Cerita Orang Bujang

Salam kepada semua warga IIUMC yang dekat dihati :) Terima kasih admin sebab approve confession ni. Sebenarnya ini cerita mengenai aku dan golongan bujang-bujang yang lain. Especially yang dah masuk umur 30an.

Waktu aku umur 20an, memang rasa stress sangat apabila orang dah mula tanya bila nak kawin. Yang paling stress adalah mak aku. Macam2 calon dia perkenalkan tapi satu pun tak melekat di hati. Pernah cuba untuk date, tapi end up aku tertido kat meja makan. Aku ni jenis hati keras, memang susah nak lembutkan hati.

Menginjak lewat 20an, mulalah mak aku nak memaksa. Adik beradik aku semua dah kawin termasuk adik bongsu aku. Mak cakap dia dah malu dengan semua orang, kenapa aku yang tak laku-laku. Aku dah bagitahu baik-baik, hati tak boleh dipaksa.

Aku tak nak paksa diri untuk menerima orang, dan memang tidak percaya tentang “cinta lepas kawin”. Lagi-lagi macam-macam isu sekarang jadi, kakak aku sendiri pun tak bahagia, tapi taktaulah apa yang ada dikepala orang tua aku, rela anak jadi hamba atau janda, dari ada anak yang menjadi anak dara tua.

Mentaliti masyarakat especially melayu memang tak boleh lari dari masalah macam ni. Bila aku continue study amek master, mula lah mulut masing-masing mengumpat, cakap aku ni sengaja nak demand orang kaya lah, orang berpangkat lah sebab tu aku sambung belajar tinggi-tinggi.

Mak pula asyik perli dan perli. Takpe aku sabar. Aku masih berikan duit belanja dan barang dapur. Lagipun hanya aku je yang boleh bagi sebab yang lain bila dah kawin, komitmen makin tinggi. Lagi-lagi ramai kakak aku yang jadi suri rumah, bila berkumpul sekali, nampaklah dorang tak hirau cakap-cakap aku.

Bila aku bagi pendapat pun tak sudi nak dengar. Bila bertekak sikit, mulalah cakap, “alah kau tu pun tak kawin lagi, banyak cakap plak”. Sedangkan isu yang ditekakkan tu takde kena mengena dengan kawin.

Yang dok bangga dah kawin tu pun seksa dalam perkahwinan, aku tak tahu apa yang perlu dibanggakan. Aku pernah nasihatkan kakak aku mintak fasakh. Buat apa tanggung biawak hidup? Tapi aku dimarah kembali kononnya masih sayang suami dan malu jadi janda.

Wahai perempuan, kenapa perlu seksa diri sekiranya tak bahagia? Samalah dengan kita yang bujang ini. Buat apa nak paksa diri kahwin sekiranya hati tidak berkenan dengan calon? Ya, walaupun aku sudah awal 30an, aku bahagia dengan hidup aku. Boleh pergi holiday, belanja duit ikut suka hati aku.

Memang betul ada yang cakap, sekiranya wanita sudah pandai berdikari, wanita itu sudah tidak perlu lelaki didalam hidup mereka. Dulu memang aku rasa sunyi, tapi sekarang tidak lagi. Banyak masa terluang aku gunakan sebaik mungkin. Aku bebas berkawan dengan sesiapa pun.

Dek kerana tidak tahan dengan umpatan, aku pindah keluar, duduk sendiri lagilah tiket menikmati kebebasan aku. Bekerja sebagai senior engineer membuatkan banyak negara yang telah aku lawati. Aku puas dengan hidup aku sekarang.

Mengenai jodoh, aku percaya setiap orang diberikan rezeki masing-masing. Bagi aku, kalaulah muncul seseorang yang boleh menarik hati aku, surely aku akan terima.

Perkahwinan ni satu perjudian hidup, tapi at least aku sudah bersiap sedia sekiranya berlaku apa-apa kelak. Aku cuma tekankan disini, jangan paksa hati kita kerana memenuhi permintaan orang lain. Sekiranya kita derita, tiada siapa yang boleh menyelamatkan kita kecuali kita sendiri.

Pesanan kepada kaum wanita yang masih bujang, percayalah ramai yang cemburu dengan kebebasan anda seperti mana kita cemburu melihat kebahagiaan mereka. Masing-masing ada jalan hidup, jangan kita memaksa diri untuk berada di landasan hidup orang lain.

Yang sudah berkahwin pula tidak perlu mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan orang bujang, anda juga belum tentu akan bahagia sampai bila-bila. Lebih baik mendoakan kebahagiaan masing-masing tak kira jalan macamana sekalipun yang dipilih.

Ada suami/isteri dan anak belum tentu itu tiket kebahagiaan. Belum tentu itu tiket ke Syurga. Yang penting adalah bagaimana pengakhiran hidup kita. Bukan menolak sunnah Rasulullah SAW, tetapi hanya “membebaskan” hati dari “memaksa” untuk kepuasan orang lain.

Mesti akan ada yang triggered dengan confession aku ni dengan mengatakan aku ni memilih sebab tu tak kahwin-kahwin. Nak tanya sikit, salahkah kalau kita nak pilih pasangan?

Ustazah Prof Dr Muhaya pun dah berpesan, wanita yang rugi adalah salah memilih pasangan. Biar lambat kahwin dari tersalah pilih. Yang penting adalah hati, biarlah perkahwinan itu datang dari hati yang ikhlas dan tidak dipaksa oleh sesiapa.

Itu adalah aku, dan aku tidak perlu menjadi diri orang lain.

– Bella (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *