Cerita Muhasabah Diri

Cerita muhasabah diri.

Ada satu pintu. Bila kau masuk ke dalamnya, magik berlaku. Kau balik ke zaman silam. Balik untuk betulkan keadaan yang kau tak suka kesudahannya. Tapi kau hanya boleh ubah apa2 keputusan pasal kau je. Simple options. Ubah keputusan yes jadi no, no jadi yes.

Pendek kata kau jumpa diri kau masa mudalah. Kau ada sebelah diri kau masa tu. Masa kau tengah marah, masa kau buat apa2 yg kau tak suka akibatnya kemudian. Apa-apa yang kau rasa menyesal sekarang.

Kau kena cakap elok-elok tau. Sebab diri kau masa tu muda lagi. Tengah baran lagi. Tak matured, kurang sabar. Tak macam kau sekarang ni. Tapi kau perlu pujuk diri kau masa tu. Kau kena pengaruhi dia supaya waras dan rasional macam kau sekarang ni. Kerana kau dah tengok akibatnya. Kau dah rasa kesan buruknya.

Ok.

Ada pulak satu pintu lagi. Pintu ni akan bawa kau ke masa depan. Cakap je nak pergi ke waktu mana. Nak pergi ke hari esok? Ok, boleh. Nak pergi ke sepuluh tahun akan datang? Pun boleh. Kau bebas travel ke mana-mana waktu akan datang yang kau suka.

Pintu magik ni ibarat pintu tren. Bila kau masuk, bila pintu dah tutup, dia bergerak ke depan. Dia akan berhenti di stesen yang kau nak. Lagi ke depan masa kau nak pergi, lagi lama la kau dalam tren tu.

Tapi, kau hanya boleh pergi ke zaman yang kau masih ada. Tak tahulah aku umur kau sampai berapa. Kau assume jelah kau masih ada umur waktu tu. Katalah kau terpergi ke masa kau tengok orang dah usung jenazah kau ke liang lahad, kau travel back la sikit. Reverse ke saat kau masih hidup, masih waras untuk layan kau bercakap.

So, tujuan kau travel ke masa depan ni untuk mintak nasihat yang kau akan guna bila balik ke zaman asal. Masa nilah harapnya kau boleh fikir. Selama ni mungkin kau tak perasan yang kau ni degil, susah dengar nasihat. Asyik cakap orang tu salah orang ni salah. Semua orang tak betul. Ramai orang jahil tak macam kau yang bijaksana. So, kau dengarlah nasihat daripada diri sendiri haa.

Situasinya sekarang ni kau dalam dilema. Kau tengah timbang tara keputusan yang kau tak nak menyesal masa tua nanti. Sebab kau dah tengok tadi kan, apa yang kau buat masa muda dulu dan kau menyesal dengan akibatnya sekarang. Jadi, kau tak nak buat something sekarang hanya untuk rasa rugi dan terkilan di kemudian hari. Atau, kau NAK buat something supaya kau tak rasa miss nak buat benda tu esok esok hari. Sebelum terlewat.

Ok.

Semua ni, jangan kira logik haa. Gambaran je. Untuk muhasabah diri. So, kau perasan tak yang hidup kita ni adalah permainan masa? Suatu masa dulu kita muda, sekarang kita lebih matang. Dulu kita blur, sekarang cerdik sikit. Dulu susah, sekarang senang. Atau mungkin sebaliknya boleh jadi juga.

Dulu kita pernah kasar dengan seseorang, sekarang dah hilang rasa mesra? Dulu kita tunjuk rasa pandai kita, sekarang kita ke mana? Kita mungkin pernah rasa ibarat dunia ni kita yang punya. Kita bebas dengan pandangan kita; apa yang kita fikir betul belaka. Orang lain yang kena mengadap dengar cakap kita. Siapa yang terer? Kita.

Ok, jom kita renung tentang masa. Sebab masa ni begitu misteri penciptaannya. Ada ramai pakar fizik boleh explain pasal masa. Tapi boleh ke pakar tu kuasai masa? Tak boleh beb. Masa ni Tuhan yang punya.

Masa yang berputar boleh mengubah suasana. Ada orang bahagia dengan masa. Ada orang kecewa dengan masa. Masa adalah modal kita. Bahkan masa adalah satu-satunya ‘harta pinjaman’ yang kita tak boleh nak memilikinya. Berapa banyak masa yang kita nak, berapa banyak yang diberi? Amat misteri. Adat manusia mati tua. Tapi ramai je yang bernyawa sampai setakat muda. Kita bagaimana?

Once masa kita tamat nanti, segalanya sia-sia. Yang buat tak elok, rasa hampa. Yang buat elok, rasa patut jangan berkira. Mati adalah penutup cerita. Cerita rasa hebat, rasa betul kita kat dunia. Dulu gagah perkasa, bila mati terkujur juga. Bijaklah setara mana, mati ni tak boleh nak cheat macam main game komputer.

Ok.

Kalau dah selesai bahagian tu, moh balik ke masa sekarang. Sebenar-benar masa sekarang. Tengok sekeliling. Tengok apa ada kat tubuh badan kau – mungkin kau dikurniakan sihat tubuh badan? Tengok kat ahli keluarga, masih beribu berbapa dan bersaudara mara? Harta benda. Kalau tak banyak pun, sampai ke perlu meminta-minta?

Semua tu nikmat, kawan. Nikmat. Kelebihan yang Tuhan bagi. Selagi kau masih diberi masa. Selagi masih ada nyawa.

Apa yang kita nak muhasabah adalah tentang rasa syukur. Untuk bersyukur kita kena fokus. Fokus dengan nikmat yang ada sekarang. Ucaplah “terima kasih Tuhan”. Belajar ucap terima kasih kat Tuhan.

Berapa ramai yang mengimpikan kehidupan seperti kau. Kau ada itu kau ada ini. Sebab hidup mereka amat kekurangan. Pada mereka apa yg kau komplen2 sebenarnya adalah nikmat kayangan. Sihat tubuh badan. Masih ada pekerjaan. Ada makanan minuman. Ada kawan2.

Bersyukurlah teman. Sama2 mengingatkan. Hidup ni nikmat bila ada kesyukuran dan rasa bertuhan. Keinginan nafsu tak bertepian. Kesempurnaan hanya ada di syurga idaman.

Sekadar ingatan. Untuk diri sendiri dan teman2. Jaga solat dan baca quran. Jgn tinggal berbuat kebajikan.

Sama2 perbanyakkan istighfar, selawat, dan pujian kepada Tuhan.

-Imran Arif

– Imran Arif

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit