Chambering

Kalau aku dapat tukar balik keputusan yang aku pernah buat, aku nak tukar balik keputusan aku untuk chambering di satu firm di selangor. Aku ingat dapat majikan senior uia, takkan ada masalah remeh. Tapi sangkaan aku salah. Aku terlalu bersangka baik.

Masa interview, master janjikan kenaikan elaun selepas short call. Kos filing chambering semua ditanggung. Kos travel pun ditanggung. Aku dengan hati terbuka terus terima sbb kawan semua dah mula chambering selepas habis belajar.

Ruginya aku chambering di situ, aku tak belajar apa. Hanya buat surat, surat dan pos surat. Master cadang untuk ambil staf, tapi, aku yang jadi staf. Bukan nak menggedik, aku boleh buat semua kerja admin, tapi aku nak belajar perjalanan satu-satu kes mahkamah.

Master tak pernah bawak aku ke mahkamah. Alasan kena jaga ofis. Takut ada kurier sampai. Okay, aku redha. Aku start cari tempat baru. Tapi, takde panggilan. Tggu punya tunggu dah separuh jalan chambering situ.

Filing borang 1-5 master aku tanggung. Tapi lepas short call dia dah tak tanggung kos filing aku. Bukan setakat kos filing. Daftar ethics, daftar cpd talk, buat exemption sijil bm, admission fee and insrument semua aku guna duit sendiri. Beribu jugak duit aku habis.

Bukan tu je, lepas short call elaun aku tak naik macam yang dijanjikan pun. Bila aku suarakan, katanya ada saya cakap eh. Sumpah aku nak nangis bila dia cakap macam tu.

Bab travel pulak, bukannya aku tak bersyukur, walaupun mmg master bagi duit travel, tapi tak boleh cover duit minyak pun. Apatahlagi duit tol. Ada sekali aku kena cm kat seremban. Master aku bayar rm30.

Bila aku suarakan pasal kos-kos chambering aku, dia kata kos filing je kan saya janji. Yang lain lain macam sijil bm, admission fee saya tak janji. Sumpah air mata aku mengalir time tu. Jangan kan yang bukan kos filing je dia tak nak bayar, yang kena filing pun dia macam nak taknak dia bayar.

Bila dia cakap macam tu apa aku boleh buatkan. Chambering pun dah nak habis time tu. Punya tak sabar aku nak keluar dari sini. Tapi seksa dia hanya Allah yang tahu. Tiap hujung bulan aku pokai. Ada satu bulan aku terpaksa guna duit tabung haji sbb banyak pakai duit untuk long call.

Tapi ada satu hari aku takde buat apa kat ofis, saja nak kira berapa aku dah keluar kan duit sendiri untuk jadi peguam ni.

Ya Allah, seribu lebih jugak duit aku habis. Terus menangis teresak aku kat ofis tu jugak. Seribu tu macam macam aku boleh belanja family aku. Macam macam aku boleh buat untuk family aku.

Masa chambering, aku pekakkan je telinga bila adik aku merungut kat mak, aku taknak hulur duit belanja walaupun dah kerja. Bukan along taknak dik, along kena simpan untuk filing paper nanti. Tahu tak betapa runtuhnya hati bila tak dapat nak belanja family bila elaun masuk?

Aku tak pernah cerita kat sesiapa masalah aku ni. Sebab aku tak tahu nak cerita macam mana. Aku taknak orang kesian kan aku.

Sepatutnya orang kena kesiankan master aku. Dia dah makan hak orang. Kenapa aku pulak yang kena tahan muka mintak hak aku balik. Kalau tak mampu nak tanggung bgtahu awal-awal. Ni maaf pun takde.

To master, biar di dunia ni saya lapar duit tapi Puan kenyang makan hak saya, jangan sampai di akhirat lapar maaf saya. Sengsara saya mungkin sementara di dunia, tapi akhirat selama-lamanya.

– Pdk (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *