Assalamualaikum.
Okay, straight to the point/story.
Insiden ni berlaku pada minggu lepas. Waktu tu pagi, aku dalam perjalanan ke U aku di Subang. So, instead of using DUKE-Plus highway yang tak berapa sangat jam, aku gatai kaki dan kononnya nak jimatkan kredit TouchNGo pi la pakai MRR2-SungaiBuloh yang jamnya beralam barzakh.
So, sepanjang MRR2 tu, boleh dikatakan packed betullah. Tiga2 lane penuh dengan kereta. Semua bawa slow2. Aku seorang yang bawa kereta, takda laju mana pun. Kalau laju pun, aku takda la nak cucuk bumper orang depan. Bazir minyak, nyawa dan masa. Oleh sebab semuanya pakat bawa slow, aku pun duduk lane kanan. Itupun bawa 60/70 km/h. Pelik bukan?
Dalam perjalanan aku melepasi Batu Caves menghala ke Selayang dan still maintain speed di atas, ada satu Myvi warna unggu ni dari mana entah dia wujud tiba2 dok cucuk kat belakang kereta aku. Aku buat derk je sebab melepasi flyover Kepong tu (orang KL tahu la), aku tahu yang situ jam. Aku buat tak endah je. Meskipun lane tengah dan kiri dah kurang kereta, aku masih tetap duduk di lane kanan dan Myvi unggu kat belakang aku ni masih dok cucuk. Aku tengok cermin tengah (rear view mirror) aku, cermin tinted. Hamba mana yang nak tercerit sangat ni?, terfikir aku.
Dia hon2 dan liplapkan lampu dia, nak suruh aku pergi ke lane tepi. Still, aku buat taktau dan pasang radio kuat2. Bagi aku, kalau dah pandai sangat bawa kereta tu atau dah inspired sangat dengan movie Too Fast Too Furious, silakan tunjuk skill anda iaitu dengan potong dari belah kiri. Manusia2 macam ni paling aku menyampah. Yes, aku sedar yang aku pun tak suka yang orang bawa slow kat lane kanan, but aku takkan cucuk kereta dia. Manalah tau dia nanti gelabah ker kalau kita buat macam tu, dan tiba2 terus masuk lane tengah. Kereta kat lane tengah pulak panic nanti. Instead, aku potong dari kiri atau ikut saja speed dia dan selesai masalah hidup aku.
Anyways, back to the story. Sudahpun lepas Selayang, dan sekarang menuju ke Kepong yang menghala ke Bandar Manjalara, tiga2 lane dah clear. Kereta kat jalan macam ada takda je. But aku still nak bagi hamba/makhluk yang masih dok cucuk aku ni potong aku dari kiri supaya aku boleh tengok muka si yang nak tercerit sangat ni. Dalam masa ni, aku akur yang dua2 2×5, 5×2. SI EGO vs SI EGO.
Selang beberapa minit, si tercerit tu fed up dan potong ikut kiri. Aku pakai spek mata hitam dan tebalkan muka, usha kat tingkap dia. Tengok2, minah. Minah! MINAH! Perempuan! Tudung labuh pula tu! Dia angkat tangan la macam kata “Bodoh punya orang!”, dan apa yang dimaki lagi aku pun taktau. Aku gelak. Aku kata yang cik kak oi, depan tu jam. Jap lagi kita jumpa lagi k. Aku bagi flying kiss kat dia. Dia pecut. Dari jauh aku nampak dia masuk kanan, lepas tu tengah, then kanan balik lepas tu kiri terus. Confirm, CONFIRM dia nak cirit.
Tup tup tap, seperti yang disangkakan depan tu jam. Aku nampak kereta dia berhenti kat lane kiri. Aku masuk lane tengah yang kurang kereta. Waktu sempoi, rezeki murah aku dapat bersebelahan dengan dia. Kopak kopak keboom keboom. Aku pandang dia, aku lambai kat dia. Dia pandang kiri padahal kiri tu batu divider. Apa yang ada kat divider yang nak dilihatnya pun aku taktau. Bukan boleh nampak apa pun. Aku buat flying kiss kat dia, korean heart sign la, saja nak menyakat. Dia toleng lagi kepala dia ke kiri. Ha elok la tu, jadilah burung hantu waktu pagi2 ni.
Dia perasan aku dok perli dia, bila dia dapat jalan, dia mencilok ke kiri kanan. Sakan bak hang. Gila ganas dan tak sabar Kiki ni. Aku pun biarkan je. Orang kalut cari tandas sebab terminum milo pagi tadi, biar la.
Kitaorang pun berpisah selepas tu. Aku ke SgBuloh (yang tak jam), dia ke Damansara (yang jam). Heh heh. Alangkah syioknya kalau dapat jumpa dengan dia lagi. Hoho. Entah2, bini orang. Ataupun mak orang. Haghu.
The end.
– Mat Selamat
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit