Change Your Attitude

Salam semua. Sebenarnya ni sesi lepas geram? Haha, semoga pembaca dapat manfaat. Ceritanya pasal attitude orang zaman sekarang yang terlalu taksub dengan kelulusan universiti sampai pandang rendah orang yang kerja di bidang customer service. Spesifiknya retail la. Sebab aku kerja retail.

Ok, umum memang tahu kan, sekarang ni ramai yang belajar tinggi. Tp ramai juga yang masih tanam anggur sebab terlalu memilih pekerjaan. Aku pun pernah berada disitu, belajar diploma sains, degree sains… dengar pun macam wow hebatnya… tak juga, sebab lepas tu nak cari kerja punya lah seksa. Bayangkan yang grad setiap semester lebih kurang 60 org. Tu kat uni aku sahaja, campur dengan uni lain? Pastu lak pergilah mana-mana pun, syarat-syarat diambil bekerja, mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun. Beb, mana nak cari experience kalau nak kerja pun susah. Lagi-lagi fresh grad. Mak pernah cakap, jadi la cikgu. Aku ni garang bak Super Saiyan kot, mahu ak Kamehameha kan budak- budak tu!

So, nak senang, ak cari kerja retail. Sebab nak experience. Yang sengalnya aku dah 5 tahun kot. Da tak cari experience, terlebih experience kot! Tapi aku suka. Jumpa-jumpa orang. Kerja ikut suka (cuti boleh pilih). Lagipun hutang PTPTN dengan kereta setel berkat kerja retail ni. Tak payahlah nak cerita pasal bab-bab customer banyak songeh. Aku gaduh dengan customer pukul 1, pukul 3 aku dah lupa dah. Tak significant pun pada aku bab-bab customer tak puas hati ni, nanti dengan muka-muka dia aku lupa.

Marilah aku cerita yer, yang ada degree kerja retail, bukan aku sorang ajer ok! Ramai, alasan macam-macam, tapi yang paling popular, saya cari-cari kerja lain tak dapat, jadi saya kerja la yg mana saya dapat. Rezeki. Masa mula-mula kerja, ada kawan ak cakap, ko bodoh belajar bertahun-tahun tapi kerja retail. Aku buat tolol ajer. Selepas setahun, aku dah ada kereta sebiji dan dia masih naik bas nak pergi tempat kerja. Pernah gak sembang-sembang dengan customer, dia tanya latar belakang (sebab dia kata tak pernah tengok orang kerja retail nampak seronok macam aku), lepas aku bagitahu aku ada degree terus dia offer aku jadi tutor, tapi aku tolak sebab ak suka kerja aku dan aku tak yakin jadi cikgu (ingat, aku garang macam super saiyan).

Tapi yang aku sedih pandangan umum. Macam ni lah, kerja retail, macam jugak kerja kat KFC, McD, tak glamer pun. Tak bergaya pun pakai uniform, lagi ko kena jumpa customer. Weekend memang tak cuti, pernah aku pergi wedding member aku pakai uniform. Pernah jugak aku kena maki dekat Guardian sebab customer tu panggil-panggil aku buat tak tahu, padahal aku bukan kerja situ. Mak aku pun mula-mula menentang gak, sebab aku belajar sains kot, tapi kerja retail. Lastnya, hari-hari call, suh belikan itu, belikan ini. Senang katanya aku kerja kedai ni… Jiran aku pun pernah cuba racun mak aku, katanya aku kerja shift nanti aku lambat kahwin… mak ak cakap, yang penting dia tak menyusahkan. Ada duit, bagi family, bayar hutang, cukup. Jodoh tu bukan dia yang tentukan.

Kadang-kadang customer pandang hina. Maki-maki tu perkara biasa… pernah aku layan customer yang berlagak, cakap english pada aku padahal terang-terang melayu. Anak beranak tergelak-gelak sebab ingat aku tak boleh reply. Jadi, aku pun balaslah balik dalam english. Oh lupa aku nak cakap, abah aku ni mix jadi bahasa Melayu dia ke laut, jadi dari kecil aku cakap english. Adalah slang sikit. MUET aku pun band 5 (sebab masa ujian perbualan aku sorang jer yang cakap yang lain-lain langsung tak cakap jadi tak seronok sungguh masa test tu). Lepas tu tergagap-gagap nak balas balik apa yang ak cakap, langsung dia switch BM. Tapi aku still cakap english sampai kesudah. Sebenarnya, orang kerja retail, terus terang aku cakap, english dia jauh lebih baik dari kebanyakkan kawan-kawan aku kat uni. Maklumlah, hari-hari jumpa customer asing. Diorang ni pun tak tahu malu bercakap. Salah pun salah la… unlike some people.

Ada juga jenis-jenis customer, ko layanlah 5 star sekalipun, dia akan pandang rendah kat ko. Pernah kawan aku kena maki sebab mempertahankan staff dia yang OKU dari sorang customer ni… habis dijeritnya kawan aku dengan panggilan bodoh, belajar pun setakat SPM… kawan aku dengan tenangnya jawab, dia ada degree dalam matematik, dan staff tu bisu jadi tanya la seribu soalan pun memang dia takkan jawab. Customer ni terus berlalu, sebelum cakap bodoh kompeni ni amik orang cacat kerja. Oh, customer ni pakai purdah. Ko rasa? Kadang-kadang aku rasa kalo salah ajaran mak bapak, memang anak tu akan jadi kurang ajar tak reti hormat orang kot… Depan-depan aku anak dia sepahkan barang yang staff susun, maknya cuma cakap ‘adik jangan la begitu…’, anak dia reply ‘biarlah, auntie tu punya kerja. Siapa suruh sekolah tak habis sebab tu kerja sini’. Aku jeling je customer tu. Langsung ditariknya anak dia cancel nak shopping. Nasib baik budak ko umur 4 tahun camtu kalo tak aku memang ceramah mak dia biar ajar anak cakap tu berlapik sikit…

Lagi satu budak-budak baru kerja. Ni aku rasa memang masalah universal kot, kena marah sekali, berenti. Kena tegur sikit, post kat FB. Baru sehari kerja, merungut penat, pn berenti. Ada juga lepas statement, sebab dia ada degree, jadi dia patut ada meja sendiri kat ofis, patut buat kerja ofis ajer. Pelik jugak sebab dia apply kerja retail kot. Sorry to say, most of them are degree holder. Kalau aku yang jumpa, aku akan speaking dengan dia. Sebab aku tahu, berlagak dia hanya berpandukan kertas yang sekeping tu. Tapi yelah, tak ada adab langsung. Datang nak minta sign, terus je panggil nama aku. Aku kenal dia pun tak. Bukan kawan aku terus panggil nama aku? Takde cik ke apa.. Bagi salam jauh sekali. Entah berapa ramai yang berenti sal aku sound direct haha. Pernah gak aku jumpa yang balas balik dalam perfect english. Syok la masa tu berlawan cakap macam masa aku debate dulu. Lastnya dia cakap dia nak kerja temporary ajer sebab dia tak layak pun kerja situ sebab dia tengah belajar diploma. Aku sound balik, aku ada degree so tak payah belagak dengan aku. Esoknya dia berenti.

So adik-adik jangan taksub sangat dengan degree ko. Bukan senang cari kerja sekarang ni, so tak payahlah memilih kerja sangat, lagi-lagi dalam degree ko. Degree tu pun tak kemana. Setakat sekeping kertas. Kalo ko tak dapat kerja lagi, apa kata ko kerja retail. As experience pun takper. Sebab ko pergi la mana-mana dia akan tanya experience. Trust me, there is a lot of experience that can be gained just by working in retail. Dah la zaman sekarang ni ramai yang kena retrenchment. Kesian kena buang kerja. Ko anggap kerja retail ni rezeki. Mana tahu kan, ko nanti dapat kerja lebih baik, leh la ko guna experience masa kerja retail tu.

Mana-mana customer yang maki-maki kami dengan pangillan bodoh, bengap, slow… aku anggap dia tak tahu yang kami ni pun berpelajaran juga, cuma tak tertulis kat dahi ni jer. So pasni harap-harap tak payah lah pandang hina yer orang-orang yang kerja kat retail/fast food/stesen minyak. Ko tak tahu kot-kot dia ada degree. Aku pernah jumpa satu manager ni lagi ada master ok. Mana-mana yang suka pandang rendah kami tu, hentikan lah. Tolong ubah persepsi anda ok. FYI macam kompeni aku bagi peluang untuk siapa-siapa yang nak lanjutkan pelajaran leh amik Open U. Macam member aku, bangga gila dia bila da dapat diploma. Walapun diploma retail, tapi dia bangga sebab akhirnya dia ada diploma. Mak dia pun bangga sebab anaknya tak pandai masa sekolah tapi ada diploma. So ingatlah kami bukan bodoh. Tak payah ko pandang rendah kami, hanya kerana kami kerja retail. Change your attitude, people!

– Kucing Miaw

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit