Assalamualaikum w.b.t,
Aku pasti dah ramai sgt yg bercerita ttg isu ‘cantik’ ni.. tapi aku ttp nk cerita jgk sebab salah satunya adlh aku terlampau sedih tgk laman sosial sekarang yang memperalatkan ramai wanita mcm aku ni yg obses sgt nk cantik.. aku pasti sblm ni dh ada entry ttg ni yg lgi best dan dibuat berdasarkn rujukan drpd negara2 barat ttg cantik, ttg bahana bhn2 berbahaya dlm produk2 kecantikan, tapi masih berterusan kan, even aku sendiri, yg baca entry tu terkesan dgn tulisan kakak yg sgt awesome tp maaf aku x igt dan tak blh nk selitkn kt sini entry tu, tp still buat perngai jgk, beli produk2 utk kepuasan hati. Cuma, kali ini aku nk cerita ttg pengalamn aku pulak.
Aku adalah seorg wanita biasa sama mcm semua wanita kat luar sana yg suka sgt tgk benda2 yang cantik, menarik dan seadanya. Secara jujurnya, bila buka instagram, facebook, macam2 iklan ttg produk kecantikan sekarang kan? Dengan pelbagai testimoni, harga, kesan tidak sampai seminggu, buat lagi mata terbeliak tengok. Namun, sejauh mana kta nak elakkan diri dari terjebak dengan semua ni sdgkan fitrah seorang wanita mmg inginkan cantik kan.
Bila aku lalui hidup, Alhamdulillah dan semakin dewasa, Allah bg pinjam umur, mcm2 perangai manusia aku jumpa especially bila jumpa perempuan cantik ni. Dan yang paling aku rasa terkesan dalam hati aku, biasalah wanita cantik akan dapat perhatian berkali2 ganda daripada yang tak seberapa mcm aku ni. Aku pernah menangis, sebab aku masih belajar dan aku nak dapat benda yang sama macam yang si cantik2 tu dapat. Maksud aku ilmu2 daripada senior2.. Sebab kebanyakannya lelaki yang suka melebih-lebihkan si cantik ni la. Aku faham kalau mereka suka, tapi janganlah sampai buyers, demand, atau dengan kata lain tak adil dalam membuat keputusan. Aku sedih, aku menangis, aku cerita pada kawan baik aku, and yang aku bersyukur sgt2 nikmat Allah bg kat aku, kawan2 yang sentiasa menenangkan aku. And she ask me to read a lot of books utk kurangkan perasaan2 yang syaitan bisikkan kat aku tu.
Alhamdulillah, girls, i found something incredible when reading. Bila kita membaca, especially buku-buku ketuhanan, some sort of kta punya usaha untuk overcome masalah kita adalah dengan membaca, (lg baik baca AlQuran).
Kita tanya pada diri kita, kenapa aku nak sedih dengan perbuatan manusia? Manusia mmg tak sempurna, penilaian drpada manusia tiada apa2, tgk, yg cantik blh dpt lebih, tapi penilaian Allah, tak tgk pun pd kecantikan wajah, sebab semua tu mmg milik Dia. Contohnya, Bilal bin Rabah, kesayangan Rasulullah s.a.w, gelap wajahnya, tak sedap suaranya ketika azan tapi ketengan bila mendengar Bilal r. a azan melebihi segala kelukan suara. Manusia yg meletakkan level pada kecantikan manusia tu sendiri, sehinggakan kta lupa semua tu Allah yang punya. Kita memuji manusia sedangkan semua milik Allah. Kita lupa, alpa, leka, sebab dikaburi dengan keindahan dunia.
Aku terlupa untuk bersyukur dengan nikmat2 lain yang Allah dah bagi kat aku. Aku hampir2 tertipu dengan semua keindahan dunia smpai lupa matlamat hidup untuk akhirat. Mungkin isu cantik ni kecil bg sesetgh org, tapi bg aku, aku rasa sgt2 berdosa kerana mempersoalkan nikmat yang Allah bagi pada aku. Girls, semua nikmat yang Allah bg tu semua cantik2, kita semua cantik2, dan kecantikan tu pun bukan milik kita. Sebab tu kita kena bersyukur dan jaga sebaiknya bukan dengan sakitkan dia dengan produk2 yang kte tak tahu pun asasnya, sbb nanti kita akan pulangkan balik pada pemilikNya bila kita dah tiada.
Untuk si cantik, Maha Suci Allah yang bagi mereka wajah yang cantik, jagalah diri sebaiknya. Ujian untuk mereka adalah untuk jaga diri sebaiknya, jaga pergaulan, sama, untuk mana2 wanita pun, dan ujian untuk kami yang cantik juga, pada perasaan dan hati, untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat2 Allah.. Sama-samalah kita menjadi cantik di mata Allah bukan pada mata manusia.
Kta dah lama sgt da lemas dlm lautan kecintaan pada dunia ni,
ambil masa, muhasabah diri.
semuga bermanfaat,
maaf ayat agak terabur,
dari lubuk hati kpd ukhti2 kesygn..
– miss pendosa
– miss pendosa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit