Assalamualaikum semua,
Mula-mula sekali, maaf kalau luahan ni berterabur. Penat tahan rasa sampai meracau-racau cerita. Maaf jugak kalau luahan ini macam kasar tapi ini lah realiti sekarang.
Dari tajuk rasanya boleh agak kan luahan tentang apa.. Yes.. Pasal cerita drama melayu yang makin menjadi-jadi sampahnya sekarang ni.
Tau lah kebanyakan produksi kena cari cerita yang senang laku tapi diorang kena faham jugak tanggungjawab diorang untuk bukak minda penonton bukan asyik hidangkan sampah je pada masyarakat macam mana masyarakat nak maju?
Drama melayu punye klise sampai tahap tak boleh mintak ampun dah. Macam dah habis cerita yang elok-elok yang boleh bagi motivasi dan pedoman pada anak-anak muda sekarang. Tak sudah-sudah cerita pasal:
1. Kahwin – rebut suami orang – rebut bini orang – lagi hebat laki orang atau bini orang merenyam nak rampas laki atau bini orang lain.
Kisah pasal rebut-rebut, sondol-sondol ni bersepah-sepah dalam drama melayu sekarang. Yang sibuk diorang nak highlight pasal cemburu sana sini,
Lepas tu laki bini gaduh sebab cemburu lepas tu banyak la adengan bukan-bukan pegang tangan, pipi, atas katil konon dah habis sweet sangat lah.
Sudahnya yang belum kawen sibuk nak kawen bukan sebab agama dah sebab nak ikut sweet macam drama.
2. Orang kaya hebat bisnes juta-juta.
Ini benda paling wajib dalam cerita melayu sampah abad ini. Mesti punya la kisah pasal hero atau heroin anak orang kaya, cantik, gagah perkasa bergaya.
Pasal bisnes tu dah macam makanan dah. Langsung takde realiti kehidupan masyarakat sekarang tak heran laaa ramai sangat manusia jumud sekarang ni.
Ramai ambil jalan singkat nak kaya, kawen dengan orang kaya, sondol lelaki dah berkahwin yang kaya. Tak boleh ke cari cerita macam mana nak berjaya dari bawah, berusaha di kaki sendiri
3. Hero atau heroin yang perangai nauzubillah.
Paling meluat nak tengok, watak utama tu perangai paling buruk paling teruk tapi drama melayu ni acah-acah macam “semua orang layak dapat peluang kedua” atau “semua orang boleh berubah”
Kalau perangai buruk tu setakat malas bangun awal pagi ke, solat lewat waktu ke boleh mintak ampun lagi, ni tahap dasyat sampai hero kaki pukul bini la, per*gol la, anak durhaka la eh yang dasyat-dasyat saje.
Patutla ramai sangat perempuan melayu sekarang yang sanggup maafkan lelaki yang kaki pukul,
Sampai ada yang sakit teruk, ada yang cacat kekal, atau lelaki pemalas tak kerja bergantung sepenuhnya kat bini jadi biawak hidup sebab pengaruh drama melayu yang kononnya lelaki macam ni boleh berubah.
Yang heroin pulak selalunya perempuan bodoh yang sanggup berkorban, konon jadi bodoh sampai dah tak boleh nak pikir baik buruk, mengalah dan konon terlampau baik sampai habis kena pijak. Angel habis dah la tu
Ini sebenarnya gambaran masyarakat melayu kita atau pihak produksi ni nak sangat tengok semua melayu jadi teruk macam dalam drama diorang?
Tak dinafikan ada drama melayu yang bagus garapannya sampai benda buruk tu boleh dijadikan pedoman tapi tersangat lah minoriti sebab kebanyakannya lebih highlight dekat benda yang tak elok daripada yang elok.
Rasanya apa yang masyarakat dan anak muda sekarang perlukan adalah sebuah cerita yang bukan setakat menghiburkan, tapi juga ada terapan nilai murni, mannerism dan jati diri masyarakat yang baik.
Banyak yang belia sekarang lacking sebab mak ayah susah nak ajar mungkin pihak yang buat drama atau novel ni boleh tolong ke. Bukan tambah terukkan minda diorang.
– Penat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit