Assalamualaikum. Kita masih dalam bulan Zulhijjah. Berehat sebentar daripada cerita-cerita perhubungan yang rumit sejak-sejak akhir ini dan aku pula tiba-tiba rindu dengan suasana Mekah.
Tengok orang pergi haji jujur rindu membuak-buak walaupun dah lama kenangan itu tetapi masih segar di ingatan.
Aku pergi umrah bersama keluarga yang terdiri daripada mak, ayah dan kakak. Tahun aku pergi masa itu 2012. Pergi umrah pun sebab aku nak sangat pergi dan alhamdulillah masa itu simpanan dalam Tabung Haji cukup.
Pujuk ayah pergi sama-sama. Ayah aku berat nak pergi sebab mak dan ayah aku dah pergi umrah dan haji. Tapi, kuasa anak bongsu jadi berangkatlah kami sekeluarga.
Kali ini aku bukan nak cerita tentang semua perjalanan itu. Cuma nak bercerita ada satu masa aku pergi tawaf umrah sunat bersendirian.
Masa itu, pagi selepas Subuh. Emak dan kakak aku balik hotel dahulu. Aku tinggal di Masjidil Haram sebab nak buat tawaf sunat dan kalau boleh aku berharap dapat solat sunat dalam hijir Ismail dan kalau ada rezeki nak cium Hajarul Aswad.
Mak aku dah pesan sebelum mulakan tawaf tu solat sunat hajat dulu minta apa yang aku nak. Sememangnya aku ikut pesanan mak aku tu.
Aku solat berhadapan Makam Ibrahim. Aku ingat aku doa supaya dapat solat sunat dalm hijir Ismail dengan bonus dapat solat bawah pancur emas dan cium Hajarul Aswad.
Aku mulakan tawaf macam biasa. Mula-mula, mulakan daripada lengkungan paling besar, makin banyak pusingan aku makin menghimpit ke Kaabah, pusingan yang ketujuh aku memang dah rapat ke Kaabah.
Dah habis tawaf aku pusing sekali lagi. Masa dah sampai ke HIjir Ismail aku cuba masuk.
Aku lepas masuk. Tapi, memang penuh lah manusia dalam itu berhimpit-himpit. Ada yang berdiri sahaja. Aku dapat menyelit sampai ke tengah dan aku dah blurr di tengah itu.
Dalam fikiran aku, “Nak buat apa ini?” Tiba-tiba ada seorang lelaki bangun dah selesai solat bagi aku ruang dia sambil tersenyum.
Aku balas senyum itu terus solat sunat. Jujur masa itu aku solat tu memang aku berhajat sesuatu. Tak pasti kerja ke, jodoh ke. Aku memang dah tak ingat langsung.
Dah selesai solat itu sempat berdoa sambil aku pandang atas tengok-tengok aku memang bawah pancur ema situ.
Menangis aku masa tu. Lepastu, aku bangun. Tapi, bila aku dah bangun, rasakan orang berasak-asak tolak aku. Tersepit aku. Aku ini tinggi tapi kurus keding tau masa itu.
Aku ingat lagi pesan mak. Kalau jadi situasi masa itu, laung ‘Allahuakbar’ kuat-kuat. Aku buat. Lepas itu, memang elok je dilorongkan aku jalan keluar. Macam orang tolak-tolak aku sampai aku terkeluar tapi bukan berhimpit.
Kemudian, aku teruskan tawaf itu. Masa dekat Rukun Yamani, aku macam dikepung dengan sekumpulan perempuan ini. Berdebar aku masa itu. Cuba kawal perasaan yang berdebar.
“Kak, mau nggak cium Hajarul Aswad?”
Aku kalau benda-benda maca mini memang blurr. Aku angguk sahaja.
“Mau nggak kami tolong?”
Aku angguk sahaja. Mereka ini sekumpulan wanita daripada Indonesia berdasarkan loghat mereka. Masa itu belum meluas lagi informasi pasal ini. Tak berapa viral lagi macam sekarang.
Jadi, aku pun berjalan sambill dikepung mereka.
Masa nak sampai dekat dengan Hajarul Aswad itu, mereka yang tolang berasak-asak aku berada di tengah-tengah. Tahu-tahu dah sampai depan Hajarul Aswad. Macam sekelip mata masa itu, aku macam tergamam nak buat apa, nak baca apa.
Tapi, salah-seorang perempuan itu, tolak kepala aku dalam itu. Lepas itu, dia suruh selawat dan tasbih. Aku ikut saranan dia sambil kepala aku ditolak itu.
Dia betul-betul sembam muka aku dalam tu. Bau minyak wangi arab (memang itu yang mereka letakkan).
Sekejap sahaja masa itu, tahu-tahu dah kena tarik keluar. Memang Kawasan Hajarul Aswad dah Hijir Ismail memang hotspot. Penuh berasak.
Sekarang ini aku dah dikelilingi dan dikepung kumpulan yang aku tolong tadi. Aku memang tak bersedia untuk ini ya. Kenapalah terjadi masa ini? Aku dah bermonolog sendiri.
“Kami sudah tolong. Boleh bagi wang nya?”
Argh, sudah!
“Saya tak ada bawa duit.” Aku jawab. Aku memang tunjuk lah beg aku bawa kosong. Ada cermin mata hitam, purdah dan kad hotel aku tinggal.
“Kami sudah-susah sudah bantu.” Mereka berkeras.
“Saya tahu. Tapi, duit nya tinggal di hotel. Mau ikut saya ke hotel? Tapi, saya tak habis lagi ini.” Itu diaaaaaa. Masa bila aku berani sangat ini.
Aku memang jawab sebab nak lepaskan diri je.
Mereka memang tak puas hati dengan jawapan aku. Tapi, adakah mereka ikut aku lepas itu? Tak ada! Mereka tinggalkan aku terpinga-pinga macam tu.
Hati aku masih berdebar. Aku balik hotel terus tanpa tunggu lagi. Takut-takut juga betul-betul mereka ikut aku ke tidak.
Sampai hotel terus bercerita dengan keluarga aku. Mereka cakap itu rezeki aku. Selepas itu, kakak aku ada buat tawaf sunat sendiri. Dia kena benda yang sama.
Tapi, kali ini mereka minta duit dulu tak macam aku. Mungkin mereka dah bengang dengan aku jadi orang lain kena minta duit dulu. Tapi, kakak aku tak terima pun.
BIla dah balik Malayisa, beberapa tahun lepas kemudian baru viral pasal ini. Kiranya, memang rezeki aku semuanya dipermudah. Walau banyak tahun dah berlalu, semua masih segar dalam ingatan kecuali aku tak ingat langsung doa aku.
Tahun aku pergi tu masa baru habis belajar jadi sekarang aku pun dah berumur 30-an. RIndu suasana Mekah dan Madinah. Berazam dapat pergi haji awal. Alhamdulillah sebab mak aku daftar aku haji awal.
Jadi, giliran aku dalam beberapa tahun lagi. Diharapkan masa itu aku ada rezeki dipanggil, cukup duit nya dan diberi kesihatan baik. Insyaallah. Semoga kita semua pun menjadi tetamu nya.
Oh, aku cerita ini bukan sebab bangga ya. Cuma terkenang semua. Semoga cerita aku pun sampai kepada semua. Sedaya upaya aku cuba untuk gambarkan suasana. Kenangan indah untuk diingati.
Yang merindui,
– Hana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit