Cerita Musang Lagi

Salam semua. Aku nak share lepas baca confession Musang Berbulu Ayam (https://iiumc.com/musang-berbulu-ayam/) sebab cerita macam serupa.

Aku dulu sekolah harian. Sekolah menengah yang agak besar la jugak, kira kedua paling besar dalam daerah kitorang. Kelas aku waktu form 4-5 adalah kelas paling depan, cikgu kelas kami aku namakan sebagai Cikgu A (korang tak yah la search, yang ni aku bagi fake initial).

Cikgu A ni duda tanpa anak, umur dalam lewat 40-an, dan jenis yang banyak side income. Tak silap aku dia ada syarikat trading dengan brand baju sendiri. Disebabkan dia banyak duit, dia selalu spend untuk kelas kitorang dan juga untuk sekolah kitorang. Jadi semua orang pun suka dia.

Aku pun suka dia sebab aku dulu macam ayam tambatan sekolah lah. Dia selalu bawak aku pergi pertandingan, pastu belanja aku makan macam – macam. Menang ke kalah, dia belanja je. Pernah sekali dia bawak aku pergi buffet hotel 5 bintang weh, memang gemuk la aku.

Oh btw, aku perempuan ya dan Cikgu A ni lelaki (mesti la lelaki kan, dah nama pun duda, tapi aku disclose jugak lah nanti kang korang pening pulak).

Tahap parents aku percayakan dia, sampai pernah dia bawak aku pergi pertandingan level kebangsaan tanpa chaperone perempuan weh. Mungkin sekarang dah ada guideline kena bawak chaperone perempuan, tapi zaman aku dulu, memang takda weh.

Dia ada suruh aku ajak classmate perempuan tapi sebab bebudak perempuan kelas aku benci aku (aku tak cantik cuma dulu aku gila kuasa. huhuhu), so aku cakap je la takde.

At last, Cikgu A bawak students lelaki je teman kitorang. Dia book 2 bilik hotel, satu untuk aku, satu lagi untuk dia dengan classmates aku yang lelaki ada 2 orang.

Classmate lelaki aku, salah sorang tu nama B. B ni ayahnya berpoligami dan kalau ikut dari cerita orang – orang taman (mak aku suka bergosip dengan anak sendiri, huhuhu kalau sekarang macam tu memang orang dah label mak aku toxic parent dah) ayah B memang selalu tak da kat rumah sebab duduk rumah isteri muda.

Emak si B ni pulak ada sakit kronik (tak silap aku buah pinggang), jadi B ni memang selalu nampak tak terurus dan sentiasa kelaparan. Dia selalu minta nak minum air lebih aku kat kantin, sampaikan aku pun dah terbiasa minum separuh je teh ais ke milo ais ke sebab aku tau dia tunggu aku tinggalkan.

Masuk form 4, Cikgu A kan jadi cikgu kelas kitorang. Pastu dia macam concern la dengan B ni. Sebab B ni baik budaknya, tak merokok, tak merempit, tak pernah melawan cikgu. Kira bagus dah la untuk students lelaki dari sekolah harian yang level biasa-biasa macam kitorang. Cikgu A belikan baju, makanan untuk si B.

Musim exam, Cikgu A akan ajak B dengan kawan – kawan dia overnight dekat bilik buku teks sebab dia jaga bilik tu. Lepas tu of course la diorang semua makan mewah sepanjang overnight tu.

Tapi si B ni memang Cikgu A layan lebih dari orang lain, dan tak lama lepas tu aku dengar Cikgu A jadikan B anak angkat dan B juga start panggil Cikgu A “papa” which is waktu tu aku tak fikir buruk pun weh.

Aku rasa normal je sebab ye la zaman tu mana la tau pasal g#y ni semua dan even kalau tau pun aku rasa aku tak akan assume macam tu kot sebab nothing fishy pun pasal perangai diorang ni.

Sampai la masuk ke musim SPM, tiba – tiba Cikgu A dengan B bergaduh besar. Aku ingat ada sekali CIkgu A macam pergi ke meja B dan bisik something macam nak pujuk dia, dan tiba – tiba B mengamuk jerit – jerit maki Cikgu A sebelum lari keluar kelas.

Waktu tu semua orang, termasukla aku terkejut gila dan kitorang macam mula tak suka dengan B sebab kurang ajar dengan Cikgu A. Aku tengok budak-budak lelaki pun memang pulaukan B sepenuhnya.

Aku tak ingat sangat my train of thought waktu tu, tapi aku punya impression waktu tu adalah Cikgu A adala tu nak disiplinkan B or something dan B melawan.

Cikgu A pun pernah buat heart to heart talk dengan kitorang lepas insiden tu (B takde dalam kelas) cakap dia kecewa dengan B, niat dia baik la, bla bla bla.

Pastu, kan Cikgu A jadikan B as anak angkat dengan izin keluarga B. Lepas insiden tu, Cikgu A pergi mengadu dekat ayah si B dan ayah si B halau B keluar rumah (tolongla jangan cakap cerita ni fake sebab overdramatic, benda ni memang jadi cuma tak de la bapaknya campak bungkusan baju keluar ke apa).

Aku tak tau pun macam mana bapak B halau dia keluar, cuma aku tau lepas insiden tu B menumpang tidur dekat rumah sepupu dia yang satu sekolah dengan kitorang. Dan tak pernah balik dah rumah dia sampai lepas SPM.

Aku dengar kadang – kadang mak B curi – curi jumpa B untuk bagi duit la kot. Tapi bapak dia memang tak nak tengok muka dia dah.

Lepas tu SPM. B dapat tawaran jadi badan beruniform. Dia masuk latihan, kerja, lepas tu diorang hantar dia sambung degree dan dia sekarang dah jadi pegawai.

Dia cut contact dengan semua orang kecuali aku (aku rasa sebab aku tak pernah pulaukan dia kot), tapi takdelah dia contact aku. Cuma friends on FB dengan boleh nampak status Whatsapp dia je. B ni dah kahwin ye (aku je tak kahwin – kahwin lagi, so please pray for sista).

Dan everything went normal, aku pun tak pernah tengok sangat FB si B sampai la satu hari ex-classmate aku PM aku tanya nak tak tengok Cikgu A yang terkini.

Aku macam blur – blur sikit, oh btw aku dengan Cikgu A lost contact ye, sebab aku try untuk maintain contact dengan dia lepas SPM tapi dia macam tak suka je. Macam kalau aku call tu dia jawab tak jawab, kalau aku mesej dekat 3-4 minggu baru reply. So benda tu jadi macam drifted apart je la.

Pastu ex-classmate aku tu hantar screen recording TikTok Cikgu A ni. Dia guna nama samaran dia yang kitorang tau memang dia sebab dia pernah disclose dulu (disclose favourite nama samaran, bukan disclose akaun TikTok. Zaman aku zaman myspace).

Dan dalam video tu Cikgu A ni menari dan crossdressing pakaian dalam wanita weh. Macam nak tercabut roh aku waktu tengok video tu sebab Cikgu A ni memang badan lelaki ye yang dah dekat 60 tahun pastu pakai lingerie perempuan pastu buat filter muka macam sajat.

Aku tanya exclassmate aku tu mana dia dapat, dia cakap anak saudara lelaki dia yg hantar. Cikgu A buat TikTok tu dan cuma add students lelaki dia je. Pastu kitorang borak – borak je la, macam terkejut, tak sangka apa semua, nak cerita sini macam panjang sangat pulak.

Pastu aku pun dah makin lupa pasal tu sampai la aku terbaca confession pasal si binatang CIkgu R dalam Musang Berbulu Ayam tu. Aku terus teringat pasal B sebab similarity dia dengan L. So, aku pun buka lah FB si B ni dan stalk dan aku tengok ada satu posting pasal bini dia melahirkan anak first diorang. B tulis situ (aku rephrase)

“Anakku, terima kasih sebab hadir dalam hidup ayah. Ayah akan sayang kamu, ayah akan jaga kamu dan ayah akan lindung kamu dari lelaki – lelaki luar sana. Ayah tak akan percaya orang luar lebih dari anak sendiri. Ayah tak akan benarkan mana – mana lelaki sentuh kamu, sampai hujung nyawa ayah”

Which is normal words la kan for a man to say to her daughter. Tapikan anak B ni lelaki. Aku speechless, aku tak tau nak kata apa. Jadi aku hantar link post tu ke whatsapp B. Pastu aku hantar juga link confession Musang Berbulu Ayam tu. B seen message tu lama pastu dia reply

“Aku harap Cikgu A dapat HIV macam Cikgu R. Aku harap dia mati tersiksa”

Perbualan aku dengan B lepas tu aku tak nak disclose. Tapi kami setuju untuk share as awareness kepada semua orang,beberapa tips:

1. Kalau ada cikgu yang overly concern dengan anak korang, walaupun sama jantina, tolong la ada sedikit rasa curiga. Sentiasa pantau perbualan diorang, dan tolong la soal siasat kalau cikgu tu start laburkan banyak duit beli barang – barang or bagi duit dekat anak korang. Ini tak semestinya cikgu je ye, mana – mana orang dewasa lah.

2. Tolong lah sentiasa check anak – anak saudara korang, anak – anak jiran korang, anak – anak murid korang yang dari keluarga bermasalah, terutamanya yang tak ada figure seorang bapa dalam hidup diorang.

Sebab most of the time, pedo ni dia tak akan target budak – budak yang ada bapak yang bertanggungjawab sebab salah langkah mau diorang makan penumbuk.

Tapi diorang akan target budak – budak yang tak ada ayah or yang ada masalah dengan ayah diorang. Diorang akan build trust dulu lepas tu barulah diorang akan make a move sebab nak budak tu rasa serba salah untuk tolak ajakan diorang.

3. Kebanyakan pedo adalah sejenis narsisistik yang cukup pandai manipulasi persepsi orang. Diorang boleh twist situasi untuk nampak macam diorang tak bersalah, dan start play victim.

Macam Cikgu A ni dia cakap dia sayang B macam anak, dan bila B kurang ajar dengan dia, dia rasa sedih sangat – sangat. Dia ulang cerita tu kepada kami dan ayah si B sampai semua orang benci B supaya B takut untuk bagitau hal sebenar sebab B rasa macam tak ada orang yang akan side dengan dia. Dia memang isolate B gila – gila.

4. Yang ni khas untuk cikgu – cikgu yer. Aku minta maaf la kena mention spesifik, penjawatan lain pun maybe ramai je g#y, LGB*, dan pedo. Tapi sebab cikgu – cikgu ni deal dengan budak-budak, lagi vulnerable aka lagi senang buat kerja la mudah cakap.

Tolong la jangan cuba sembunyikan isu sexual harassment / grooming ke atas anak – anak murid anda semata-mata sebab groomer tu banyak berjasa dekat sekolah / kolej.

Tengok isu Cikgu R tu, L mangsa yang kita tak tau real or tak, tapi komen – komen bawah tu (aku dah stalk memang manusia betul bukan fake profile) ada 3 ke 4 orang cakap diorang sendiri or adik / anak lelaki diorang pernah kena kacau dengan individu yang sama di kolej yang sama dari tahun 2019 lagi.

Ada yang cakap adik lelaki dia siap print semua bukti dan report tapi Cikgu R masih tak kene apa2 tindakan. Dan cara kolej tu respond dekat isu Cikgu R ni pun very fishy. Diam je, tak ada sebarang explanation dan block semua orang dari komen dekat page diorang. Amat tak professional dan memang wajar untuk disangsikan.

Tolong la jangan bersekongkol dengan rakan – rakan sejawatan yang bernafsu luar tabiee macam ni. Nanti kang semua generasi muda jadi g&y baru korang tau menyesal.

Tolong la anggap anak – anak murid tu semua macam anak sendiri dan jagalah maruah mereka seperti mana anda sanggup mati untuk menjaga maruah dan iman anak sendiri.

5. Yang ni pula khas untuk ibu bapa sekalian, kalau anak cakap ada orang buat benda tak senonoh kat diorang. Siasat dulu even orang yang dituduh tu imam masjid ke apa. Tolong jangan terus assume, oh anak aku nakal, orang ni baik, so mesti anak aku ni buat2 cerita. Siasat la dulu.

Ok la panjang sangat dah. Dekat 2 jam jugak aku tulis padam dan rephrase semula sebab tak nak orang detect pelaku. Bukan apa, B sendiri yang mintak macam tu. Dia pun dah ada keluarga, tak nak la orang bercakap2 pasal apa yang Cikgu A buat kat dia.

Selamat malam semua. Semoga anak – anak muda kita sentiasa dilindungi, dan doakan supaya aku ditemukan jodoh yang baik2. Huhuhu nak kahwin.

P/s : Jangan la tanya aku cikgu A tu apa sebenarnya. Like kalau dia crossdressing as perempuan, kenapa dia jadi pemangsa. Aku dengan B pun tak faham dia ni spesies apa, dua-dua boleh kot.

– RoyGbiv (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. TQ for sharing… awareness mcm ni yg patut byk skrg ni utk bukak mata semua pihak…. kesian anak2 yg vulnerable kt luar sana jd mangsa Se***L musang berbulu ayam ni…. tachod bethol.. semoga Allah lindungi semua anak2 keturunan kita drpd pemangsa mcm ni..

  2. thank you sbb jd kwn yg baik utk B. youre the nicest person in his life.
    psl cikgu tu, eyyy sgt kurang ajar ye.. hopefully B heal lah.. kesian dia trauma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *