CGPA Rendah? No problem!

Assalamualaikum pembuka cerita. Terima kasih kepada IIUM Confession.

Mesej saya ditujukan kepada mereka yang masih lagi belajar di mana-mana IPTA ataupun IPTS dan kepada fresh graduate serta mereka yang sudah pun bekerja.

Saya tertarik tentang penulisan daripada salah seorang rakan kita yang mengutarakan isu berkenaan CGPA tinggi dan CGPA rendah. Dalam penulisan beliau, ada mengatakan yang mungkin sekarang ini adalah trend untuk kecam orang yang mempunyai CGPA tinggi. Baiklah. Saya di sini bukanlah ingin berdebat mahupun mencari kesalahan orang lain. Sudah lama saya ingin berkongsi cerita tentang kisah saya ini. Alhamdulillah, rasanya inilah masa yang paling sesuai.

Sebelum itu, biarlah para pembaca tahu bahawa aku adalah seorang yg mempunyai CGPA 2.61 sahaja, aku dari UiTM. Jangan risau. Nama UiTM tak akan buruk gara-gara cerita daripada aku ini. Sebab faktanya, setiap university di Malaysia ni memang ada golongan yang CGPA rendah dan CGPA tinggi. Aku juga pernah 14 kali repeat papers dan extend dua semester. Alhamdulillah aku belum pernah lagi kena buang dari UiTM sebab results aku selalu di atas pagar.

Baiklah. Aku mulakan cerita. Maaf kalau mukaddimah terlalu panjang dan mengantuk.

Pertama.
Aku nak ulas pasal CGPA. Isu pasal CGPA ini sebenarnya bukanlah isu yang besar. Ceritanya mudah saja. Setiap daripada kita ini masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Kalau kau dapat pointer tinggi. Yes. That is bonus for you. But, please. Sebagai seorang yang mempunyai CGPA yang tinggi, aku rasa korang tak perlu nak mudah terasa dengan statement pasal kutuk orang CGPA tinggi ini. Itu adalah permainan sosial media. Aku pun ada kawan yang sambung blajar ada master. Dia dapat 1st class master. Dia selalu update pasal result dia yang Dean list tu. Tapi apa dia boleb contribute untuk rakan2 dia? Xda pun. Dia cuma cerita pasal kejayaan dia je. Aku nak tanya korang. Apa sepatutnya korang buat sekiranya korang adalah golongan yang CGPA tinggi ni? Korang sepatutnya bantu orang yang CGPA rendah ni. Bukan nak suruh CGPA dia tinggi macam korang. At least biar dia lepas dan lulus paper yg dia ambik tu. Aku dah lama nak cakap dekat mereka yang ada CGPA tinggi ni. Sikit pun aku tak ada hasad dengki. Tapi aku terkilan. Sebab kebanyakkan, bukan semua, kebanyakkan yang ada CGPA tinggi ni, mereka dah tak berapa nak kawan dengan golongan CGPA rendah ni. Aku ulang. Bukan semua. Kebanyakkan. Korang tahu tak perbuatan korang tu salah? Sepatutnya selain dari korang bercerita tentang susah payah korang belajar nak banggakan parents korang, korang sepatutnya tunjuk jalan, bantu mereka yang lemah dlm pelajaran ni.

Kedua.
Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku merupakan salah seorang pelajar yang bermasalah. Selepas aku habis belajar, Alhamdulillah, aku berjaya bantu 3 4 orang kawan aku yang masih lagi repeat paper dan extend semester untuk lulus paper diorang dan habiskan semester. Aku bukan ajar diorang satu persatu. Tapi aku beri jalan. Supaya diorang nampak. Dan mereka usaha sendiri. Alhamdulillah mereka berjaya lepas. Selepas results exam diorang hantar whatsapp kepada aku ucap terima kasih. Bukan itu sahaja, aku pun berjaya bantu beberapa orang kawan aku untuk dapat kerja. Sekarang mereka masing-masing dah bekerja di tempat di mana orang CGPA tinggi pun apply tapi tak dapat. Kenapa? Aku bukan nak backup orang CGPA rendah, tapi aku nak buka minda korang semua. Aku sambung kat ketiga.

Ketiga.
Kerja. Rezeki masing-masing. CGPA rendah atau tinggi, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Yang bab ni korang kena faham betul-betul. Aku beri contoh sikit. Kalau banyak, tak tidur korang nanti. Kenapa kawan aku yang CGPA rendah dapat kerja dan yang CGPA tinggi tak dapat? (kawan aku juga actually). Sebab ramai tak faham. Market prices atau bajet company yang nak ambik pekerja baru tu cuma 1.8k. Aku cerita ni untuk fresh graduate. Faham betul-betul. Aku ajar kawan aku, cara interview yang betul. Untuk permulaan, jangan kejar gaji. Lepas dapat kerja, study pasal kerja dulu. Macam mana nak Handle stress, konflik sesama pekerja, perangai majikan and macam-macam lagi aku ajar. Selepas 12 bulan, barulah cari peluang kat tempat lain ataupun kalau ada good increment, kekal dulu di tempat lama. Yang CGPA tinggi ni pulak, dia ni angin sikit. Letak 2.5k. Dan aku percaya, akan ada beri alasan, belajar susah2 nk dpt dean list apa salahnya kalau demand gaji. Kan? Ini kesilapan kebanyakkan yang CGPA tinggi. Percayalah cakap aku, koranga akn lambat nak dapat kerja. Sebenarnya korang bukan mengganggur, cuma korang belum dapat kerja kerana korang tak faham macam mana nak tackle majikan. Korang boleh demand gaji, just after korang ada at least one year experience. Ini pendapat aku lah. And for CGPA tinggi yang dapat kerja bedasarkan expected salary korang, korang tak perlu nak cerita kehebatan korang. Sebab kalau korang rasa gaji korang dah besar, ada lagi yang lagi besar dari korang. Korang fokus je kehidupan korang. Pedulikan provokasi. Aku nak 1 beri contoh, abang aku ada diploma yang entah apa-apa. Gaji dia sekarang 5k lebih sebulan. Umur 27. Kawan dia doktor graduate oversea pun gaji 5k lebih lebih dan kurang sama. Korang faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? Kalau kau CGPA tinggi dapat kerja gaji okay, korang jgn pandang bawah dan kecam orang yang CGPA rendah ni. Kalau korang CGPA rendah dapat kerja yang gaji okay, korang tak perlu rasa bangga dan kutuk orang CGPA tinggi. Kehidupan masing-masing. Bidang kerja pun tak sama. Jangan buang masa argue pasal CGPA rendah ke tinggi. Fokus kehidupan sendiri dulu. Korang bergaduh pasal kecam mengecam pasal CGPA rendah atau tinggi pun, ketahuilah orang yang tak sekolah langsung pun lagi besar pendapatannya berbanding yang belajar tinggi-tinggi.

Keempat.
Aku CGPA 2.61. Repeat 14 kali papers dan extend dua semester. Alhamdulillah aku dapat kerja di sebuah company yang okay. Kerja based on degree yang aku ambik. Kawan2 yg aku tlg ajar dan dptkan kerja tu pun sama. Gaji fresh graduate aku paling tinggi dalam sejarah company tu. Rahsianya terletak masa interview. Hehe.. Kalau ada permintaan pasal nak tips minta kerja tak kira korang CGPA rendah atau tinggi, InsyaAllah aku boleh bantu.

Penutup.
Kalau kau berada di atas, jangan hina orang di bawah. Kalau orang di bawah benci kutuk kau, kau ada dua pilihan. Tutup telinga dan maju ke hadapan. Atau kau berkawan dengan diorang dan bantu tunjuk jalan untuk sama-sama berjaya macam kau. Simple. Tapi kalau kau reply dan bermegah2 dengan cerita kehebatan susah payah kau untuk capai kejayaan itu, bagi aku tak ada guna pun dalam hidup aku. Sebaik2 manusia adalah manusia yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Sekian,
Terima kasih.
-F-

– Kelebihan Semulajadi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit