Cerita Seorang Kakak

Hello semua dan Assalamualaikum.
Aku Amirul. Aku nak ceritakan tentang kakak aku. Nak di jadikan cerita kakak aku ada kawan lepas diorang SPM. Diorang kenal tahun 2010 tak silap aku. Kakak aku ni jenis tak berkawan sangat dengan lelaki. Itu jumpa pun sebab tuisyen sama-sama. Dan family aku sangat tak setuju kalau bercinta masa belajar. Nak di jadikan cerita, kakak aku minta izin dengan ibu abah kami untuk berkawan dengan lelaki ni. Aku namakan dia Haikal. Kakak berkawan dengan Haikal lama. Sangat lama.
.
.
Masa kakak dapat sambung belajar, Haikal ni acah-acah sedih. Sebab dia tak dapat sambung belajar. Dia ambil stpm. Kakak aku salah seorang yang jadi system support dia masa ni. Sebab mama abah Haikal ni tak support sangat sambung stpm. Dan lepas pada tu, bila kakak aku masuk Asasi Uiam, dalam satu semester lepas tu, baru si Haikal ni dapat tawaran masuk politeknik. Hidup dia dekat politeknik terumbang-ambing, tapi kakak aku yang selalu support dia. Aku dengan kakak aku memang kamcing daripada kecil. Maklumlah, adik-beradik bertiga je. Abang aku kuat mengusik.
.
.
Kakak pernah cerita, Haikal minta buatkan assignment, slide presentation dan lain-lain. Dia tak cukup duit, kakak tolong. Tapi bila kakak dah tolong, dia tipu kakak. Nak tahu dia tipu apa? Kakak aku bukan jenis cemburu tak bertempat. Dia jenis yang berdikari. Memang dari sekolah dia suka buat bisnes cari duit sendiri. Nak di jadikan cerita kakak aku friend dekat fb kawan Haikal. Dan kawan dia upload gambar diorang berdua selfie. Dan perempuan tu pakai jam yang kakak aku hadiahkan dekat Haikal. Bila kakak aku tanya, Haikal kata kawan dia nak pinjam. Okay, fine. Dan bila kakak aku tanya kenapa pakai gelang perempuan tu? Haikal kata, perempuan tu bagi hadiah.
.
.
Kakak aku ni pergi maafkan dia. Tahun berlalu tahun. Ibu abah aku izinkan diorang bertunang. Masa kakak aku di tahun akhir, asasi. Orang kata bertunang lama ni dugaan banyak. Ya, bagi kakak aku dia lalui banyak dugaan yang aku rasa dia bukan orang yang patut terima dugaan tu. Sepatutnya si Haikal tu. Sebab, kakak aku tak pernah menduakan dia sepanjang proses pertunangan. Tapi dia berkali-kali. Aku tengah kelas, kakak call nangis-nangis cakap Haikal buat perangai. Siapa sanggup dengar kakak sendiri nangis macam tu kan?
.
.
Kakak aku ibaratkan let bygone be bygone. Selagi dia dapat pertahankan dia pertahankan. Aku nak contact Haikal tapi kakak tak bagi. Masa ni kakak sambung ijazah, tapi Haikal dah mula buka bisnes sendiri. Kakak aku join program universiti, dia ni boleh di katakan pandai yang di anugerahkan. Dan semestinya dia berusaha keras untuk dapatkan apa yang dia nak. Ibu abah kami? Tak tahu menahu pasal kes ni. Ibu jatuh sakit tak lama lepas tu. Dan abah nak buat majlis sekali kakak dan abang aku. Jadi kakak tanya Haikal. Si Haikal kata dia tak bersedia sebab dia tunggu orang lain.
.
.
Kakak aku masa ni? Hilang punca dan arah. Dia menangis sepuasnya. Padahal keesokkanya dia ada presentation medic dia. Dia call aku minta aku pick-up dia. Aku jumpa kakak, bincang pasal hal ni. Yelah, cinta pertama tak semudah kau sangka. Kakak bawa diri pada cuti semester balik ke rumah nenek aku di Kedah. Dia perlu tenangkan diri. Bila dia balik ke uiam, dia cuba contact Haikal. Dan Haikal kata dia ada orang lain. Kakak cuba contact perempuan tu. Tapi perempuan tu menidakkan. Perempuan tu pakai purdah. Kakak nekad nak putuskan pertunangan dia. Masa dia balik, ibu di masukkan ke hospital. Kakak ceritakan semuanya pada abah. Kakak terlalu baik sempaikan tak cerita satu pun keburukan Haikal dekat keluarga. Cuma kakak cakap, biarkan Haikal dengan pilihan dia.
.
.
Abah akur. Abah dan abang ke rumah Haikal untuk pulangkan cincin. Aku dan kakak ke hospital untuk jaga ibu. Aku nampak kakak kuat tapi aku tahu dia tak sekuat itu. Bila kakak pulang ke uiam, perempuan tu contact kakak dan bagitahu yang betul dia ada hubungan dengan Haikal. Hati kakak aku masa tu remuk dan retak. Jiwa dia hilang. Dia call Haikal minta penjelasan buat terakhir kalinya. Kakak aku dia akan marah bila dia betul-betul marah. Jangan di duga. Kakak aku pernah sumpah 7 keturunan Haikal akan dapat rasa apa yang dia rasa.
.
.
Kakak aku move on. Teruskan perjuangan dalam pelajaran. Sebelum puasa yang lepas, abang aku selamat di ijab kabulkan. Majlis tu sepatutnya majlis mereka berdua. Tapi kakak tenang, senyum dan dialah yang paling gembira masa tu. Tapi aku tahu, dalam hati dia Allah je tahu. Bila saudara tanya perihal kakak, ibu akan jawab kakak nak belajar dulu. Habiskan belajar dlu. Ibu abah tak pernah letakkan salah pada kakak. Bila kami adik beradik berbual, kakak tengah simpan semua barang yang ada persamaan dengan Haikal. Dia masukkan dalam kotak, dan pos kan ke rumah Haikal. Itu buat kali terakhir.
.
.
Dan, baru-baru ni aku di khabarkan oleh kakak, yang perempuan tu contact kakak dan minta maaf. Sekarang dia dah rasa apa yang kakak rasa. Haikal tinggalkan dia untuk perempuan lain. Lagi mengejutkan, perempuan baru tu seiras kakak. Sangat iras. Haikal pernah cuba untuk hubungi kakak, tapi kakak dah tukar nombor semua. Kakak aku tahu daripada kawan baik mereka. Dan sekarang, di usia 23 kakak masih sendiri. Tanpa ikatan dengan mana-mana lelaki. Aku pernah nak kenenkan kakak dengan senior aku semua tak jalan. Kakak aku kata, dia lebih selesa macam ni. Seorang diri, tak perlu jaga hati sesiapa. Utamakan keluarga itu yang dia harapkan. Aku tak harap banyak. Cuma aku harap kakak jumpa pasangan yang mampu hargai dia macam mana dia hargai keluarga kami sendiri.
.
.
Kami sayang kakak.

– Amirul

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit