Cerita Tentang Emak

Salam tahun baru kepada semua pembaca. Semoga hidup kita diberkati dan dirahmati Allah hendaknya. Aku kenalkan diri aku sebagai Auni.

Mak aku disahkan pesakit buah pinggang sejak 13 tahun yang lalu. Aku dan adik-adik jaga mak dan uruskan mak. Tapi jika kami tidak kelapangan pasti kami akan mencari orang tengokkan mak.

Aku sebagai anak sulung mengambil tanggungjawab pastikan mak aku terjaga dan terurus. Makan minum mak tidak pernah lupa untuk hantar dan aku pastikan mak aku tidak berlapar.

Kalau keluar kemana-mana pasti ada buah tangan dekat mak. Walau kedai runcit tepi rumah tu tetap ku beli untuk mak. Dah jadi kebiasaan untuk aku dan adik-adik.

Mak diuji dengan kesakitan yang lain pulak. Tiba-tiba jantung tersumbat. Sukar untuk aku terima berita ini. Mak semakin kerap sakit dada berbanding sebelum ni.

Aku yakinkan mak kita buat rawatan. Aku bawak mak ke Hospital Besar. Aku lebih yakin disana kerana banyak pakar yang boleh dirujuk.

Mak dimasukkan di wad. Bermulalah episod kami adik beradik bergilir-gilir jaga mak. Semua adik-adik dan aku bekerja. Kami susun jadual gilir jaga mak.

Kami pastikan ada orang tunggu mak. Tak nak mak keseorangan. Sebab mak tak selera makan makanan hospital. Sebulan lebih jugak kami gilir-gilir.

Akhirnya, Dr putuskan untuk buat by pass dekat mak. Dr minta mak stay di hospital sehingga pembedahan. Mak dapat juga tarikh pembedahan. Seribu perasaan ada masa tu. Takut, berdebar dan macam-macam dalam fikiran aku masa tu.

Memandangkan Dr bagitau last minutes sebab ada kekosongan jadi aku seorang sahaja yang boleh ada untuk teman mak. Sebab adik-adik aku tidak hadir..

Bayangkan dalam tempoh menunggu perasaan itu. Hanya ku serahkan segalanya kepada Allah swt sepenuhnya. Aku tanpa henti-henti bacakan yasin semoga Allah lancarkan pembedahan itu.

Alhamdulillah, akhirnya pembedahan selesai. Aku menanti dari pukul 8.00 pagi – 2.30 petang penuh debaran. Waktu melawat pun dah habis. Tapi atas belas ikhsan Dr bagi aku masuk tengok mak. Alhamdulillah rasa lega semuanya selesai dengan jayanya.

Mak duduk di wad CICU 4 hari dan kemudian di transfer di wad biasa. Dalam 5 hari mak dibenarkan balik. Terkejut jugak mak dah boleh balik. Rasa mak masih perlukan rawatan dihospital. Tapi mungkin tempat terhad jadi aku bawak mak balik di rumah aku.

Aku jaga mak dirumah. Rumah aku memang semua lengkap. Cuma mak cakap tak perlu beli katil takut membazir nanti. Aku diam tak nak bantah.

Aku ada bebel dekat mak. Mak makanla nnti tak nak makan lagi lemah badan tu. Mak cakap tak da selera makan. Aku mungkin terkuat sikit suara.

Ya Allah tak de niat tapi aku takut mak terkecil hati. Ampun mak. Kadang-kadang anak mak ni terlampau penat. Terlupa diri. Ampun mak.

Aku nekad aku amik cuti untuk jaga mak sepenuhnya. Senang fokus dekat mak. Kerja sampai kiamat pun tak habis.

Tapi mak aku keutamaan aku sejak ayah aku meninggal. Dalam aku merancang dan cuti aku lulus untuk jaga mak aku demam sampai tak bangun. Lembik.

Tak daya. Nasib suami baik. Suami yang jagakan mak dan aku. Lepas aku ada daya untuk bangun aku mampu berborak dengan mak tak boleh duduk dekat takut virus aku berjangkit dekat mak.

Tak bercakap dengan mak sehari aku tak tentu arah jadinya. Dulu aku akan call mak sehari 6 kali sehari. Rutin wajib bagi aku.

Mak mengadu mak sakit dada balik. Aku risau betul. Aku tanya mak nak ke hospital ker? Mak cakap mak tak tahan kena cucuk. Aku cakap kalau macam tu kita tengok lepas dialysis nanti macam mana. Kalau masih sakit kita terus ke hospital.

Apa yang aku risaukan terjadi di tempat dialysis. Mak tiba-tiba penat. Oksigen mak tiba-tiba drop. Pusat dialysis hubungi hospital berhampiran.

Hospital ni bagi aku sangat tidak bagus dari perkhidmatanya. Dah terbukti.

Jadi masa kejadian tu aku di luar kawasan. Aku dapat khabar dari Pusat Dialysis aku terus segera ke hospital. Sampai-sampai terkejut mak dah di intubate. Ya Allah dugaan apakah ini lagi.

Sesungguhnya aku kena redha dan terima masa mak dah sampai. Tarikh keramat 25 August 2022 Allah ambil mak. Rasa tak daya untuk aku maklumkan kepada semua.

Tak daya lembik lutut aku semua. Allah sahaja tahu. Tapi aku tahu hilang segala kesakitan mak. Hilang segala-galanya keperitan yang mak tanggung. Aku pesan dekat adik-adik kita redha akan pemergian mak.

Ditakdirkan masa pengurusan jenazah mak Allah tunjukkan tanda-tanda yang Allah tunjukkan kepada kami semua. Antaranya adalah jenazah mak senyum je. Nampak muka mak sangat-sangatla tenang. Ramainya tegur cantiknya mak. Muka mak berseri-seri.

Masa mandikan jenazah mak Allah lembutkan badan mak seperti bukan menjadi jenazah. Lembut sangat-sangat. Allahu. Jenazah mak ringan sangat-sangat. Masa nak kebumikan mak…. tiba² hujan gerimis turun.

Imam pun bgtau dia rasa cuaca hari ini sangat- sangat la sejuk dan sangat tenang. Sedangkan masa pukul 12 tengahari. Lagi satu ramai tegur kubur mak wangi sangat. Ramai tegur Allah wanginya. Sesungguhnya semua itu rahsia Allah.

Mak kami rindukan mak. Kami semua doakan mak bahagia di alam baharu mak. Semoga mak tenang disana. Doa kami sentiasa iringi mak dan abah.

Tidak pernah putus-putus doa buat mak abah. Salam peluk cium manja dari semua anak-anak , menantu-menantu dan cucu-cucu mak abah. Semoga kita berjumpa nanti mak abah. Tunggu kami.

Sayang Mak,

– Auni (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *