Cerita Sisi Introvert

Hi semua. Aku Dhia dan most likely an introvert. Aku rasa IIUMC ni platform terbaik untuk orang macam aku. Ala2 berlindung disebalik penulisan dan i felt more comfortable. So ini adalah cerita sisi seorang introvert.

Masa sekolah dulu x penah pon dengar term introvert ni smpi la aku masuk U. Introvert ni mmg dh jadi darah daging aku sejak kecik sampai la dewasa ni. Masa kecik, kes introvert aku ni sampai penah pengsan, sesak nafas dan depression. Ingat lagi masa aku sekolah rendah, cikgu masukkan aku pertandingan bercerita. Niat dia baik, nak tgk aku jd lebih confident katanya. Cikgu yang approach aku untuk join story telling ni. Die cakap aku terlalu timid dan pasif. Aku just dengar je conclusion dan diagnose tentang diri aku dari mulut cikgu that i’m lack of confident. I was pushed to go ahead walaupon aku dah cakap aku x bole buat. Sampai 2 minggu aku x dapat tido. Setiap kali subjek cikgu tu, aku akan berpeluh2 dan jantung aku rs mcm nk lompat keluar. Padahal she’s not even panggil or suh aku buat ape2 dalam kelas. Sampai la hari pertandingan tu, aku dah macam zombie. Tak cukup tido, badan shaking. Bagitau mama aku tak sehat but end up cikgu dah call inform mama yang aku ade pertandingan bercerita dan i will give lots of excuses sebab tak nak join. Unfortunately, mama hantar jugak aku ke sekolah hari tu. Nama aku dipanggil dan aku ditolak naik ke pentas. Berpeluh2 satu badan, aku shaking x benti. Membatu, bisu dan sesak nafas. Aku cuma nampak cikgu dekat tepi pentas cuba bagi semangat. “Assss….asssalamualaikum…sssaaayyyaaa..” tu je yang dapat aku bagi. Terus turun pentas berlari ke arah tandas. Jantung aku mcm nk meletop. I was vomiting like crazy, pandangan aku jadi gelap dan tetiba aku jatuh terduduk; pengsan sebelah sinki dalam bilik air. Bangun2 je dah ada dalam sickbay kat bilik guru. From that moment, aku sangat terrified dengan public speaking, presentation dan sewaktu dengannya.

Bila kau jadi seorang introvert, soal hati akan jadi satu perkara yang sangat rumit dan kerap kali akan patah hati dan gigit bantal sorang2. Aku hadap ni sejak sekolah menengah; ye lah time aqil baligh kan bilamana kau tengah belajar mengawal hati & rasa. Bila ko ada crush, ko hanya tengok dari jauh tapi dengan teliti. Apa dia suka makan, kasut saiz apa, suka kaler apa, tinggal kat mana, bumbung rumah kaler ape; sampai kadang2 rasa dah jatuh title stalker dah aku ni. But of course, x semua manusia lahir ada sixth sense yang dapat detect kalau ada orang jatuh hati kat kau atau pon tak. Most of the time aku akan senang jatuh hati pada yang berlawanan sikap; out spoken, banyak kawan, kesayangan cikgu atau yang bersamaan. Dan semestinya lah perasaan ni hanyut dilautan sepi je sebab aku hanya memerhati dari jauh. Bagi aku confession adalah sesuatu yang dasyat dan akan membahayakan diri aku. Lagi parah bila kau jadi saksi crush kau ‘jadian’ ngan best friend. Pe lagi, nangis dibucu katil sahajalah. Kawan tanya why i was crying and ignoring her for days. Aku just cakap aku down for no reason and say sorry to her. Sampai sekarang sapa pon x tau because i was just can’t say apa yang aku rasa. Sume bottled up inside sampai kekdg rasa nak pecah. Ada jugak beberapa kali insan yang datang nak approach hati ini tapi setiap kali jugak aku x bagi respon sepatutnya. Samaada aku panik, lari; x pon ignore sebab aku x tau nak reply mcm mana. Masa tu aku fikir agaknya orang macam aku ni leh pakai hashtag #foreveralone. Human interaction adalah perkara yang sampai skang aku masih cuba sedaya upaya untuk ke tahap sepatutnya.

Hal ni makin parah bila masuk universiti. Aku cuba upgrade diri dengan baca artikel2 motivation, self-help, dan paling dasyat bagi aku adalah bercakap depan cermin. Aku amik jurusan senibina sebab pertama: aku memang minat dan kedua; it’s about self confident. Mana tak nya, bole kata every week ada crit session dengan lecturer dan untuk kau lulus, you have to be confident dengan design kau. Ala2 kau kene menjual rekabentuk la. Aku hampir tukar course masa 1st year due to my introvert issue. Lecturer selalu tegur cara penyampaian aku yang katanya seperti x telus sebab mata aku melilau. Seriously aku memang x ble tengok mata orang masa aku bercakap. Jika itu berlaku, aku akan blank, membatu dan paling dasyat akan sesak nafas tetiba. These incident happened a lot bila lecturer cuba ‘tangkap’ mata aku untuk lebih faham apa yang aku cuba sampaikan. Most of the time aku sweating like crazy, muka panik terpancar, jantung mcm nak pecah dan terus senyap. Cuba untuk teruskan presentation tapi gagap yang maha dasyat. Sometimes, lecturer suh aku hold dulu, step outside amik fresh air dan sambung balik. Tapi x semua bole terima aku seadanya. “Why did u stop?? U r not confident with your design??? R U Kidding me??” dan lagi hebat bila judgmental lecturer pin point “U should not do this. U r not talented enough. For me, this is nothing”…macam panahan halilintar zasss kene kat hati aku yang fragile ni. Tapi aku hanya membatu, berdiri pandang dia. Habis presentation, jalan kaki satu kampus sambil makan aiskrim terkenang insiden introvert aku tuh. Aku ingat kalau menjerumuskan diri dalam course ni akan dapat bantu aku kurangkan kesan introvert. Ada la sikit improvement dari zaman sekolah. Aku harapkan idea yang aku cuba sampaikan melalui lukisan dan board lebih dapat mencapai maksud idea tu tapi aku mimpi disiang hari. Due to my condition, i was barely survived tapi alhamdulillah dapat gak grad.

Tempuh alam perkerjaan adalah yang paling win sekali dalam journey aku sebagai introvert yang mahu berubah. SETIAP KALI job interview aku akan rasa macam nak kiamat. 3-4 hari sebelum aku x dapat tido. Kalau tertido pon sebab otak aku dh penat sangat agaknya. Aku akan sampai kat tempat interview tu sejam awal untuk calm down. Penah jugak beberapa kali aku hanya duduk dalam kereta sepanjang hari depan tempat interview tu; ade rasa nak pitam. So i was jobless about 2 years. Ade la buat keje2 dropship untuk tanggung hidup. Sekali lagi peluang datang. Kali ni aku betul2 x bole tahan dengan diri sendiri. Sepanjang tunggu turn untuk diinterview tu, aku berzikir kasi tenang hati. Nama dipanggil, aku pun masuk. Interviewer tu kelihatan tenang dan senyum kat aku. Sepanjang proses tu, aku ramas beg aku sampai nak lunyai. Sepatah2 aku jawap. On the spot tanya bila nak mula kerja. Ni sume berlaku di bawah paras sedar dan Alhamdulillah akhirnya aku dapat kerja. Rasa mcm nak buat kenduri bukan sebab aku dapat keje tapi sebab aku dapat melalui proses ni dengan jayanya.

Ini sebahagian dari coretan aku tapi banyak lagi yang aku nak kongsi. Introvert mungkin bukan satu penyakit mental atau that sort tapi it really effecting my life. Aku masih lagi prefer menyendiri & less human interaction. Kondisi aku sekarang tak la seteruk dulu tapi aku still struggle to be as normal as it should be. Aku kongsi kat sini just nk bagi insight of people like me. Most of the time, others misunderstood atau memperlekeh ‘kekurangan’ ni. Doakan yang baik2 saja. All is well…..insyaallah

– Dhia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit