Hai assalamualaikum, first of all aku tak tahu if korang ada the same story as i am ataupun tak. Before that, terima kasih sebab bagi peluang untuk aku bercerita tentang aku. Dan terima kasih juga sebab post dekat IIUM Confession. Terima kasih sangat sangat.
Untuk yang tengah bercinta ataupun macam ada sedikit conflict dengan family sebab kekasih. Mungkin cerita ni khas untuk korang.
Ok lets make it short, aku kenal dengan suami aku dekat tempat kerja dimana masatu aku baru sahaja menghabiskan diploma. Cari punya cari, jumpa lah juga tu pun sebab ayah aku carikan. Dia keep on desak aku kerja situ. HAHAHAHA!
Tapi ada hikmah juga, sebab sebab kerja kat situ aku jumpa dengan suami aku. Pertama kali bersua masa ambil borang kerja, masatu lah tetiba mata saling bertatapan, hahaha tak berkedip dia pandang aku.
Lepastu aku pun macam biasa saja terus amik form isi semua then bagi dekat staff kat situ. Then malam tu manager call interview then dalam 2 hari macam tu aku dah boleh masuk kerja.
Masa memula masuk tu, memang aku diam saja lah. HAHAHA, dia lah banyak tegur. Tolong angkat kotak ke barang untuk aku semua. Selalu tegur, “awak awak, mehlah sini.”
Lepastu “awak dah makan? saya belikan nak?” Macam macam lagilah masatu dia buat, ada juga aku dengar cerita daripada staff staff lain, yang dia suka sangat dengan aku.
Tapi aku still diam takde lah macam beriya sangat sebab that time aku dah ada, so called “boyfriend”. Skip that boyfriend parts dulu, kita akan cerita kat bawah ni.
Ok masa dah genap seminggu dia ada text cakap “hai”, aku balaslah juga masatu atas dasar kawan semua. Layan tak layan saja masatu.
Dalam nak 2 minggu aku kerja, aku ada conflict dengan boyfriend aku. Sebabnya aku ni rimas nak mampus dengan dia, as dia keep on controlling me. Dan aku memang tak suka, sebab mak aku pun tak control aku macamtu.
Kau bayangkan kau tengah kerja, dia dok call kau, mesej kau, nak video call semua semata nak check samada aku dengan lelaki atau pun tak as dia tahu aku ada kerja juga dengan lelaki.
And dia ada cakap kat aku yang dia suruh aku resign daripada kerja semata mata sebab aku punya tempat kerja ada LELAKI!
Gila apa? Nak aku kerja apa? Lepastu dah sampai rumah suruh amik gambar, amik video, yang mengatakan aku ni dekat rumah dan macam macamlah.
Aku keluar lepak dengan kawan, dia bising semua kata kenapa nak keluar pula? Duduk rumah saja. Habis dia tu lepak ngan kawan sampai 2 3 pagi boleh pula.
Aku lepak ngan kawan, sibuk saja call call banyak kali. Dia lepak sikit pun aku tak kacau dia apa semua. Memang masatu aku stress nak mampus ngan dia. Aku memang nak breakup ngan dia tapi mak aku suka sangat ngan dia sebab dia ada kelulusan tinggi dalam degree.
Tapi aku tak fikir semua tu, aku nak orang yang boleh jaga aku, yang faham aku, yang tak control aku. Kau bayangkan aku tanya dia, “kalau kita dah kahwin, i nak kerja boleh tak?”
Dia kata, “no. you duduk rumah saja jaga anak anak, kalau nak keluar memana, tunggu i balik kita keluar, kalau you nak balik rumah parents you, tunggu i cuti.” Gila! Memang taklah weh.
Lepastu aku memang gaduh ngan dia sebab memang dah taknak, and then suami aku masatu memang tahu. Sebab ada staff bagitahu dia, cerita ngan dia.
And suami aku masuk jarum, dia masuk jarum slow slow saja. Macam always ada dengan aku, dengar cerita aku, makan semua, memang dia faham aku, and dia jenis soft spoken nak mampus.
Satu benda aku suka sangat kat dia sampai sekarang, bila aku marah, dia senyap saja, dia takkan cakap pape, tapi bila dah call. Dia sendiri datang kat aku, pujuk semua.
Tu paling aku suka sangat, kalau EX aku masatu weh, Ya Allah, that time aku memang dah burn out tahu, stress gila dengan dia sebab dok suruh aku resign semua,
Lepastu bila aku bising bising, dia cakap ngan aku “YOU TAHU TAK? LEPAS YOU KAHWIN DENGAN I, YOU KENA IKUT CAKAP I, TAK BOLEH TINGGI TINGGI SUARA MACAM NI, YOU NAK MASUK NERAKA?” Pehh terbakar gwe masatu.
Lepastu, aku terus terang ngan dia, aku cakap aku taknak dekat dia, aku ada jumpa seseorang. Then dia tanya, “you pilih dia ke atau you pilih i?” Straigh to the point aku cakap. Aku pilih dia. Then full stop.
Masa mak aku tahu, memekak juga lah mak aku. Kenapa semua? Aku cakap dia suka control, aku sangat pantang bab tu.
Mak aku kata “biasalah, sayang” Erghhhh takdenya sayang kalau macamtu, Ex aku selalu call mesej mak aku semua. Tapi sorry, aku tetap dengan pendirian aku.
Parents aku ni susah sangat nak terima suami aku at the first place. Suami aku ni takde lah handsome mana, biasa saja. Jenis dark and tall man, banding aku, putih, kecik molek saja. Ada kelulusan, dia biasa saja, kerja pun biasa, hidup sederhana, suami aku pure kampung boy.
Suami memang tahu parents aku tak suka, tapi aku cakap “kalau betul sayang, cuba amik hati ya” Dekat setahun jugalah dia amik hati semua, dalam setahun tu aku banyak gaduh gak ngan mak aku.
Hahaha, sebab aku dok juga fight aku nak dia. Tak nak orang lain. Sampai ada satu tahap, ayah masuk campur gak.
Ayah just tanya “Betul kau nak? Kalau kau nak, terpulanglah. Buatlah keputusan kau, kau dah besar, ayah taknak masuk campur”
Makan berbulan gaklah, tu pun suami aku pujuk masatu suruh baik ngan mak semua, jangan buat macamtu. Lama lama, dah ok ngan mak, and parents aku nampak dia memang bebetul jaga aku semua.
Kalau balik naik motor dia teman sampai rumah. Kadang gi kerja dia amik, balik kerja dia hantar. Lepas tengok mak ayah dah terima, dia amik keputusan nak try apply kerja kerajaan.
Alhamdulilah, dapat juga. Lama aku tunggu dia, hahahaha 3 tahun menunggu untuk disatukan. Ups and down kiteorang bersama, dia ada aku, aku ada dia.
Aku selalu support apa dia buat, kadang dia selalu cakap, “b ni bodoh, tak macam orang lain” aku mesti marah lepastu aku cakap, “b tak bodoh, tapi b takut nak mencuba sedangkan b boleh buat semua tu”
Aku selalu kata kat dia, macam mana pun aku selalu ada dengan dia. Kadang dia takde duit, aku hulur.
Aku tak pernah berkira dengan dia, dia pun tak pernah berkira ngan aku. Nampak dia selalu pentingkan aku dulu kalau nak buat sesuatu perkara. Dia mesti berbincang.
Kalau nak beli sesuatu pun dia akan tanya aku dulu, ok tak sayang, boleh tak b nak beli semua. Dia pergi kursus pun dia minta izin dengan aku.
Mungkin korang tengok dia cam takut bini kan? Tapi tak. Bagi aku dia hormat aku sebagai isteri, dia sayangkan aku. Tak faham mentaliti orang sekarang, sikit sikit takut bini apa semua, dah sayang macam tu lah.
Dia nak lepak aku tak kisah, asalkan jangan balik lewat malam sebab kami ada anak kecil, dan dia memang tahu semua tu.
Aku tak pernah halang dia semua, apa dia nak buat. Suami aku dia tetap lelaki yang aku kenal masa memula dulu. Masih tetap sama, still soft spoken guy, selalu buat lawak bodoh tak semenggah dia tu, hahahaha.
Cuma sekarang dia lebih banyak memahami dan mengalah. Cepat minta maaf ngan aku kalau dia ada buat salah, manja lain macam pun ada juga. Hahahaha, alahai sayang.
Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya, sayang saya. Terima kekurangan saya, suka layan lawak bodoh entah pape saya ni. Dengan awak, habis semua perangai tak semenggah saya.
Ada masa macam orang lama bercinta, ada masa macam kawan kawan, ada masa kita sweet nak mampus. Thank you syurga saya.
Dah nak masuk 5 tahun kan perkenalan kita, hahaha banyak pahit manis kita lalui bersama, daripada takde pape. Sampai awak dah stabil. Saya dah bersyukur sangat. Saya harap Allah swt pinjamkan awak buat saya sampai hari tua kita. Saya sayang sangat kat awak.
Ohh, fyi korang, suami aku ni ler mak aku paling sayang sangat. Hahahaahha memana mesti angkut suami aku. Dah macam apa dah, lelagi kalau aku tengah kerja, dia ajak suami aku gi makan sementara tunggu aku balik, diaorang gi shopping semua.
Hahahaha aku suka sekarang ni. Semoga kita bahagia selamanya sayang.
– Isteri yang comel (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit