Cerita Perceraian Dari Seorang Peguam

Aku ada satu client ni. Perempuan. Sebelum ni dia pernah ada few files berkaitan dengan civil claim, pembelian rumah sub sale dan pengurusan harta arwah ibunya.

Selepas beberapa tahun lost contact, dia kembali contact aku. Kali ni untuk consult beberapa perkara berkenaan permohonan selepas perceraian.

Disebabkan aku dah kenal dia sebelum ni, jadi dia rasa rapat dan nak bercerita pasal 28 tahun perkahwinan yang hampir memusnahkan dirinya.

Dia berkerja sebagai seorang eksekutif syarikat terkemuka kat area KL. Ada 3 orang anak.

Dipendekkan cerita, oleh kerana cinta yang menebal kepada bekas suaminya, selama 28 tahun perkahwinan, dia hampir tidak pernah menerima nafkah. Bukan sahaja untuk diri dia, malah untuk kesemua anak-anak.

Dia akui kesilapannya adalah terlalu banyak bertolak ansur, terlalu sabar dan takut dengan perangai moody bekas suami.

Suaminya tidak penyayang, pemarah, ganas, tidak menghormatinya sebagai isteri, tidak meluangkan masa bersama anak-anak, pengotor, pemalas, penganggur, gay dan berzina dengan ramai perempuan sepanjang perkahwinan.

Dia pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital disebabkan gangguan mental kerana didera secara mental dan fizikal.

Tekadnya memfailkan permohonan perceraian adalah kerana permintaan anak lelaki sulong yang dah tak sanggup melihat kesengsaraannya selama ni.

Aku banyak dengar dan terima kes-kes rumahtangga. Tapi yang ini paling teruk. Semua bukti-bukti video, bergambar, rakaman cctv, dashcam kereta, medical report, police report, screenshot dari media sosial bekas suami. U name it. Semua aku baca dan tengok.

Kes-kes hardcore macam ni buatkan aku nak educate lelaki dan perempuan untuk lebih berhati-hati dalam perkahwinan.

Percayalah ramai yang lama berkahwin, tak bahagia tapi tak tahu atau tak ada kekuatan untuk keluar dari perkahwinan yang toksik tu.

Aku nak pesan kat lelaki, jangan aniaya isteri dan anak-anak. Kalau kau jenis tak berguna, jangan kahwin. Perkahwinan adalah penyatuan dua hati dan dua orang. Kaedahnya adalah sama-sama dalam semua perkara.

Kalau kau sejenis selfish, jangan kahwin. Kalau kau rasa nak ada privacy untuk setiap satu pasal diri kau, jangan kahwin.

Pesanan kepada yang perempuan pula, pastikan tahu hak kita sebelum berkahwin lagi. Jangan ajar suami untuk bertoleransi kepada semua keadaan.

Tegas dalam banyak perkara supaya suami tahu, dia bukan berkahwin untuk dapat hamba suruhan dalam rumahtangga.

Tegas bukan bermaksud tak hormatkan suami. Wajib hormat suami. Bagi hak yang sepatutnya pada suami. Layan suami selayaknya dia.

Sebelum kahwin, bincang banyak perkara berkenaan keluarga dan rumahtangga. Bukan asyik fikir nak dating kat mana, nak makan apa, nak pakai baju apa, nak minta boyfriend hadiah birthday apa. Bukan.

Buat prenuptial agreement. Ianya sah selagi tak bertentangan dengan hukum syarak. Masukkan hak dan tanggungjawab masing-masing selepas nikah.

Pengurusan harta sepencarian, kewangan, nafkah, kebenaran oleh suami untuk isteri terus berkerja selepas berkahwin, penyelesaian jika berlaku perceraian dan macam-macam lagi boleh dimasukkan.

Ianya memudahkan dua-dua pihak dan mahkamah jika nak bubarkan perkahwinan.

Ramai yang tak tahu kan sebenarnya prenuptial agreement adalah sah untuk pasangan islam yang berkahwin.

Bukan bermaksud apa yang dalam agreement tak boleh diubah ikut keadaan dan kesesuaian masa. Boleh ubah kalau dua-dua bersetuju.

Ok. Itu je setakat ni…

– Nini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Sayang macam mana pun kau dengan suami kau, jangan pernah rasa berdosa untuk simpan duit sendiri. Sebab bila kau mula tanggung semua, satu-satu peranan dia akan kau ambil — tanpa sedar, kau hilang rasa hormat. Bukan sebab kau sombong, tapi sebab kau penat.

    Perempuan bila dah jadi provider, dia bukan makin kuat, dia makin senyap. Sebab semua beban dia pikul, tapi orang sekeliling masih puji suami kau “baik, setia, penyabar.” Padahal kau yang bayar semua.

    Lelaki kalau terlalu selesa, dia lupa tanggungjawab. Bila dia tahu kau mampu, dia berhenti mencuba. Dan bila dia berhenti mencuba, kau mula rasa… “apa aku buat ni?”

    Kau nak tolong? Boleh. Tapi biar berpada. Baju anak, mainan, mungkin sedikit yuran — itu tanda kasih. Tapi kalau kau yang bayar bil, rumah, dapur, sekolah — itu bukan tolong. Itu kau ambil alih peranan.

    Dan dari situ, kau mula berubah. Suara kau makin kurang lembut. Mata kau makin kurang sabar. Hati kau makin tawar, tapi kau diam… sebab kau fikir “tak apalah, demi keluarga.”

    Sebab tu la dari awal, jangan cuma cari yang kau suka bercakap dengan dia. Cari yang kau sanggup senyap sekali dengan dia, dalam rumah yang bilnya dia bayar. Sekufu tu bukan sekadar gaji dan kerja. Sekufu tu bila dia tak biar kau rasa seorang diri walaupun kau nampak kuat.

    Sebab kahwin ni bukan kisah dua tahun. Ia cerita seumur hidup. Dan bila kau dah tahu rasa makan hati tu macam mana, kau tak akan minta orang lain rasa benda yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *