Assalamualaikum wbt. Pertama sekali terima kasih bagi pihak IIUMC jika luahan aku ni tersiar. Kedua, terima kasih kepada pembaca jika membaca luahan aku ni. Aku Ann dari Johor. Umur sudah 22 tahun.
Aku buat luahan ni sebab dah lama aku pendam sejak zaman budak lagi. Makin lama aku membesar, benda ni tak pernah berubah. niat aku disini tidak lah untuk memburukkan mana-mana pihak mahupun membuka aib. Tapi aku cuma nak tegur sikit. Aku tak berkata aku ni insan yg baik dan mulia. Kita sama2 tegur sesama kita..
Aku nak bercakap tentang perempuan. Ye. Perempuan. Aku hormat dan salute bila aku nampak perempuan solat. Especially orang yg suka solat awal waktu. You’ve earned my respect. Tapi satu benda aku terkilan. Sifat sesetengah mereka semasa solat.
Sejak kecil, aku memang selalu travel pergi sana pergi sini. Singgah mana2 surau atau masjid bila masuk waktu dan mana-mana aku pergi, aku akan jumpa sejenis manusia ni. Bab wudhu, tak pernah menghampakan. aku selalu nampak perempuan-perempuan yang bermake up tu selalunya bersihkan dulu make up diorang. Tapi bila start solat. itu menghampakan. Some of this people aku rasa macam “ermm.. kenapa laa kau macam ni..” then aku terus rasa bersalah. tak baiknya fikir macam tu.
1. Solat kat rak telekung
Ye betul. senang kita nak ambil-sidai telekung bila kita kat sebelah rak. But have you ever considered how everyone else yg nak ambil telekung? Macam mana kadang sampai terpusing2 badan kena menyelit sebab takut terlanggar awak yg tengah solat tu. Awak bukannya kat rumah awak. bukan dalam bilik awak. Nak tegur rasa tak sopan. Tapi susah kami nak ambil-sidai telekung dengan sejadah. Dah berhimpit. Nak kena aku yg gemuk ni duk terlanggar2 rak dengan ampai tu. So, jomlah.. bila nak solat.. berikan sedikit ruang untuk memudahkan orang lain. Dapat ketengah sikit pun takpe.
2. Bacaan solat macam tengah jadi imam
Sesetengah orang ni bila kita duk kat sebelah dia.. psshhhyyyttt… phsshhuuuiiiish.. pusshhhsuiuu.. ya Allah jahatnya aku tapi awak tahu tak benda tu buat hati aku rasa tak tenang. Betul, solat kena dengar apa yg kita baca tapi agak2. Kita kat sebelah ni rasa terganggu sebenarnya. Bisiklah sesama diri awak sendiri.
3. Solat macam sejadah ada 1000 helai
Ni paling aku menyampah. Selalu jumpa mak bawak anak2 kecil ajak mereka solat sekali. tak salah kak oii.. tapi sejadah tu kongsi ler. Dah anak 3 pastu sorang satu sejadah masuk akak dah 4. Ni bukan masjid yg ada carpet Boleh kongsi sejadah tu kan. Anak-anak awak badan kecik-kecik lagi. Tu baru mak orang. Yang bukan mak orang pun boleh tahan especially masa peak hour macam maghrib. Selalunya surau-surau kat RNR atau plaza-plaza tol ni penuh. Awak dah nampak ramai orang, share ler sejadah tu. Memang nampak orang tak mintak tapi bila kita bentang je melintang, ada je orang akan datang sebelah kita. Ini tidak. Dipakainya sorang.
4. Solat tengah dunia.
Kalau di masjid, it’s okay. Tapi kat tempat yg kecik2 tu.. Allahu.. Aku tak maksud kena solat berhimpit tepi dinding. Tapi maksud aku, kalau orang dah beratur buat saf sebaris, awak solat ler sebelah orang tu. Ini idok. Dah ler jauh, pastu orang nak nyelit antara awak dengan orang lain pun tak boleh.
5. Tak reti letak balik sejadah dan telekung
Dengar bunyi kelakar kan.. tapi benda ni realiti. Everywhere i go.. aku akan jumpa. Tak payah jauh, kat stesen minyak tempat aku kerja tu pun dah jumpa. awak guna sejadah-telekung tu, lepas guna, letak ler balik elok-elok. Ini tak, kalau ampai tu ada 5 baris, dia longgok je atas ampai tu. Campur sejadah dengan telekung. Sejadah tu kan tempat kita buat alas. Kadang ada tinggal je kat tempat dia solat tu, gulung ngan sejadah pastu tinggal. Kat rumah awak buat macam tu ke. Tak sangka serabai dan selekeh awak-awak ni. Letak ler elok-elok, kemas-kemas. Kan cantik. Sedap je mata memandang. Memang lah orang lain akan guna lepas awak guna.. tapi tunjukkan imej Islam awak tu. Ada jugak yg telekung elok rapi dia susun tapi sejadah biar terbentang. Babe, guna akal lah sikit. Sidai je lah. Ntah nanti ada cicak ke apa ke taik dia terjatuh. Kita bukan tahu.
6. Guna sejadah buat alas baby
Yg ni melampau. Awak tahu awak ada anak kecik, letak lah high expectation. Setahu aku lah.. ibu-ibu ni memang dah ready barang baby. Yg aku tak tahan, dia boleh guna sejadah buat alas tukar pampers baby dia. Tak kira lah anak kau dah mummayiz ke belum, tapi kan tak elok. awak nak basuh bahan buangan anak awak kat atas sejadah? Really? Ada lah satu hari tu kat stesen, aku tak sedar pun. Akak ni pergi basuh berak anak dia beralaskan sejadah. Ada customer perasan. Customer tu yg sound dia. Kuikuikui. Dia cakap, “takde otak. Kan orang buat solat. Orang nak solat pun tak rasa senang” Dengan aku sekali dengar dia bebel. Nak nak tu terkena pulak taik anak dia sikit. Dia just basuh sikit guna air. Pastu tinggal atas tembok amik wudhu. Terus kena sound dengan customer tu. Dengan aku sekali terdiam. Aku suruh customer tu rilek, aku cakap nanti aku bersihkan semula.
7. Allah no 1, telefon no 2
Sesetengah orang ni. dah tau ada call, pergi lah duk angkat call kat luar. Dalam surau-masjid tu hold dulu lah. kan dalam tu senyap. orang cuba untuk khusyuk.. kalau awak angkat call, dengar satu tempat solat tu tau. pernah sekali aku berhenti solat waktu zohor di RNR Dengkil, aku rasa budak ni sekolah lagi. dia dapat call, terus angkat. nak tahu pasal apa? dia ajar budak yang dia tengah on call tu formula panjang. dari KM ke Meter, Meter ke CM, siap bagi example. suara budak ni lantang. memang dengar satu surau. waktu aku tengah solat. habis je solat, dia pun habis bercakap kat telefon. hmm
Sekian, ini luahan aku. Nama pun tempat confession kan. terima kasih.
– Ann
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit