Cerita Seram Rambutan

-Untuk siri lengkap, “Roommate Dalam Selimut”,

(https://iiumc.com/?s=Roommate+Dalam+Selimut).

-Untuk siri yang lain,

(https://iiumc.com/mak-rambutan/).

(https://iiumc.com/ayah-rambutan/).

Assalamualaikum, nama aku Rambutan. Maaf sebab dah jadikan iiumc ni tempat aku bercerita. Aku merupakan manusia yang suka bercerita tapi takda siapa nak dengar. Itulah masalah aku.

Macam biasa aku akan cerita tentang hidup aku sendiri. Kali ini aku nak cerita kisah seram yang berlaku dalam hidup aku.

Peristiwa 1

Kisah ni berlaku waktu aku kecil lagi. Darjah 5. Aku dengan keluarga balik kampung rumah nenek. Pakcik makcik dan sepupu pun ramai berkumpul rumah nenek hujung minggu tu. Aku dengan sepupu sepapat main dan berseronoklah tak ingat dunia.

Nak dijadikan cerita, bilik air ada satu sahaja, orang yang nak mandi pulak ramai. Sementara tunggu giliran aku tertidur, dalam pukul 11 malam, aku terbangun, masa tu hampir semua orang dah tidur. Zaman takda smartphone lagi masa tu.

Bilik air terletak dihujung belakang rumah. Aku terpaksa jugak mandi sebab badan aku dah bau hamis. Dalam perjalanan ke bilik air, aku terserempak dengan nenek. Muka nenek masam dan mata merah, berbeza dengan wajah nenek yang selalu, selalu nenek ceria je.

“Nenekk, nenek teman Butan dekat bilik air boleh tak? Butan takut la.”

Tanpa kata apa-apa, nenek ikut aku ke bilik air. Nenek duduk luar, aku mandi tak tutup pintu. Tengah syok mandi, tiba-tiba aku tengok nenek dah tak ada dekat situ.

Aku naik atas, aku tengok semua orang tengah tidur termasuk nenek aku. YE NENEK AKU TENGAH TIDUR YE TUAN PUAN! Jadi siapa yang teman aku tadi? Siapa??

Pagi tu, aku senyap je kerana ketakutan. Makan pun tak selera. Lepas tu, aku cerita semua kat nenek, nenek cakap yang aku jumpa tu sebenarnya hantu yang dah lama jaga rumah tu. Nenek aku nasihatkan, kalau malam aku kena tidur awal kalau tak nak kena kacau. Nenek suruh aku lupakan kejadian tu.

Setahun kemudian, aku tengah kopek ikan bilis dengan nenek. Aku berdua je dengan nenek, aku merayu suruh nenek cerita sejarah rumah berhantu ni dan kejadian yang menimpa aku.

Nenek cakap nenek akan cerita kalau aku berjaya kopek 2kg ikan bilis.

Aku laksanakan permintaan nenek, aku tuntut janji beliau. Akhirnya nenek bersuara,

“Butan, kisah yang tahun lepas tu, sebenarnya nenek yang teman kau, nenek mengantuk lepas tu nenek tinggalkan kau sebab nenek nak tidur, nenek malas nak cerita nanti kau merajuk.”

Lepas aku dengar tu, aku rasa nak je cantumkan balik ikan-ikan bilis tu.

Peristiwa 2

Kisah yang ni, aku tak tahu kesalahan mata aku atau apa. Ada seorang makcik ni nama dia Mak Mah. Rumah beliau dekat lorong menghala rumah aku, jadi aku memang lalu rumah beliau setiap hari.

Waktu tingkatan 4, aku ada pergi camping dekat sekolah selama 3 hari 2 malam. Hari terakhir tu, dalam pukul 5 petang semua dibenarkan balik. Aku naik basikal dengan kawan-kawan pergi singgah makan la jalan-jalan la dengan beg besar dah macam kura-kura.

Senja tu aku balik tu aku bawa basikal perlahan-lahan sebab dah penat ditambah dengan barang yang banyak. Aku lalu dengan rumah Mak Mah, aku nampak beliau perhatikan rumah beliau sendiri, muka beliau pucat lesi, aku malas nak tegur.

Malam tu, masa tengah nak makan malam, mak cakap,

“Butan, Mak Mah meninggal 2 hari lepas masa kau camping dekat sekolah.”

Sejak kejadian tu, bila aku nak lalu depan rumah arwah Mak Mah, aku pecut basikal aku, aku rasa kalau aku kekalkan momentum, aku layak ke Olimpik.

Peristiwa 3

Masa aku belajar dekat IPTA, dengan 3 orang rakan sebilik, Maria, Ana dan Lisa.

Aku nak cerita pasal bilik air. Bilik air dekat blok aku tinggal tu ada,

5 bilik mandi

5 tandas

5 sinki dengan cermin yang besar

2 sinki basuh baju

Aku ada satu bilik air dan satu tandas kegemaran iaitu pilihan pertama aku kalau masuk ke situ. Ianya terletak dihujung sekali.

Dalam pukul 1 pagi, aku beranikan diri pergi tandas sorang-sorang. Aku pergi tandas paling hujung, aku nampak bilik air dengan tandas semua kosong, tak ada seorang pun manusia dalam tu. Keluar dari tandas, aku yakin dan pasti tandas dan bilik mandi masih kosong sebab semua pintu terbuka luas.

Lepas basuh tangan aku nak keluar, baru selangkah aku keluar, aku dengar bunyi orang buka shower dalam bilik air. Aku dengar jelas bunyi shower dalam tu.

Kalau ikut cerita hantu dalam TV, dorang akan check bunyi tu kan. Tapi aku tak, aku lari macam orang gila.

Peristiwa 4

Masih kisah dekat bilik air. Aku dengan Ana pergi ke tandas dalam pukul 2-3 pagi. Bilik air tu kosong. Masa tengah cuci tangan, Ana,

“Butan cepat sikit.”

Muka Ana nampak serius, aku ikut je. Dekat bilik aku tanya Ana, Ana cakap,

“Dekat cermin tadi aku nampak ada ‘orang’ lain belakang kita”.

Sejak tu aku fobia sikit dengan cermin bilik air. Bila aku cuci muka waktu malam, aku akan tunduk muka aku dekat sinki, cuci-cuci, aku terus keluar bilik air secara menunduk, sebab aku ada imaginasi dimana bila aku berdiri tegak selepas cuci muka depan cermin tu, akan ada hantu belakang aku tengah senyum.

Peristiwa 5

Waktu nak cuti mid sem selama seminggu, aku tak sengaja tinggalkan katil aku begitu sahaja, maksud aku, aku tak lipat tilam tu. Katil tu terbiar cantik berbantal berselimut.

Lepas habis cuti, aku balik dari kampung. Aku sampai petang dalam pukul 6 petang. Dengan tidak sengaja aku tertidur sebab terlampau penat. Masa tidur tu aku bermimpi, mimpi tu gelap tak nampak apa-apa, tapi ada suara,

“BANGUN NI TEMPAT AKU!! BANGUN NI TEMPAT AKU!!

Lepas tu aku rasa macam kena tolak sampai terjatuh katil. Pedihhh pancreas aku.

Sakit betul hati aku, tapi aku senyap je sebab mak aku cakap, kalau kita maki, marah jin dan syaitan, dorang lagi suka. Lepas tu aku mengaji, alhamdulillah takda gangguan macam tu lagi.

Tapi aku diganggu pula oleh rakan sebilik aku nama dia Ana dan Lisa. Sebab katil mereka bahagian atas, jadi katil aku dan Maria yang dekat bawah selalu jadi tumpangan mereka. Bila mereka kerap sangat tumpang, aku pun naik hantu. Jadi aku pun halau mereka guna kaedah dibawah,

“BANGUN NI TEMPAT AKU!! BANGUN NI TEMPAT AKU!!

Kalau dorang tak bangun, aku tolak dorang jatuh katil. Dejavu tak?

Peristiwa 6

Dekat tempat aku belajar memang banyak berlaku histeria. Selalu ada. Suatu hari, aku dengan Lisa beli air gedegang di malam hari, tiba-tiba kitorang nampak ada sorang student ni meracau, lepas tu dia lari ke arah kitorang.

Aku dengan Lisa lari pecut lah, sampai dekat bilik, bilik kosong masa tu. Lisa naik atas katil dia, aku pun naik atas katil dia sebab katil dia tinggi kononnya hantu tak dapat tangkap kitorang la.

Lisa keluarkan 6 roti pelbagai jenis, dia memang ada simpan dekat katil dia. Dia bagi aku satu, aku perhati je dia makan sampai 5 ketul roti tu. Lepas tu perbualan ini pun terjadi,

Aku: Banyaknya kau makan.

Lisa: Aku makan 2 je, lagi 3 saka aku yang makan.

Aku: Kenapa tak suruh saka kau lawan hantu histeria tadi?

Lisa: Saka aku tak larat, dia obese.

Aku berharap sangat Lisa bergurau, sebab kalau dia serious, maksudnya aku lari dari budak histeria lepas tu lepak makan roti dengan saka.

Peristiwa 7

Aku paling tak suka patung. Segala patung aku tak suka sebab aku risau patung tu saudara-mara dengan Chucky ke Annabelle ke.

Maria pernah ada teddy bear. Katil Maria katil bawah sama dengan aku. Dia selalu tidur dengan teddy bear dia. Nama teddy bear dia Bubu.

Bubu ada mata yang bulat dan senyuman yang lebar. Bila Maria tidur, Maria akan peluk Bubu dan tidur menghadap aku, maka secara automatic Bubu pun menghadap aku. Mata dia bulat bersinar, dengan senyuman dia tu, aku seram sangat.

Pernah suatu hari, aku tengah tidur, aku ada bantal busuk yang wajib aku peluk. Tengah sedap tidur, aku terbangun sebab Maria kejut aku,

“Butan, Butan, kenapa kau peluk Bubu aku?”

Aku baru perasan aku tengah peluk Bubu masa tu, terus aku bagi ke Maria. Aku tergamam, aku ketakutan.

Suatu malam, Maria takda dekat bilik. Dekat katil Maria ada Bubu tengah baring.

Tiba-tiba, aku nampak Bubu bergerak dalam samar-samar cahaya. Aku bagitahu Ana dan Lisa, dorang cakap aku berhalusinasi. Aku geram, aku ambil Bubu, aku simpan dalam locker.

Pagi tu Maria cari Bubu, aku ambil Bubu dalam locker, Bubu senyum je kat aku, aku seriau betul la.

Suatu malam, aku, Ana, Lisa dan Maria tengah study group dekat bawah blok, lepas tu Lisa suruh aku ambilkan buku dekat bilik. Masa tengah cari buku tu, aku nampak Bubu tengah duduk dekat meja study,

“Butannn cari apa?”

Aku dengar Bubu cakap, aku terus lari turun bawah sambil tercungap-cungap cerita dekat dorang. Dorang cakap aku merepek, silap dengar la apa la. Aku stress sangat.

Suatu hari, Bubu meninggal sebab kena rogol dengan kucing Maria. Sejak tu, aku tak pernah nampak Bubu lagi.

(Sebulan kemudian, Maria, Ana, Lisa bagitahu yang sebenarnya dorang prank aku dengan Bubu sebab tahu aku takut dengan Bubu. Dan Bubu pun sebenarnya ada lagi dekat rumah Maria.)

..

Banyak lagi nak tulis ni. Tapi jari sakit, kuku cengkam.

Butan kantoi la dengan mak tulis confession pasal beliau.

“Kau siap kau Butan, mak balas nanti.”

Kata beliau buat Butan seram.

Admin, letak confession ni waktu malam ye, terima kasih.

– Rambutan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *