Cerita Tentang Ayah

Assalamualaikum semua. Selamat Berpuasa, Selamat Hari Raya. Aku nak cerita pasal ayah aku.

Cuma luahan ni sedikit panjang. Sebab aku tak reti nak sambung2 so aku ambik masa 6 week nak mengarang. So thanks pada yang sudi baca.

Ayah aku seorang yang pendiam. Tak banyak cakap.. Tegas dan garang. Dia tak pukul anak2, tapi aura dia dah cukup buat kami takut.

Ibarat dengar dia berdehem pun kami dah senyap.

Aku empat orang adik beradik. Dan aku seorang ja anak perempuan tunggal dalam tu.

Aku anak ketiga. Actually aku agak lama jugak jadi anak bongsu sebelum lahir adik lelaki aku. Aku gap 7 tahun dengan adik bongsu aku.

So boleh bayangkan tak aku punya rapat dengan abang2 aku macam mana kan. Manja aku dengan ahli keluarga macam mana.

Sebenarnya ayah aku sangat sayang aku. Dan aku sangat2 manja dengan ayah aku..

Setiap masa nak mengendeng. Biasa la kan, orang kata anak perempuan mesti nak rapat dengan ayah.

Tambah2 aku seorang ja perempuan. Tido pun mesti nak dengan ayah. Nak ayah peluk. Kadang meragam dengan mak tak nak mandi.. Nak ayah mandikan.

Ayah aku pun layan ja manja aku.. Setiap kali balik kerja ada peluk aku cium aku..

Aku suka dia dukung aku. So bila dengar motor dia, aku dah excited nak pergi kat dia.Nak suruh dia dukung.

Dia akan dukung ja.. Sambil2 tanya dah makan ke.. Kadang2 bawak aku naik motor pergi kedai beli jajan.

Kalau tak silap aku, masa aku tadika kot.. Ayah aku dah slow2 dah tak berapa mesra dengan aku. Peluk cium semua dah tak de.

Aku masuk tadika umur 5 tahun. Masa tu memang ayah dah tak dukung apa semua dah.. Ye la dah 5 tahun dukung apanya..

Dan dia mula layan aku macam orang asing.. Tak salah aku sejak aku 5 tahun tu la.

Aku time tu selalu rasa ayah dah tak sayang aku ke. Tapi oleh sebab abang2 pun ayah layan macam tu jugak. So tak de la rasa cemburu ke bias ke. Budak2 kan senang lupa.

Cuma rindu pada seorang ayah tu selalu ada.. Ayah pun dah tak bagi aku tidur sebelah dia. Dia suruh tidur sebelah mak.

Mandi pun suruh sendiri atau mandi dengan mak. Dia tak bagi mandi dengan abang2 dah.

Kadang2 ada jugak rasanya aku buat perangai.. Aku menangis2 nak perhatian ayah. Biasa la trick budak kalau nak perhatian.

Style ayah aku kalau dia pegang rotan kami dah cuak.. Tapi dia tak pernah pukul sekali pun.

Dia akan pukul dinding.. Tapi dengan muka bengis dia tu kami memang takut la. So kalau dia pegang rotan, auto nada suara aku kendur.. Slow2 aku pergi cari mak.

Ayah aku sebenarnya tak de la belajar tinggi ke apa.. Kerja kilang ja.. Tapi tak pasti la apa dalam fikiran dia.

Keadaan ni berlarutan sampai la aku dapat adik. Masa ni aku betul2 rasa cemburu. Ayah memang selalu dukung adik.

Ye la, dia kan baby lagi. Aku dapat adik masa aku darjah 1. Aku ingat lagi masa aku balik sekolah,ayah ada.

Lepas tu nenek pun ada.. Dia cakap mai la tengok adik. Aku rasa benci kat adik aku. Aku rasa dia punca aku tak dapat kasih sayang sapa2 dah.

Yang abang2 aku excited dapat adik lagi. Ye la semua orang suka baby, kecuali aku.

Apabila perhatian ayah dah beralih ke adik, dan kemudian ayah seolah2 asyik cari salah aku ja.

Aku pakai skirt pendek,dia marah. Dia tengking. Dia kata kalau nampak lagi pakai macam ni, dia akan letak api. Dia tak bagi pakai pakaian nampak peha.

Lepas tu dia marah2 mak sebab tak pantau aku. Tak tengok aku pakai apa buat apa.Ada la dia bebel apa tah.

Bagi aku apa salahnya. Sebelum ni ok ja aku pakai. Lagipun bukan skirt macam cina pakai. Tak de nampak peha pun.

Tapi dia tak bagi dah aku pakai skirt. Tak kira la labuh ke pendek ke.Dia tak bagi.Aku kena pakai seluar ja. Sedangkan aku suka pakai skirt.

Lepas tu main dengan abang2, kalau ada sentuhan lebih2 dia marah kami semua.. Katanya dah besar, main apa lagi.. Pergi belajar. Asyik suruh belajar ja.

Oleh kerana kami dapat adik, maka ramai la datang melawat mak dengan adik aku tu.

Masa tu suddenly aku tiba2 dapat perhatian orang ramai2 tu. Masa tu aku ingat lagi, ada orang tu cakap. Mairah ni comel la. Lepas tu cubit2 pipi aku.

Masa tu aku memang malu2 kucing la. Sebab orang banyak jugak sembang2 dengan aku. Usap2 aku.

Lepas tu cakap mairah tak de geng. Mairah sorang ja perempuan. Princess macam tu la. Anak emas anak manja. Semua benda la.. Aku masa tu rasa happy. Aku sebenarnya suka kan perhatian.

Tapi aku masih ingat, ayah aku hanya tenung aku ja. Then ada la saudara mara belah ayah ke mak eh. Aku tak ingat la.

Ada jugak nak bawak pi kedai, ajak duduk atas riba. Masa tu aku kan 7 tahun, maybe orang rasa masih kecik.

Orang fikir aku tak dapat terima aku ada adik.. So kena bagi perhatian kat aku. Tapi kalau lelaki nak bawak,ayah aku tak bagi.

Walaupun tu pakcik aku. Kalau ramai2 tak pe. Seingat aku, aku tak dibenarkan berdua dengan sapa pn.

Kalau duduk atas riba laki, ayah akan pangil aku suruh buat apa2. Macam tak bagi aku spend masa dengan diaorg. Masa tu memang rasa sedih la.

Tapi sebenarnya badan aku macam dah ada perubahan sikit2 walaupun baru 7 tahun. Mungkin ayah risau kot.

Masa mak aku pantang, nenek dengan atuk ada datang duduk rumah kami. Nak jaga mak. So lama la diaorg stay sana.

Masa tu ada sekali aku nak mandi, atuk aku tengah basuh apa tah. Dia kata mai la mandi. Ibarat macam dia tak nak keluar.

Dia nak mandikan aku ke, atau dia tunggu ke tak ingat la.. Tapi yang aku ingat, dia kata aku mandi lambat.. Sebab aku suka main air. Dia ada nak basuh apa tah.

Masa tu aku dah nak masuk tandas, aku tak heran apa pun. Tapi tiba2 ayah datang marah.

Dia kata berapa kali kata kena mandi sorang2. Dah besar kan.Tak malu ka.. Macam tu la rasanya.

Masa tu aku masih ingat, muka atuk pun macam berubah. Sedangkan aku bukan mandi bogel. Masa kecik2 pun aku di ajar mandi kena ada kain basah. Kami sapa2 pun tak pernah mandi bogel.

Lepas tu orang2 yang nak bawak aku naik motor ke apa kan, pun ayah tak bagi. Tapi abang2 boleh. Aku rasa terkilan gila. Rasa tak adil.

Tapi dia ada jugak la bawak ke kedai,tapi aku sendiri rasa janggal. Last2 dah makin tak selesa dengan ayah. Hubungan kami pun makin tak rapat.

Lepas tu aku dah terbiasa apa pun sorang2.. Mak pun asyik bagi perhatian kat adik. Adik aku kuat meragam jugak la.

Aku pun tak dibenarkan rapat dengan abang2 sangat. Maksudnya dari segi permainan.. Yang sentuhan2 ni semua tak boleh. Ayah aku macam perhati ja.

Lepas ada adik, rasanya kami tak main sangat dah.. Abang2 pun dah besar. Banyaknya buat hal sendiri ja la. Banyaknya kami di suruh belajar.

Lepas tu aku kena tidur sorang2. Aku rasa bestnya jadi abang.. At least abang long tidur dengan abang ngah. Mesti malam diaorg sembang2. Main2. Yang penting ada teman.

Adik tidur dengan mak dan ayah.. Tapi aku, kena tidur sorang2. Aku takut hantu ke, takut lipas ke, aku kena jugak tidur sorang2.. Tu keputusan muktamad ayah.

Lama2 aku dah makin tak rapat dengan ayah. Atau dengan sapa2. Aku ibarat hidup dalam dunia aku ja.

Kemuncaknya aku rasa aku makin tak suka ayah masa aku umur 11 tahun. Aku dah meningkat dewasa.

Aku menjadi dewasa dengan aturan ayah. Pakaian pun banyaknya pilihan dia. Termasuk kawan2 aku pun pilihan dia. Ibarat macam dia kontrol gila la hidup aku.

Masa tu kot aku sdar aku sememangnya sangat cantik.

Bukan aku nak perasan, tapi selalu orang datang2 rumah. Orang cakap aku ni cantik. Lepas tu aku kerap dapat surat dari peminat rahsia.

Ala orang letak surat bawah meja siap pakej bedak tu. Benda ni sampai habis belajar aku selalu dpat.Aku mula suka perhatian macam ni. Tapi tu pun tak kekal lama.

Entah ayah fikir apa, satu hari dia daftar kan aku ke kelas taekwondo. Aku tak suka betul pergi kelas tu.

Sebenarnya aku tak suka benda2 macam lelaki.. Aku suka semua yang keperempuanan.

Walaupun adik beradik aku semua lelaki, tapi aku bukan tomboy ke apa. Aku memang suka benda yang soft2. Bukan yang lasak2 macam taekwondo ni.

Mula2 masa white belt, aku ok lagi.. Lepas2 tu aku rasa makin mencabar dan sakit2 badan aku. Orang bukan peduli aku perempuan ke, aku kecik lagi ke. Tak de berlembut2 la.

Aku menangis kat mak tak nak pergi. Tapi mak seolah2 tak mampu nak buat apa2 apabila keputusan tu dari ayah. Siapa la mampu atau berani membangkang ayah.

Dah la tu, ayah aku hantar dan tunggu sampai aku habis latihan. Dia perhati sesi latihan aku kat sana. Aku nak ponteng pun tak boleh. Aku makin benci ayah.

Sebab aku dipaksa buat benda aku tak suka. Aku pun tak faham kenapa. Aku rasa ayah aku sangat bias dan pilih kasih.

Kenapa abang2 tak belajar taekwondo? Kenapa mesti aku.. Kenapa aku tak boleh tidur dengan abang2. Tak boleh ada teman. Kenapa tak boleh ikut pakcik naik motor.

Kenapa kenapa kenapa. Banyaknya persoalan aku yang tak mampu di luah. Sebab takut dengan ayah. Akhirnya terpaksa turut ja la kan walaupun rasa tak adil.

Sebab masa tu dan pada zaman tu, aku kurang faham kenapa dan mengapa. Dan aku jugak tak berani nak soal ayah.

Sampai aku dah sekolah menengah. Ada sekali aku gaduh apa tah dengan adik aku..

So masa gaduh2 tu, aku macam kilas tangan dia sebb aku dah hilang sabar. Lepas tu aku kan dah expert dalam taekwondo.

Aku dah ada black belt. Punya cemerlang dalam bantai orang.Siap dapat sijil. So bila marah, rasa cepat ja nak bantai orang.

Aku rasa perubahan aku ni sebab ayah aku la. Dari yang lembut, aku jadi kasar.Adik macam menangis sakit.

Masa tu ayah datang, dia kata apa tah.. Aku tak ingat sangat la.. Tapi lebih kepada kemahiran berlawan ni kena guna pada tempat yang betul. Bukan buli orang yang lemah. Something like that la rasanya.

Tapi aku tau la benda tu. Sebab master aku pun cakap benda yang sama. Pertahan diri bila betul2 perlu saja baru guna.. No emotion only protection. Master aku chinese.

Lepas tu aku makin stress duduk rumah ni. Biasa la alam remaja, benda tak de apa pun stress sendiri2. Sebab asyik aku ja kena buat itu ini.

Tapi aku nekad nak masuk u nak duduk asrama, so aku belajar betul2 masa spm.

Result tak de la gempak. Tapi lepas la masuk u. Masa tu aku happy gila. Aku rasa macam tak sabarnya nak buat apa yang aku suka.

Boleh tidur puas2, bangun pukul berapa pun tak pe.. Boleh makan magie puas2. Dan yang paling2 penting, hidup tanpa pemantauan ayah.

Dan jugak tanpa ganguan adik yang annoying. So tiba la saat nak hantar aku ke u.

Masa kat u tu, lepas pendaftaran semua. Aku macam,entah macam mana la, macam berjalan berdua dengan ayah.

Kekoknya masa tu. Rasa pelik sangat perasaan tu.. Tapi tiba2 ayah cakap, aku dah besar dah sekarang. Tapi bukan dah cukup besar untuk faham sepenuh kehidupan.

Aku baru faham separuh kehidupan ja dia kata.. Tu pun entah aku faham ke tak katanya.

Tapi yang pastinya, aku langsung tak faham apa maksud dia masa tu. Aku macam blur2.

Tapi aku diam.. Tak tanya apa2. Just dengar suara dia yang entah bila bersembang dengan aku.. Mungkin masa aku umur 5 6 tahun kot.

Lepas tu dia cakap.Hidup sebagai perempuan sangat la susah. Tambah2 dengan fasa perubahan aku sekarang ni.

Satu usia, hidup dalam rumah dengan keluarga dan protection. Aku dah lepas fasa tu.

Sekarang satu usia lagi, aku berubah fasa hidup di asrama dngan kawan2. Tak de protection keluarga. Hanya diri aku semata2.

Aku kena tahu beza mana baik buruk.. Sebab masa usia dan fasa ni sangat bahaya untuk perempuan. Sebab setiap kaca nampak sama macam permata.

Lepas tu, usia dan fasa aku akan kerja dan seterus2 fasa. Dia kata orang perempuan banyak bahaya dikeliling.

Sebab tu orang selalu kata, nak jaga 10 ekor lembu lagi senang dari nak jaga seorang anak perempuan. Sebab jadi orang perempuan ni sangat susah. Jaga diri baik2 dia kata.

Entah kenapa, hati aku yang keras tu untuk first time aku menangis gila2 depan ayah. Ye la, dah remaja kan.. Tiba2 ayah cakap macam tu terus aku meraung. Touching kot. Rupanya ayah sangat sayang aku.

Dan untuk first time after a long time, ayah peluk aku. Sangat lama. Lepas tu mak dengan adik beradik pun dah sampai. Ayah masih peluk aku.

Jadi la drama air mata sekejap. Masa tu aku dah mula faham, sikap ayah tak lain tak bukan.. Untuk protec aku.

Sebab bila makin meningkat dewasa, aku semakin faham apa yang ayah buat hanya la kebaikan semata2 untuk aku.

Aku ingat nak stop. But nak sambung sikit lagi.. .

Start study, aku memang dapat banyak perhatian dari lelaki asbab rupa paras aku. Tapi masa tu aku tak layan sangat.. Aku focus study.

Aku memang tak layan cintan cintun ni sebab kos aku susah.. Aku stress jugak study, so tak nak tambah stress bercinta.

Lagipun aku terpaksa akui, aku homesick gila.. Rasa nak berhenti duduk dengan family ja. Tapi mujur family selalu bagi motivasi.

Satu hari kan, kami gegirl ni. Kira kawan2 bilik dan beberapa fakulti. Macam ada club rahsia apa tah.Aku pun tak ingat macam mana aku boleh join club tu.

Sebenarnya club tu ditubuhkn untuk release stress kami. Ahli dia tak sampai 10 orang pun. Tapi aku suka konsep club tu, so aku join la.

Maybe aku ni jenis suka dengar masalah orang kot. Lepas tu kena pegang rahsia tak boleh bcor atau bincang pasal luahan orang tu dah. Kira benda ni macam trusted jugak la. Ahli dia di tapis. Kalau ada orang bocorkan, ada tindakan yang menanti.

So setiap hari jumaat pukul 9 malam.Kami ada perjumpaan dalam bilik seorang ahli ni. So dalam meeting, setiap orang boleh cerita stress dia.. Benda apa2 la yang dia rasa nak share.

Sapa2 nak bagi pandangan, nasihat atau motivasi tu boleh ja.. Tak nak bagi pun tak pe.. Biasanya aku memang tak kan bagi apa2 la.. Aku kan suka mendengar ja.

So macam tu la.Hari tu ahli kami sorang macam menangis2. Dia cakap dia telanjur dengan bf dia.. And its happen again and again.

Aku tak nak la cerita detail. Nanti langgar rules club pulak. Cuma aku nak cakap satu benda, dia kata dia menyesal malam dia pergi date tu dia pakai skirt. Sebab mudah sangat bf dia buat kerja.

Tiba2 teringat dekat ayah aku.. Kenapa dia larang2 aku pakai skirt. Lagi satu, masa aku kanak2 tu.. Masa aku pakai skirt, aku bukan perasan aku duduk terkangkang ke.. Main macam mana ke..

Masa tu baru aku teringat,ada sekali tu masa orang datang tengok adik.. Cuti sekolah. So sepupu sepapat banyak yang datang.

Masa kami main2 tu, tiba2 sepupu sorang cakap macam ni. Ee mairah nampak spender. Spender kuning. Lepas tu yang lain2 gelak. Dia cakap bukan nada tegur tapi nada nak malukan aku.

Maybe sbab tu ayah aku tak bagi aku pakai skirt. Tambah2 adik beradik aku semua lelaki.. Dengan umur aku masa tu, tak mungkin aku dapat jaga diri sangat. Aku pun asyik fikir main ja.

Time tu aku tahan air mata ja. Betapa la aku salah faham dengan ayah.. Sedangkan he is a real hero.

Nak hujung2 sem, aku tak dapat menahan perasaan lumrah setiap wanita.. Aku menerima salam cinta dari senior ku.

Dia kira pandai dalam kos tu. Aku banyak belajar dengan dia. Lama2 hubungan kami makin rapat.

Awal2 elok ja dia hormat aku.. Boleh pandang2,jangan pegang2, duduk rengang2. Hah macam tu la..

Lepas tu asal jumpa, ada macam nak pegang2 tangan. Memang aku tepis. Lepas tu masa call mula cakap benda bukan2.

Aku kan tak biasa.. So aku rasa janggal dan serius rasa nak muntah.. Aku warning dia kalau dia keep macam ni kita putus. So dia macam behave la.

Then one day, dia call aku.. Kata kereta dia rosak. Kena tingal kat bengkel 2 3 hari jugak la.

So dia mintak aku ambik dia kat bengkel tu la. Aku pun pergi ja la dah kekasih tengah susah kan.

Masa sampai tu dia mintak nak drive keta aku. Dia kata nak pergi makan..

Aku tak fikir apa pun masa tu. Aku ok ja dia jadi driver.. Lagipun aku pun tak makan lagi, so aku serah kat dia nak bawak ke kedai mana.

Sepanjang perjalanan tu,dia asyik tanya aku sayang dia ke apa ke.. Then ada macam nak sentuh2 peha aku.

Aku bengang la. Aku sebenarnya sayang ja kat dia. Tapi aku bukan semudah tu untuk serah apa yang dia nak.. Mula la dia cakap dia horny la apa la. Dia merayu2 suruh aku layan dia..

Aku tak tahu la aku naif ke aku bodoh. Boleh pulak aku tanya dia, awak nak saya layan macam mana..

Ya allah stressnya kenang kejahilan aku masa tu. Lupa terus nasihat ayah aku. Maki ja aku part ni.. Aku tak marah.. Sebab aku pun stress dengan diri sendiri.

Lepas tu banyak la soalan cepu emas dia. Tanya aku pernah buat ke apa ke.Then situasi tu jadi tegang. Sebab aku rasa jijik dengan soalan2 dia. Sebenarnya dalam kekalutan tu,aku tak pasti dilokasi mana kami berada.

Macam tanah gersang tanpa manusia. Masa tu dia mula berkasar. Aku apa lagi.. Double kasar la.. Terkejut dan merintih kesakitan la dia kena smack down dengan aku.

Masa tu aku tak fikir dah aku sayang ke apa.. Yang aku tahu aku tak suka dia paksa aku. Actually aku period masa tu. So lagi la aku bad mood.

Tapi kalau nak cakap jujurnya. Dia ni pandai pujuk jugak tau. Pujuk rayu kalah setan. Masa tu aku jugak sedar lemahnya iman aku.

Nasib la aku period, dan dia yang lemah lembut tu jadi setan. Terus aku nampak topeng sebenar dia. Kalau tak, entah2 aku buat ja apa yang dia suruh tu. Nauzibillah himanzalik.

Lepas bantai dia sekilo dua, aku suruh dia turun.. Dalam bodoh2 aku, boleh pulak aku kata jangan bagitau orang yang saya pukul awak. Kalau tak awak jugak yang malu sebab kena belasah dengan perempuan.

Padahal. Dia bagitau pun biar la.. Dia yang nak rogol aku. Tak mungkin dia akan cakap. Tapi time tu aku cuma fikir macam mana kalau dia report polis. Punya bodoh aku masa tu.

Lepas dari tu dia memang mengelak dari aku.. Aku pun dah busy final year. Tapi situation mengajar aku, aku tahu taekwondo pun belum tentu dapat selamtkan maruah aku kalau hati aku tak kuat.

Tu dia paksa. Cuba tak paksa atau aku tak period. Mungkin aku akan terjatuh dalam godaan dia. Ya allah. Lepas tu aku sangat hati2 dengan lelaki.

Aku memang jadi seorang perempuan yang sangat2 memilih dan rigid. Lepas tu aku langsung tak kawan dengan laki.

Sampai aku dah kerja. Semuanya ok ja. Masa tu aku dh 26 ahun.

Bos aku pulak buat perangai. Tua nak mampus, kepala botak tapi miang. Sekali dua, cuba sentuh2 aku.. Maksudnya rapat2 dengan aku kalau nak cakap pasal kerja.

Bila meningkat usia, aku makin faham gerak geri lelaki. So aku mudah alert dan berhati2. So aku cakap baik2 bos jangan macam ni ye. Dia gelak2. Said sorry. Katanya rabun.Pui.

Lepas tu ada sekali, dia ni kan suka bagi kerja pukul 5.59 . Kita nak balik, dia suruh buat ot.

Tapi hari tu, aku ja tingal dengan dia. Staff lain pukul 7 sorang demi sorang dah balik.

Dia kata urgent nak emel ke hq, so aku terpaksa siapkan walupun tingal sorang dengan dia.

Sebenarnya kan, bagus ayah aku masukkn aku dalam taekwondo, kita macam kurang ketakutan tau bila berhadapan lelaki miang.

So masa aku tengah kusyuk buat kerja, aku dah rasa dia datang slow2. Lepas tu sentuh bahu aku dengan dua tangan dia..

Apa lagi,aku pusing kerusi sikit ja dan angkat lutut aku ke anu dia.

Terbongkok2 dia sakit. Aku harap dia mandul terus. Ikutkan hati, aku nak ja bagi ‘dui chaggi’.

Tapi aku cuba tak nak masuk emosi. Ingat pesan master. No emotion, only protection.

Malas nak tulis lebih lanjut pasal situasi tu. Ni pun dah panjang berjela. Yang penting aku dapat selamatkan diri aku berkat sikap ayah aku. Bos pun lepas tu sangat takut bila jumpa aku. Tapi aku pun lepas tu kerja tempat lain.

Ayah aku, alhamdulilah masih sihat di usia 67 tahun. Aku pun dah kahwin with a right man dengan dua orang cahayamata.

Bila ada anak. Automatic aku jadi macam ayah aku.. Sangat protective pada anak perempuan aku.. Anak aku dua2 perempuan.

And of course aku masukkn diaorg dalam taekwondo and didik diaorg sama macam ayah aku didik. Cuma tambah lagi bab2 moral dan agama.

So balik pada point asal, syukur aku dikurniakan ayah yang berfikiran sangat mendalam walaupun dia tak belajar tinggi. Ayah aku darjah enam ja.

Dan walaupun pada zaman 90an tu, benda2 ni kurang pendedahan. Tapi ayah aku fikir pasal keselamatan aku.

Aku sangat2 hargai sebenarnya. Sekarang walaupun dia dah kekok2, tapi aku setiap hari pergi kerja, mesti peluk dan cium pipi dia. Sebab aku sangat sayang dia.

Sebab tanpa dia, entah macam mana la hidup aku. Zaman sekarang lagi mencabar dengan banyak benda..

Anak perempuan ada seni pertahankan diri sangat penting aku rasa. Sebab ramai jugak yang conffess dalam ni, tak mampu petahankan diri.. Kalau yang kena cabul rogol masa kecik2, ada perasan takut. Tak mampu lawan.

Tapi percaya la, bila tahu seni, automatic anggota kita akan bergerak untuk protect diri kita.

Aku bukanlah nak ajar korang cara bela anak.. Aku share apa yang aku lalui, dan apa yang aku buat untuk jaga anak aku.

Bab kata ayah aku perempuan banyak bahaya. Tapi zaman sekarang lelaki jugak ada bahaya.. Pedo, gay, dan macam2 lagi la.

Sentuhan selamat, seks education, self protection, very important for now day generation. Thank you for reading.

– Mai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Confession yang sangat baik. Saya bapa kepada 3 anak perempuan. Semoga saya dapat jalankan amanah tuhan untuk protect anak2 saya sampai la mereka berkahwin dengan orang yang selayaknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *