Hi Assalamualaikum wbt saya Melur, berumur awal 30an dan masih menjalani hidup single. Betullah apa yang Melur baca dari komen-komen netizen makin bertambah umur, makin kurang dah rasa excited nak kahwin ni.
Tapi tipulah tak pernah terfikir. Sebelum tu Melur minta maaf kalau penulisan ni membosankan, cuma saja mahu nak bercerita, kalau ada pendapat Melur amat alu-alukan.
Usaha Melur dalam hal mencari jodoh ni tidaklah sebanyak rakan-rakan yang pernah dibaca diruangan IIUM Confession ni,
Tapi, pernahlah bercinta last dalam pertengahan 20an, hubungan kami diakhiri dengan kematian kekasih hati. Sejak kejadian tu Melur terus bertekad, kalau dah bukan jodoh usaha pun tiada guna juga.
Tapi pada akhir 20an atas desakan keliling, Melur akhirnya mengikat tali pertunangan dengan seseoarang yang tidak pernah Melur kenali atas faktor mengenali orang tuanya di tempat kerja.
Pada asal Melur niat hanya serah pada takdir, tapi makin mengenali En Tunang dan buat sebanyaknya istikarah, Melur makin rasa yang Melur taknak hidup dengannya. Bayangkan orang bertunang muka berseri-seri, tapi tak bagi Melur, terasa dunia bagai nak kiamat.
Ujian tu bertambah selepas Melur memutuskan tali pertunangan, sudah tentu ramai yang mengata dan buruklah nama Melur selepas kejadian. Ada sahaja orang yang mencari jodoh di tempat kerja Melur, pasti diburuk-burukkan Melur supaya mencari gadis yang baik.
Akhirnya mereka semua selamat berkahwin dengan orang lain. Melur Cuma bertahan sebab tidak mahu Ibu Ayah Melur bersedih, mereka cukup supportif atas tindakan Melur selepas perbincangan,
Lagi pula cukuplah Ibu Ayah Melur risaukan kakak Melur yang diuji sakit mental di pertengahan umur 20an nya sehingga sekarang.
Pun begitu, atas ujian ni banyak perkara dan hikmah yang Melur dapat. Melur mula belajar asas ruqyah untuk perlindungan diri. Hati Melur lebih tenang dan redha.
Cuma ada beberapa perkara yang terasa gangguan buat Melur, bukanlah sepenuhnya hal diatas, hal tentang seseorang yang tidak tahu mahu digelar sebagai kawan atau apa.
Melur kenalkan dia sebagai Nenas. Nenas ni 10 tahun muda dari Melur, atas faktor badannya yang lebih besar dan tinggi dari Melur, Nenas selalu disalah anggap sebaya Melur.
Nenas seorang perempuan. Dia dikenali disebabkan selalu hadir ditempat kerja Melur yang juga sebagai tempat awam. Melur sangat terkejut Nenas sangat mengenali rakan-rakan sekerja Melur yang semuanya lelaki kecuali makcik cleaner dan pejabat syarikat lain yang berdekatan.
Padahal Melur waktu tu hanya mengenali 2 orang sahaja atas faktor pejabat Melur yang agak jauh dari Mereka.
Nenas ni memang masih kebudakan pada waktu itu, tidak habis bercerita hal lelaki dan crush, Nenas selalu bercerita berkenaan dia selalu terserempak dengan seorang pekerja part time syarikat kami.
Mula-mula Melur layankan saja, tapi makin pelik tiap-tiap minggu si Nenas ni terserempak dengan pekerja part time ni. Melur namakan Sawi. Melur cuba perangkap Nenas dengan beberapa soalan dan akhirnya taulah rupanya Nenas telah menghafal jadual bertugas Sawi.
Barulah Melur tau juga pekerja part time Sawi ni masih single dan muda beberapa tahun dari Melur.
Sewaktu rakan sekerja mahu mengenalkan Sawi dengan Melur di majlis makan awam tak semena Nenas tolak Melur sehingga hampir terjatuh, depan Sawi pula tu, lagi pula bila rakan sekerja mahu ambil gambar kami berdua, dan terbantutlah perkenalan tersebut.
Semakin lama bekerja, ada juga beberapa program yang melibatkan kerjasama Melur dengan Sawi. Pun begitu Nenas selalu termasuk dalam program atas faktor tidak cukup staff perempuan bila menjalankan program.
Nenas tidak pernah berenggang dengan Melur sehingga terasa rimas sangat.
Tapi atas faktor rakan sekerja menganggap Nenas sebagai peneman Melur, Nenas yang bertudung labuh dan sentiasa berlakon pemalu menjadikan rakan sekerja termasuk bos menganggap Nenas sebagai penolong Melur yang baik.
Sedangkan dalam hal program Melur yang bertugkus lumus mencapai target dari A sampai ke Z, tiba-tiba pada akhir program elaun Melur dibayar sama rata dengan Nenas.
Teringat Melur akan kata-kata Nenas suatu hari dulu, “Nenas mahu jadi bayang-bayang kak Melur”, betul-betul si Nenas mengikut Melur kemana-mana, walaupun tanpa buat apa-apa kerja.
Memang Melur lambat tangkap, sudah beberapa tahun berlalu, barulah Melur sedar tujuan Nenas adalah demi Si Sawi.
Bukan satu program, hampir semua program yang melibatkan Nenas akan dibayar samarata dengan Melur, setiap kali Melur cuba petikaikan pasti ada yang akan backup Nenas.
Sejak kejadian-kejadian tu, Melur suka mengarah-ngarah Nenas untuk buat kerja sekiranya ada program yang Nenas join, kerja-kerja tersebut hanyalah kerja yang sama seperti program-program sebelumnya.
Tapi Nenas tidak pernah menyiapkan mengikut waktu dan kehendak program, akhirnya membawa pada Melur untuk menyiapkan kerja-kerja Nenas. Hal pula bila Melur mula mengarah Nenas, rakan sekerja mula menganggap Melur selalu membuli Nenas.
Banyak kejadian yang buatkan Melur naik angin dengan Nenas, tapi setiap kali Melur berdepan dengan Nenas, Nenas akan beria-ria minta maaf kadang tu sampai datang ke rumah family Melur yang memang berdekatan dengan tempat kerja. Melur banyak mengalah pada Nenas atas beberapa faktor.
Mungkin sebab Melur tak ada adik perempuan jadi Melur banyak mengalah dengan Nenas, juga Melur pada mulanya agak janggal dengan rakan sekerja lelaki yang kebanyakannya ahli agama dan juga ada rakan kerja biasa yang agak miang,
Jadi dengan kehadiran Nenas rakan sekerja yang miang tu pandai pulak dia jaga diri.
Perwatakan Melur pula sangat happy go lucky dengan kawan-kawan perempuan, manakala dengan kawan-kawan lelaki agak kurang mesra sikit. Jadi waktu mula-mula tu terasa juga Nenas tu macam penyelamat.
Sewaktu mula-mula kenal Nenas, dia baru lepasan SPM. Waktu tu beberapa kali dia datang dengan menggalas violin di belakang badan dia.
Melur pula yang pernah ada kawan baik yang main musik ni pun rasa excited nak tegur, yelah dengan tudung labuh main violin, wow sangat.
Bila berborak-borak taulah yang Nenas ni bukan sahaja pandai main violin, malah dia ada ambil kelas piano, dia juga ada buat part time mengajar kanak-kanak kelas musik sambil dia belajar ditempat tersebut.
Pun begitu, Nenas sentiasa nampak up to date dengan pakaian muslimah-muslimah terkini, juga dengan telefon Iphone dia. Yang paling best, Melur rasa waktu tu Nenas ni juga ada group-group usrah dalam usia muda tu dia agak aktif join perjumpaan-perjumpaan usrah ni.
Lagi satu lupa nak bagi tau, Melur agak simpati pada Nenas juga disebabkan pernah diberitahu yang dia ditinggal ibu bapa sewaktu kecil dan dijaga oleh atuk dan neneknya,
Sehingga besar dia dilayan macam orang asing berbanding abang dan adik dia walaupun ibu bapanya sudah pun tinggal semula dengan atuk dan neneknya.
Katanya ibu apa dia tak bertanggungjawab akan dia dan tidak pernah diberi duit belanja melainkan perlu minta pada kedua atuk neneknya.
Pun begitu pada pandangan Melur masih agak mewah disebabkan dia mampu hadir pelbagai kelas musik, beli set violin dan piano bukan yang eletronik tapi yang ada tempat pijak tu, juga Nenas ada belajar kursus make up orang dan mempunyai set make up original.
Agak high test juga si Nenas ni, tapi pada pandangan Melur pada waktu tu, ok saja dan normal sebabkan kawan-kawan Melur pun ramai saja macam tu.
Sehinggalah dikejutkan dengan 1 peristiwa. Nenas memang selalu datang rumah Melur tapi Melur tak pernah sekali pun singgah di rumah Nenas.
Nenas akan berusaha macam-macam cara supaya dialah dulu yang akan sampai ke kawasan rumah Melur. Melur Cuma rasa bagus budak ni ontime selalu.
Tapi, suatu hari tu dapat tau atuk Nenas ditimpa sakit, dan atuk Nenas adalah orang yang banyak berkhidmat menyumbang tenaga dalam hal fardu kifayah dan sedikit ada kena mengena dengan tempat kerja Melur.
Barulah rakan sekerja Melur tau dan tidak sangka rupanya atuk Nenas orang yang banyak berkhidmat dan mereka sepakat nak melawat atuk Nenas.
Sewaktu pertama kali jejak kaki ke rumah Nenas, Melur terkejut sangat, tergamam, tiba-tiba rasa nak menangis. Nenas rupanya tinggal di kawasan setinggan, rumah kayu yang berlubang-lubang. Atap zink yang tiada lapisan di ruang tamu dan dapur, sebahagian bilik tak ada bumbung.
Ada satu perigi kering dalam rumah penuh sampah sarap. Bahagian yang ada batu penuh lumut kehijauan, ruang masak pula dibahagian bilik yang tidak berbumbung. Rumah penuh sampah sarap, pun begitu 1 sudut diruang tamu terselit piano di situ.
Malah bilik kelamin mak ayah dia juga berbekalkan pintu zink disebelah bilik tidak berbumbung dengan cebisan kain sebagai kain penutup.
Pokok-pokok kecil nampak meliar di dinding-dinding rumah. Imaginasi Melur tentang Nenas hilang berkecai, sampai nak terduduk rasa waktu tu.
Pelbagai soalan timbul, bukan sahaja Melur malah rakan sekerja ajukan persoalan tu pada Melur, sumpah Melur tak tau apa-apa selama ni.
Tapi, Melur perlu mewaraskan fikiran dan mengutamakan pada perasaan simpati pada waktu tu, terutama pada atuk dan nenek yang nampak tersangat uzur. Stop dulu disini. Cerita lepas ni agak panjang sekiranya ada yang berminat nak sambung.
Sebenarnya sudah lama Melur cuba nak ceritakan hal Nenas ni di IIUM Confession, tapi selalu padam tengah jalan sebab waktu tu Melur masih confused dengan perasaan Melur.
Jujur kata, hati Melur tiada pada Nenas sebagai sahabat pun sebab ikutkan banyak sangat hal yang kantoi Nenas menipu Melur.
Melur cuba nak menjauh tapi Nenas akan sentiasa dengan cerita simpati dia dan datang terus dirumah Melur. Malah rupa Nenas nampak agak mesra, sehinggakan orang keliling Melur sentiasa percayakan dia termasuk rakan sekerja.
Berkenaan Sawi pula, minat Nenas terhadap Sawi bukan biasa-biasa. Melur dapat tau dari Nenas yang Sawi bukan sahaja bertugas part time di tempat kerja Melur. Malah, dia ada bertugas part time di kawasan berdekatan area perumahan sini juga.
Nenas juga akan pergi ke kawasan part time Sawi bila mana dia bertugas dan sangat mengejutkan dia juga berkesempatan berkenalan dengan ibu Sawi disebabkan tempat tersebut berdekatan dengan kawasan perumahan Sawi.
Pada pandangan Melur, ibu Sawi seperti menyambut mesra akan kedatangan Nenas. Mereka bermeseg berwassap, malah bercall-call. Cumanya sambutan Sawi tidaklah sama seperti sambutan ibunya Si Sawi. Pun begitu tidak pernah Melur nampak Sawi layan buruk si Nenas.
Disebabkan Nenas minat sangat dengan si Sawi ni, Melur sedikit sebanyak ada menyokong si Nenas ni. Kira cinta si Nenas ni cinta sebelah pihak, pun begitu Nenas sangat berusaha mengejar cintanya. Orang tengah angau ni mana boleh dihalang.
Cuma ada beberapa perkara yang buat Melur tidak berkenan contohnya dia ada meseg beberapa orang perempuan yang bekerja dengan Sawi dan bertanya apa hubungan dorang? Padahal budak tu datang sekejap bagi talk saja untuk program.
Time tu rakan sekerja lelaki lain puji-puji budak tu termasuk Sawi. Itupun kitorang dengar sewaktu kebetulan lalu saja disitu. Terus dia tanya budak tu.
Melur ni malu sangat rasa tebal muka sebab perbuatan Nenas ni mewakili tempat kerja Melur kut. Nasib budak perempuan dan ibunya kenal Melur. Sampai sekarang Melur tak cuba bertanya sebab nak jaga air muka si Nenas ni.
Beberapa kali, Nenas akan cuba masakan sesuatu untuk diberi pada Sawi. Kadang-kadang ibu Sawi menyambut mesra. Cuma, bila waktu program bersama Melur, Nenas dan Sawi kadang-kadang tu Sawi akan beli makanan serah pada Melur, depan Nenas.
Dalam hati Melur, tak guna ko Sawi sebab time tu Nenas muka dia tiba-tiba berubah. Melur pun cepat-cepat cakap, eh Sawi ni nak bagi Nenas kut ni, dia malu kut nak bagi direct. Terus Nenas senyum-senyum malu.
Pernah sekali tu Sawi bagi coklat dekat Melur, tapi disebabkan program dengan budak-budak, dorang minta makan pulak tengah-tengah malam, Melur pun share coklat tu dengan budak-budak tu. Melur ternampak yang air muka Sawi berubah.
Melur terfikir, Melur buat salah ke atau patut Melur serah pada Nenas. Korang jangan rasalah si Sawi ni ada perasaan ke Melur, dia memang dari dulu bahasakan Melur sebagai kakak Melur. Melur ni ada adik-adik lelaki ramai, yang muka boleh tahan jambu.
Banyak kali rakan sekerja Melur puji adik Melur hensem, termasuk yang laki orang pun. Pernah Sawi pun ajak adik Melur join program dia.
Last-last Melur yang join sebab Melur yang minat program tu. Kadang ada terlintas dihati dorang ni gay ke. Hehe. Maaf dah panjang sangat pulak sampai sini dulu. Terima kasih bagi yang sudi baca.
– Melur Jelita (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit