat yg kami bagi utk atasi masalah mak Dan abah,tapi mcm biasa.curah air ke daun keladi.Aku pernah msg mak aku bila dia mengadu ,” masalah mok sbb mak letakkan bahagia pada org lain.Mak buat konon utk abah,tapi bila abah tak hargai,mak salahkan org lain.Lumrah manusia ramai yg tak reti menghargai,nak2 abah yg memang dah 30 tahun mcm Tu ”
Disebabkan kehidupan sederhana kami sekeluarga,anak2 banyak ambil tanggungjawab Ibu bapa.kami bangun awal pagi bekerja walaupun Masih sekolah,lepas jam 10 malam baru kelam kabut dpt Siapkan kerja sekolah..aku dulu Jalan kaki p sekolah,sambil Jalan tu aku hafal / study subjek2 yg melibatkan hafalan..Dan yes,aku,Dan adik beradik lain adalah top scorer.Mak ayah aku bangga..Konon walau kene tolong kerja, kami tetap berjaya Dari anak orang lain.Yang sengsara ??anak2 la kan..penat,stress…
Aku pernah balik exam PMR ,penat,balik rumah Jalan kaki 3km, baru buka baju mak aku dah panggil buat kerja rumah,Aku tertidur sambil buat kerja.Dan mak aku Masih ingat moment tu sambil gelak.Bagi dia kelakar.Tapi bagi aku,sakit..Over ke kalau aku rasa sakit? Aku sakit sbb emosi remaja aku Dari zaman aku kanak2 tak disalurkan dgn betul.Aku tak dibelai,tapi terus disalahkan,dihempap dgn beban orang dewasa…
Kau yang beranak,kami tak pernah minta.Tapi bila susah ” perit beranak aku ni tak hilang lagi ” .Bila marah ,mak aku menangis ” setitik air mata mak jatuh kebumi,neraka tempat anak ” .Aku ?? Haha..maaf,sampai satu ketika,ayat tu tak mampu menakutkan aku lagi.Pernah aku ditampar berkali2 sampai berdarah muka.Aku tak menangis ..Aku senyum Dan pandang mak aku dengan pandangan ” tampar la,aku tak sakit pun.Kau yg sakit Bukan aku ” .Dia tampar aku sbb sakit hati aku tak nak ikut dia picnic tapi aku kantoi keluar.Aku keluar rumah ke kedai runcit je, photostat kerja sekolah Dan beli roti.Tapi dia tak percaya .
Asyik mak aku je kan, abah aku takde? Abah aku ni kalau aku cakap dia seorang ayah yg culas nafkah,kau rasa apa level? Kami adik beradik tak pernah dendam dengan dia.Tiap Kali balik Kampung,kami akan set utk Makan gathering.Dia suka solat di masjid,tapi bab tanggungjawab culas.Ironi kan?? Hahah..
Dulu, kami sampai merayu utk dia tunggu .Nak Makan sama2 .Kami sampai merayu utk dia tunggu kami nak bergambar raya..Tak..Dia pergi juga .Sekarang,dia sakit.Kurang boleh keluar rumah.Bila anak2 balik Kampung ramai2,lepak luar rumah ,dia sanggup tidur di kerusi malas sebab nak sama2 lepak dengan kami.Sedih rasanya.
Tahap aku Dan adik2 tak buang abah aku ni sampai dia sakit kami basuh berak dia,kami tadah muntah dia dengan tapak tangan kami..Aku sayang dia .Pada usia aku 32 tahun,baru aku dapat dengan ” abah sayang kak” itupun saat dia atas katil hospital bila aku basuh berak dia..Aku cuma mampu senyum.Saat aku perlukan dia, saat aku nak dengar kata sayang dia..dia tak pernah ada.
Orang kata ibu bapa ni ego, sayang tapi tak cakap.
Sayang dengan perbuatan.Tapi kalau anak2 rasa sakit, sayang mcm mana yg korang nak buktikan.
Utk ibu bapa diluar sana, anak2 perlukan sokongan emosi dalam proses pembesaran mereka.
Cukuplah cerita kesakitan zaman lampau.
Bila masing2 dah besar,..sekarang tiba masa adik lelaki bongsu aku nak kawen.
Dia pasukan berunifor..Masa terhad .Boleh kata masa dia terhad utk layan politik emosi mak bapak aku ni .
Adik aku ni Dari sekolah kurang pandai,Jadi abah aku tak suka.Mak aku mcm biasa je.Dulu kalau dia balik bercuti, bila nak balik ke tempat kerja semula,minta abah aku hantar ke stesen bas,mana mahu nya nak dihantar. ” mu gi sendiri la ,abah banyak kijo ” padahal abah aku mana ada kerja .haha..dia goyang kaki,ukur Jalan je,kira kedai kopi.
Sampaikan ada ayah kawan adik aku ni,yg memang baik dengan dia,boleh datang rumah,Dan hantar dia pergi stesen bas.Mak aku, ada kereta,pandai bawak kereta.Tapi dia pun pertahankan diri dgn Alasan ” mok tak leh bawak kete masuk bandar ” haha…..Tapi bukan Hal tu yg dia sebukkan.Dia sebuk salahkan orang lain ” Ayah kawan adik tu, Mari ambik adik bukannya nak tegur bagi Salam ” ..
Eh kau, itu yg kau sebukkan.Bukan nak sebuk pikir ” mana nak letak muka ni,kereta ada,mak ayah tak dok kerja,tapi anak orang lain datang ambil Dan hantar ” .
Adik aku sekarang ni nak kawen, urusan nikah kawen dia Dan bakal isteri urus 90%. Kami bantu cuma 10%. Dan dia Langsung tak minta tolong mak ayah aku.Sebab ?? Sebab dia tahu,kalau minta tolong pun,bukan boleh tolong.Sentiasa dengan Alasan .
Aku pada sebelah pihak,aku faham kenapa dia buat macam tu.Pada mak ayah aku,dia jaja cerita dengan semua family.Katanya anak pinggirkan dia.
Pinggirkan apa entah.Dah cakap majlis guna katering,guna wedding planner.Apa yg dia nak kecoh lagi .
Bila majlis org lain,dia faham fungsi catering Dan wedding planner.Tapi bila majlis adik aku sendiri, dia buat2 tak faham.Kami adik beradik urus sendiri kebanyakan Hal.Kedatangan dia,pergi balik..semua orang dah uruskan..Tapi boleh pergi berlagak mangsa dengan family lain.Yg family pun gigih la duk mencucuk..
Semalam, adik lelaki aku Tu msg di wasap grup adik beradik ( mak abah takde dlm grup tu) katanya mak meseg bakal menantu dia dah Tanya mcm2 berkaitan majlis.Padahal boleh je Tanya kami sendiri.Katanya dia boleh urus kalau ada apa2 tak siap.
Mungkin nadanya tak sedap utk bakal mertua berbunyi pada bakal menantu begitu.Aku faham bakal adik ipar aku ni rasa dipersalahkan.Jadi dia p meroyan kat adik aku la tu..Maka marah la adik aku ni..
Dia mesej dalam grup , ..minta mak aku uruskan Hal majlis .Tiba2 mak aku call aku ” mok takleh buat, bla bla bla….” Haha…aku just sampaikan pada adik2 yg lain. Adik aku kata ” sekiannn…tahu doh , aku tak harap pun dia buat apa2 ..sebab sebelum ni pun macam tu.Tapi meseg (bakal menantu) macam boleh buat macam2. ”
Oh by the way,mak aku ni bagi tahu yg bakal ipar ni meseg utk bertanya kabar Dan bagi tahu yg dia gementar sebab hari nikah dah hampir.
Mak aku ni blh cakap ” malas mak nak pikir.Sebuk ke berdebar dia.Mok ni nak pikir ke serabut mak lagi,ke masalah mak lagi ” Ya Allah…Selama ni aku cuma dengar org kata dengan mertua,tak payah la nak beria sangat, Sekarang aku dengar mak aku yg perangai mcm ni..Perasaan / pemikiran mcm ni utk bakal menantu ,sangat la keji bagi aku.
Aku ada cakap dengan mak, benda yg terjadi ni,buat la Jadi pengajaran.Mak ada 2 lagi anak yg belum kawen.Semua orang ada Salah masing2.Adik ada Salah dia,mak ada Salah mak.
Then mak aku jerit ” saloh mok ? Salah mok apa? ”
Aku cakap ” ye lah,dah mak nak kawenkan anak,mak kene la ambik tanggungjawab Tanya itu ini pada anak.” Then mak aku sambung salahkan adik aku.haha…dia tak Salah..Adik aku dah ada ura2 nak kawen setahun lepas lagi.Bila dia Mula nak cakap,mak aku sebuk nak cakap susah payah dia.Betapa dia susah nak menghadap perangai abah aku,betapa dia penat,betapa dia dah tua so dah tak larat nak layan benda lain selain hidup dia.
Kalau fikir Hal anak2 terus rasa senak,sesak nafas katanya.haha…maaf la mak, kami ni dah biasa hidup berdikari.Mak tak tolong pun kami dah boleh hidup sendiri ( keji kan ayat tu,aku tahu ramai akan judge,silakanlah )
Adik aku yg lain ada kata, Mak aku hari2 merungut ” lepas abang kawen ni,tenang la sikit mok,serabut kepala dok mikir ” hahah…kami gelak ramai2.Pikir apa? Majlis orang tak suruh urus.Duit pun 1 sen tak keluar..Adik lelaki aku tak minta sikit pun.
Oh yeah, mak aku ni angin sebab dia duk ulang ” majlis pihak lelaki ni hak pihak lelaki.Kalau pihak lelaki tak nak buat pun tak ada masalah .Kalau nak buat jamu roti Dan Kari je pun tak ada masalah.Ni sampai buat majlis catering, ”
Dia tak puas hati sebab adik aku tak bincang Dan tak nak dengar cakap dia.haha…aku faham dia sakit hati .Tapi aku faham sebelah adik aku juga.Majlis dia,duit dia,tak susahkan mak aku,apa lagi yg mak aku nak meroyan..
Mak aku ni, masa adik aku minta buat list tetamu 200 orang pun,sampai 2 Bulan tak siap.Bila aku balik,aku paksa Dan bantu dia buat list..tu pun meroyan ” nak jemput Mari mana orang sampai 200 orang.” Haha…aku yg tengok Dia bukan nak marah dah, tapi nak gelak..
Masa awal2 plan, aku minta mak abah guna RM2K utk segala prose’s majlis ( 2 majlis ) ..Mak aku keberatan ” dah nak buat mcm mana,korek je la duit mana pun ” .
Tapi bila majlis dah nak settle plan, cuma 200 je pakai duit dia.Tu pun adik aku kata ” Tanya mok kot dia nak sponser jajan , biar nampak ada jasa sikit.Kang duk bising kata orang tak masukkan dia”
Aku ambil pengajaran antara kami Dan mak aku ni.
Jadi Ibu bapa, kalau sentiasa merungut tentang susah payah kau je,lama2 anak pun rasa dia Jadi beban.Ada anak yg mungkin akan bersifat tersasar.Tapi alhamdulillah,kami adik beradik berada di Jalan yg lurus.Berdikari ,Dan Masih ada hati kembali berbakti pada mereka.
2kali setahun kami akan plan percutian family.Aku ni kalau holiday dengan family sampai demam la.Mak aku bukan mcam orang lain.Dia nak kita please dia anytime,tapi dia…Nan hado.
Masak apatah lagi.Tak pernah dia pegang pisau masak utk kami dah.Paling tidak buat air kopi.
Aku banyak cerita Hal mak aku ni sbb abah aku dah uzur.Tak banyak mulut dah.kalau bawak p mana2 pun, diam je.Bagi Makan,Makan.
Mak aku ni banyak cekadak lagi.haha..
Mak ayah boleh pilih utk Jadi narcissist.tapi sorry la, tak semua anak boleh Jadi mangsa.Kami adik beradik tak da sorang pun Jadi mangsa mak.Paling tidak kami diam je bila datang meroyan dia..Tapi bila kami dok bergelak ketawa happy dengan yg lain,dia boleh menangis sorang2 dalam bilik air tiba2..Haha..haduii…
Korang bagi la sepatah Dua kata.Nak kecam pun, xper.Maybe ada silap kami sbg anak.Aku blh belajar baiki
Wassalam
Ratin.